3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin: Satu Analisis



Bukan berlagak cool, tapi sebenarnya, walau macamana hebatnya media melaporkan, bukan satu kes yang pelik lagi di negara kita ni, bila terjadinya kes culik dan bunuh.

Nurin Jazlin Jazimin, adalah satu ikon Malaysia, yang tak disenaraikan dalam pencalonan ikon Malaysia tempoh hari. Ikon kepada satu masyarakat yang semakin hilang arah, hilang focus terhadap apa yang dipanggil sebagai kehidupan. Bila nafsu merajai segala, ini lah hasilnya.

Fikir2kanlah sendiri. Tanya diri kita, puasa kita bulan ni, dapatkah ia menjamin bahawa kita takkan tertipu lagi dengan kejahatan diri kita sendiri? Syaitan dah dirantai, maknanya, bila ada kehendak2 jahat yang ajak kita buat menda2 tak elok, dah sah, memang kita lah yang jahat selama ni, bukan sebab syaitan…

Hiburan melampau. Saban waktu. Walhal dalam kita lagi 13 tahun nak menuju wawasan 2020, tak Nampak pun gaya2 nak ke situ. Macam nak mengundur ada. (tak de rupa langsung macam komik 2020 dulu..sikit pun)

Pagi sahur layan video clip A**RO yang seksi meksi. Pegi keja, dalam keta dengar H***M. Dengar iklan, topic sembang, dan lagu2 merapu yang takde memberi makna pada kehidupan. Waktu rehat, sembang pasal gossip-gossip terhangat.. ngumpat orang tu, orang ni… yang student nya, masuk Lab download youtube-youtube yang tak de manfaat, solat lambat2kan.. waktu rehat malam2 main game yang ntah apa2.. sibuk dengan download ringtone terkini, wallpaper paling cun, dan tak kurang hebatnya, video clip porno, ke dalam henfon masing2..

Orang yang menegur diherdik, dikutuk, dikatakan tak global (atau glokal? Apa2 aje), dilabel fundamentalis.. orang yang ke arah kebaikan dikatakan hipokrit, menunjuk2 kebaikan. (awak tu lagi teruk, buat jahat tapi nak beritau semua orang kejahatan yang dia buat, nak tunjuk siapa lagi power. Siapa lagi hipokrit?)

Kalau nak tau, benda2 cam ni lah yang membuatkan hati kita sebenarnya semakin hilang kekuatan, selalu meronta2 nak lawan nilai moral..

Tak tahu, malas nak berfikir panjang.

Ambil mudah semua perkara.

Ini baru permulaan. Percayalah. Akan datang, kalau kita tak nak berubah, Nurin Jazlin Jazimin, akan jadi cuma 10% dari kejahatan makhluk2 yang bernama manusia dan berwarganegarakan Malaysia.

Baca: Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan

KUALA LUMPUR: Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun persoalan mengenai motif mangsa disimpan hampir sebulan sebelum dibunuh serta mayatnya ditinggalkan di tempat yang mudah ditemui, masih belum terjawab.

Sehingga kini, polis dikatakan sedang mengkaji beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi motif pembunuhan kejam itu, antaranya dendam terhadap keluarga mangsa.
Menurut sumber, berdasarkan keadaan mayat Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual serta mengambil kira lokasi mangsa ditinggalkan, suspek mungkin berdendam terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mangsa diseksa secara seksual dengan dahsyat dan ngeri. Ia mungkin bertujuan membuatkan ibu bapa mangsa berasa sangat sedih dan marah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu.
Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun.

Mengenai tindakan suspek menyumbat mayat mangsa ke dalam beg dan ditinggalkan di tempat awam, beliau berkata, suspek mungkin memang mahu mayat itu segera ditemui dan mendapat liputan meluas supaya ibu bapa Nurin lebih menderita dan tertekan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan Nurin menjadi mangsa keadaan. Suspek mungkin menghadapi masalah mental yang kronik dan tidak berpuas hati terhadap keadaan sekelilingnya.

"Suspek marah dan berdendam dengan semua yang berada di sekelilingnya. Namun dia takut untuk meluahkannya kepada orang dewasa," katanya.

Ditanya sama ada suspek mahu mencabar polis dengan meninggalkan beg mengandungi mayat mangsa di tempat terbuka, beliau menolak kemungkinan itu tetapi berkata:

"Suspek akan meninggalkan lebih banyak kesan yang akan membawa siasatan ke tahap lain. Dalam kes ini, petunjuk yang ditinggalkan adalah secara tidak sengaja."

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi enggan mengulas motif dan perkembangan siasatan kes itu.

"Polis masih menyiasat dengan serius kes ini dan kita tidak mahu terjadi apa-apa perkara yang akan mengganggu siasatan," katanya sambil meminta semua pihak bersabar dan bekerjasama dengan polis.

1 comment:

Anonymous said...

inilah bahana yang ditunjukan Allah bila pembagunan yang ditaja atas dasar pembangunan material tanpa diisi dengan rohani dan teras keagamaan.Rakyat disogok degan pelbagai idealisme hinduisme yang melampau dan teras2 kegamaan diletakan dibelakang dalam segala hal.Manusia binatang makin banyak,lagi2 menjadi setelah dihidagkan dengan suntikan adrenalin hiburan dan kelucahan melampau dalam pelbagai medium.Tidakl sangka bahawa negara kita mula mendekati keparahan moral dan idea dalam hal sosial dan agama,moga kita dilindugi dari segala macam keparahan ini,,,


moga Arwah Nurin dirahmati Allah,dan penjenayah itu dilaknat Allah..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails