01 March 2007

sepi itu indah

Kesepian memang selalunya membuatkan kita merindui sesuatu. Tetapi,
tidak semua kesepian itu boleh jadi sesuatu yang bermakna untuk kita.
Terutamanya jika kita memang tidak mahu melakukan sesuatu untuk
keluar dari kesepian itu.

Kadang2, suasana di sekeliling kita sudah cukup bingit. Orang2 di
sekitar kita berbual bercerita dan berceloteh. Atau, bunyi kenderaan
yang lalu lalang di tepi jalan. Atau, suara apek yang menjual roti, atau
aya yang menjual putu mayam.

Tapi hati kita masih rasa kesunyian.

Pernahkah anda rasa sesuatu yang seperti itu?

Tidak perlu risau, sekiranya anda merasa kesepian. Merasa sepi adalah
perkara yang normal untuk kita. Apa yang tidak normal adalah
merasakan kesepian dalam setiap saat, pada setiap masa, untuk setiap ketika.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.

Sedang banyak lagi perkara yang mampu dilakukan.

Sedang banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

Kadang2, kesepian boleh membuatkan kita terfikir sesuatu tentang
kehidupan. Muhasabah. Sejauh mana kita telah hidup, setinggi mana kita
telah mencapai, dan sesukar mana jalan yang telah ditempuh.

Maka, ketika inilah kesepian itu benar2 berfungsi sebagai satu lembar
mukasurat dari buku berjudul kehidupan yang perlu diselak, dibelek,
dan dibaca, sebelum sampai ke bahagian atau bab seterusnya.

Tetapi, apabila kesepian itu mencederakan kita, mengisi ruang2 hati
kita dengan memori2 silam yang tidak begitu menarik untuk dirasa dan
dikongsikan, ada baiknya jika kita berusaha menyibukkan diri, dengan
perkara2 penting yang lain, supaya kita tidak lagi terperangkap dalam
kesepian yang menyiksa.

Sekurang2nya, kita ini tidak memeningkan kepala kita sendiri.

Sekurang2nya, kita ini berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.

Alangkah ruginya jika kesepian kita itu akhirnya tidak membawa kita
ke mana2.

Kesepian itu, juga adalah ciptaan Tuhan, satu rasa dari pelbagai rasa
yang wujud dalam heartware (rujuk mirakimura@revise) kita.
Maka, sebaiknya, apa yang baik dari ciptaan Tuhan, kita ambil, untuk
diingat dan mengingatkan sesama kita.

Tidak semua sepi itu melukakan, dan tidak semua bingit itu
menceriakan.

2 comments:

mira said...

jika perlu ruang, maka abang akan dapat ruangnya. tanpa rasa yang abang tak perlu sesiapa. kerna mira mengerti setiap orang perlu masa untuk dirinya sendiri, waima mira sekalipun.

walaupun tahu entri ini tak ada kena mengenanya dengan mira, tapi mira nak abang tau, dalam apa² kondisi, mira akan cuba memahami.

sehingga hari ini, mira dah berjaya, kan? ;)

Fahmi Mahat said...

mekasih :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails