3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 March 2008

Suatu Kisah

keletah si penjujur
diamnya mencungkil rahsia
getarnya membisu sejiwa
tuturnya menghangat rasa

namun, dalam garit berwarna
ada lesu yang sendu
ada maung yang kelabu
ada pilu yang menyerbu

dan dia masih di sini
menunggu ketika dan waktu
pelangi cerita menghiaskan
bibit2 yang terukir
pada senyum dibibir
pada tangis yang melirih
pada tawa yang menghibur

dan dia akan terus menjujur
pada tiap hujung kata
agar muzika terus berlagu
dan cerita terus ke akhirnya...

6 comments:

Taiki said...

Salam.. perkenalan. ini lyric ke sajak?

rainingheaven said...

is this the one you sent to me the other day? i tetiba cannot remember. haha.

Fahmi Mahat said...

salam alif.. :)
ini adalah puisi. tapi mgkn saja untuk dijadikan lirik dan seterusnya lagu. berminat mendengar?atau berminat jadikan lagu sendiri? :)

Anonymous said...

puisi menjadi lagu? klu dihasilkan dgn hati yg bersungguh2 tak mustahilkan?

Fahmi Mahat said...

salam azizul :)
saya dah ada 4 lagu yang dtg dari puisi sendiri. tp tak sesedap mana. :)

APi said...

boleh la masuk recording lepas ni..^^

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails