3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

19 December 2006

jauh panggang dari api

Berbual dengan seorang pakcik dari Singapura sewaktu menunggu bas balik ke Batu Pahat (Pagoh, sebenarnya) Jumaat lepas, 15/12/2006, terus menerus membuka fikiran penulis, untuk kembali membicarakan mengenai institusi masjid yang hidup segan mati tak mahu di Negara Islam Hadhari kita ni.

Alangkah terkilannya penulis, (di sebalik rasa bangga yang mercup di hati) apabila mendengar cerita tentang Masjid2 di singapura, khasnya di Woodland, yang besar, dan boleh generate income sendiri. Ada taska, ada madrasah, dalam kawasan masjid sendiri. Tak payah susah2 nak fikir ke mana anak akan belajar selepas tamat belajar di sekolah rendah, hantar saja ke sekolah menengah agama (madrasah) yang belajarnya lengkap dengan fasiliti, dan dekat dengan kawasan rumah.

Ada taska disediakan untuk anak2 penduduk berdekatan. Tenaganya dibekalkan dari kakitangan yang dilantik dari penduduk sendiri, (isi masa lapang sambil buat duit) sambil menabur sedekah jariah untuk dibawa ke mati.

Perpustakaan juga lengkap dengan bahan2, ada juga kelas untuk mengulangkaji, dan ada kemudahan untuk berprogram: LCD projector, Laptop.

Dengan semua kemudahan ini juga, disediakan bersama sekuriti untuk menjaga keselamatan masjid dan juga para pengunjung.

Anehnya, masjid2 di sini tidak bergerak dengan dana dari kerajaan, kerana kata pakcik Ibrahim, kerajaan tidak memperuntukkan apa2 dana untuk pembinaan rumah ibadah kaum2 di Singapura, baik kaum majority mereka sendiri.

Di Malaysia, semua ini memang kedengaran seperti satu utopia, satu melodi yang indah, namun hanya layak untuk dicerita dan diangan, bukan untuk direalisasikan.

Masjid yang mendapat anugerah kerana mampu menjana 50,000 setahun, (kalau penulis tak silap) adalah masjid besar petaling jaya. Itu dicatatkan dalam akhbar harian metro sekitar tahun 2004. antara program yang menjanakan keuntungan sebesar itu adalah dengan terbinanya pusat cybercafé di bahagian bawah masjid. Cyber café ini turut menyediakan khidmat membaiki computer (troubleshooting).

Masjid2 yang lain? Sunyi, sepi tanpa berita, sudahlah bergerak pun dengan dana kerajaan, harapkan hasil kutipan hari Jumaat ajelah. Itupun bukannya banyak sangat. Dalam dua tiga ratus, apalah sangat. Dengan maintainance bulanan masjidnya lagi. Padanlah tandasnya “bersih sekali”. Tak termasuk cerita AJK masjid berebut nak jadi bendahari sebab nak guna dana masjid macam duit sendiri….haduih…

Perpustakaan? Jauh skali. Boleh dikira dengan jari masjid yang ada perpustakaannya sendiri, kecuali masjid yang terletak dalam pentadbiran maahad tahfiz atau kolej universiti , Darul Quran contohnya (sekurang2nya mini perpustakaan). LCD dan projector jauh skali.

Tadika? Jauh panggang dari api.

Sekuriti guard? Apatah lagi. Apalah lagi yang boleh diharap, kalau dengan sekuriti skali pun buat kerja tak elok….

Entahlah apa nak jadi dengan masjid2 di Negara islam hadhari kita ni…

2 comments:

dianz said...

mula2 saya begitu kagum pada masjid2 di malaysia, betapa hebat bangunannya, betapa ia reflects their islamic society!
benarkah apa yang akhi tuliskan itu?
sungguh masjid2 hebat itu akan semakin hebat, jika ianya dihidupkan...

hAiRiL/spiderman_pink said...

memang betul apa yang dituliskan semua.

ana bersyukur juga sekurangnya masjid disini hidup.

cuma itulah, tak semua yang indah di mata tu, betul-betul indah. contoh, politik lembaga pentadbir masjid. kalahkan politik kerajaan. hehe.

apa pun, yang baik lebih dari yang buruk. mudah-mudahan. insha Allah. ameen.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails