3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

01 April 2008

Sufiah: Satu Refleksi

Cerita ttg sufiah faruk yang pintar-ajaib semasa kecil, sudah berulang2kali disuapkan dalam beberapa kelas psikologi yang saya sertai. Tapi dari pespektif berbeza, mengikut jenis kelas tersebut.

Sbg contoh, dalam kelas br Zaki Samsudin, tajuk kelas tersebut ialah personality psychology, beliau ada membangkitkan isu mengenai pentingnya emotional quotient, di samping intellectual quotient yang tinggi.

Kebetulan saya dan kawan telah mengajukan soalan, sebetulnya lebih kepada membuka perbincangan mengenai stigma genius di kalangan masyarakat. Ketika itu isu adiputra telah pun berlegar sekitar orang2 kebanyakan amnya, dan mahasiswa khasnya.

Beliau ada menyebut mengenai sufiah. Katanya, sufiah dididik menjadi genius kerana ayahnya seorang professor matematik, mengajar sufiah sedari kecil dengan matematik. Ketika kanak2 seusianya bermain dengan jigsaw puzzle dan melukis, atau bermain role play dengan anak patung kesayangan, sufiah telah dididik secara auhoritarian (keras) dengan matematik.

Dengan didikan yang berterusan, sudah tentu sufiah mampu menjadi seorang yang genius. Masakan tidak, dengan faktor keturunan (gen dna matematik hebat dari ayah) dan faktor asuhan (didikan matematik seawal 3 tahun), tidak ada apa yang perlu disangkal lagi.

Tetapi, masalah timbul apabila perkembangan kognitif tidak selari dengan perkembangan emosi. Kanak2 dipaksa untuk dewasa dan menerima pertimbangan yang tidak seimbang dengan emosi mereka. Apabila dewasa, emosi mereka tidak begitu matang kerana tidak diasuh dengan baik, dan mereka cenderung memberontak dengan cara tersendiri.

Kerana itu, pada ketika itu juga, saya memberikan pendapat bahawa adiputra tidak perlu ditonjolkan sangat, kerana takut perkara yang sama akan berlaku. Bukan baru sekali dua malaysia menerima "anugerah kanak2 genius", yang kemudian hari menjadi seorang yang kontroversi. Tetapi pendapat itu telah disanggah oleh beberapa kawan yang lain.

Dan pada hari ini, berita tentang sufiah keluar lagi di utusan.

Pekerja seks? Ini bukanlah terma yang sesuai sebenarnya. Kalau benar pun itu kerjanya, itu bukanlah pekerjaan fulltimenya. Buat pengetahuan pembaca, memang ramai pelajar universiti baik di luar negara atau dalam negara, yang terlibat dengan "bisnes" ini, sebagai part time, kerana habuannya lumayan. Bahkan majalah seperti playboy juga memuatkan gadis kolej tempatan di sana, sekadar menceritakan bahawa isu keterlibatan pelajar dalam hal seumpama ini bukan sesuatu yang baru.

Tetapi gelaran "pekerja seks" sangat mengaibkan. Ini membabitkan maruah keluarga, keturunan, dan juga maruah sufiah sendiri. Utusan patut cuba mencari gelaran yang lebih sopan untuk dibaca, bukan sekadar mencipta gelaran bagi meningkatkan jualan.

Tekanan yang dihadapi, akibat gelaran genius, pada awalnya adalah konstruktif, tapi ia jadi destruktif pad akhirnya. Dan ini bukan yang pertama. Gaddafi juga begini, walau prof ungku aziz (antara akademician malaysia yang saya kagumi) sendiri menjadi ayah angkatnya.

Mungkin kita patut berhenti sejenak, dan berfikir. Bagaimanakah caranya untuk kita memberi penghargaan dan jalan bagi meningkatkan potensi, kepada mereka yang istimewa dari sejak kecil, tetapi dalam masa yang sama, tidak terlalu memberi tekanan kepada mereka, sehingga mereka menyasar jauh dari kelompok masyarakat.

Saya masih dengan idea konservatif saya, selagi minda masyarakat kita, minda media kita, minda kerajaan kita, masih dengan sikap lama.


Baca: keluarga sufiah di Malaysia terkejut

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails