3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

19 September 2007

"Lagi Lagi Ayam, Takde Lauk Lain Ke Som?"

Nak tau mekanisme barang naik harga dan terus stay dgn harga baru, wlaupun org tak suka? Macam ni. Contoh kita bagi ayam ek.
Langkah #1:
Mula-mula, ni semua keja pemborong. Dorang akan berbincang dgn persatuan tak rasmi dorang satu negeri untuk naikkan harga ayam.
Langkah #2:
Next step, pemborong pergi ke ladang-ladang ternak ayam, dan bagitau dorang nak naikkan harga ayam kat pasaran, supaya “korang semua untung sket. Tak la penat sgt dan rasa tak berbaloi.” Penternak setuju. Tapi dorang tak tau, banyak mana yg akan naik untuk setiap sekor.
Langkah #3:
Kutip ayam dengan jumlah yang lebih sikit dari biasa, untuk dihantar ke kedai dan pasaraya. Bila orang kedai Tanya, cakap, “penternak kata stok kurang”
Langkah #4:
Kedai pun naikkan harga, terpaksa, sebab nak cover kalau rugi.
Langkah #5:
Orang tak nak beli sangat ayam, tapi last2 beli lah jugak sambil marah2.
Langkah #6:
Kerajaan keluarkan kenyataan akan mengawal harga ayam, harga takkan naik . Berunding dengan penternak. (patut berunding skali ngan pemborong. Cis)
Langkah#7:
Esoknya, dan hari seterusnya, pemborong tekan lagi kedai dan penternak.. orang ramai makin tensen, tapi terpaksa beli.
Langkah#8:
Akhirnya naik jugak harga ayam, sebab kerajaan tak nak panjang2 kan isu. jawapan yang bakal diberi;
“dah lama harga ayam tak naik,”
“penternak tanggung kerugian besar sgt”
“kalau tak naik sekarang, esok lusa pun naik juga. Tak nak makan ayam, jangan bising2”

Perkara sama akan berulang untuk tahun berikutnya.

Baca selanjutnya:
Rabu, 19 September 2007

Pasar raya catu ayam 2 ekor setiap pembeli

IPOH: Sebuah pasar raya besar di sini mengehadkan pembelian dua ekor ayam bagi setiap pelanggannya berikutan kekurangan bekalan sejak minggu lalu.

Jurucakapnya berkata, syarikat terpaksa mencatu bekalan bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat membelinya.

Seorang peniaga di Pasar Besar, di sini, Wong Wan Soo, 65, berkata masalah kekurangan bekalan ayam yang berlaku kini adalah paling teruk sejak dia berniaga 50 tahun lalu.
Katanya, kekurangan bekalan turut berlaku kerana tindakan pemborong mencatu jumlah ayam yang diagihkan kepada peniaga.

"Jika dulu, setiap raga mengandungi 10 ayam, sekarang cuma lapan saja yang diagihkan pemborong,” katanya.

Wakil pemborong, Maya Yang Rosli, ketika ditemui berkata, masalah kekurangan bekalan juga berlaku berikutan arahan pengusaha ladang supaya pemborong mengurangkan bekalan ayam yang dihantar kepada peniaga.
"Jika dulu, kami boleh memperoleh 170 ayam sehari untuk diagihkan kepada peniaga, kini cuma 152 saja," katanya.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat punca masalah itu.

Di Kuala Lumpur, tinjauan mendapati kebanyakan peniaga ayam mematuhi arahan menjual ayam pada harga siling RM6 sekilogram.

Tinjauan di Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit juga mendapati, peniaga akur serta mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu walaupun mendakwa terpaksa membayar pada harga lebih tinggi kepada pembekal.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Keramat, Shoid Chee, berkata pihaknya kecewa dengan sikap pemborong dan pembekal yang mengaut keuntungan lebih apabila menjual ayam pada harga RM5.80 sekilogram berbanding harga siling kerajaan RM5.40.

"Bagaimanapun, kami tetap membeli ayam kerana perlu dijual kepada pengguna. Setakat ini, tiada pengguna yang boikot ayam kerana peniaga masih menjual pada harga siling RM6 sekilogram," katanya.

Kakitangan kerajaan, Muriza Abd Hamid, berkata walaupun harga ayam naik, beliau tetap membelinya kerana masakan berasaskan ayam menjadi kegemaran keluarga berbanding ikan dan daging.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails