20 March 2007

Ingat, Jangan Tak Ingat!

Kata² indah, janji² menggunung, dan semangat keazaman sebelum berkahwin saja tidak cukup untuk membina satu mahligai yang tersergam kukuh tanpa cacat, retak dan sumbing sesudah mahligai itu dibina dengan jalan pernikahan.

Sebenarnya, perkahwinan memang menyelesaikan masalah, tapi masalah yang diselesaikan adalah masalah sebelum berkahwin. Oleh itu, pasangan harus bersiap sedia untuk berdepan dengan masalah² baru selepas berkahwin nanti. Tiada jaminan!

Kata Einstein, masalah yang dihadapi manusia tidak dapat diselesaikan dengan pemikiran yang menghasilkan masalah itu. Jadi, sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah, kita perlu berfikir setingkat atau beberapa tingkat lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah.

Gunakanlah kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Alangkah ruginya kursus Pemikiran Kritikal (Creative Thinking) yang diambil jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Buat perabih beras je!

Belajar cara mendengar dengan empati, bukan setakat menyambil sahaja.

Belajar mengambil hati pasangan, dan menghargainya. Penghargaan adalah kunci kepada kepercayaan dan tolak ansur. Ingat iklan mastercard? Priceless. :)

Belajar memaafkan dan memohon maaf. Jangan ego, ia tidak membawa kita ke mana² pun. Satu perkara yang perlu diingati,
kemaafan bukan saja perlu pada penerimaan, ia juga perlu kepada bagaimana ia diujarkan. Jangan tersilap!


Belajar, belajar dan terus belajar untuk hidup bersama. Perkahwinan adalah sinergi. Satu tambah satu boleh jadi tiga, empat ratus, atau infiniti kemungkinan, peluang dan rezeki. Anda tidak boleh memakai baju, seluar, tudung atau telekung dengan sebelah tangan. Suami dan isteri perlu saling membantu.

Paling penting, jangan mengalah dan jangan putus asa. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari. Empayar Islam tidak dibina dalam seminggu. Semuanya perlu pada masa, rezeki, kesungguhan dan rahmat Tuhan.

Ingat, jangan tak ingat! :)

dari artikel :Suami isteri perlu bersedia terima kelemahan pasangan
Oleh: Nur Rashidah Maarof

2 comments:

mira said...

penting cari keserasian sebelum berumahtangga.

perkahwinan ialah pelaburan seusia hidup. jika pun kita boleh bersabar dengan kerenah pasangan sekarang, belum tentu kita mampu bertahan untuk seumur usia.

cinta ialah bahagia, bukan merana. jodoh bawa bahagia. jika sudah jodoh, maka patut bahagia. tapi jangan sengaja kata bukan jodoh jika belum bahagia. sebab kadangkala, kita yang tak cari bahagia itu.

"bahagia itu ada pada hati..."

jadi, buat keputusan yang tepat. sekarang :)

[tak tahu komentar ini bertepatan dengan entri atau tidak :p ]

Mentor_ulung said...

teori....

teori....

mungkin tuan hamba akan menung suatu hari nanti bila fikirkan kenapa lambakan teori yg ada tak menjadi dalam suasana sebenar :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails