3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 April 2008

Sufiah: Kecerdasan Emosi, Pentingkah?

Kecerdasan emosi bukan perkara baru dalam dunia akademik, mahupun eksistensial. Bagi saya, kecerdasan emosi lebih bermakna dari kecerdasan intelek. Sebab, emosi yang terurus boleh memacu kehendak akal untuk terus mencari dan meningkattaraf kecerdasan intelek.

Sebaliknya kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi yang pintar, lazimnya akan mencenderungkan tindaktanduk dan kelakuan ke arah jalan yang tidak baik.

Saya tidak mahu beritahu pembaca bagaimanakah jalan yang tidak baik yang saya maksudkan. Cukup bagi saya untuk beritahu pembaca, bahawa Ted Bundy, serial killer di us sekitar 1985-1990 adalah pembunuh dengan iq tinggi. Sekarang pembaca fikirkan, adakah intelektual yang tinggi menjamin hidup kita lebih bahagia dari orang lain?

Sebaliknya, dengan kecerdasan emosi, kita membangunkan potensi diri kita, mencungkil bakat yang terpadam sekian lama, dan menguruskan kelebihan-kelebihan kita yang lain, untuk terus survive dan bermandiri dalam dunia kita sendiri.

Apa pentingnya kecerdasan emosi? Jawapan saya, ia amat penting. Bagi seorang yang mencari makna hidup, kecerdasan emosi amat penting baginya, untuk menimbangtara baik buruk pilihan yang ditempuhi. Andai kata tiada kecerdasan emosi, atau rendah, makna hidup mungkin akan hanya bergelar sekitar dua perkara "wang" dan "masa lapang." (bergantung kepada diri masing2)

Bagaimana mahu cerdas emosi? Itu yang kita mahukan. Tetapi bagaimana?

Satu contoh. Dalam hadis, menyatakan sebaik-baik manusia adalah yang berusaha sebaik2nya, kemudian menyerahkan kesudahannya kepada Allah. Ini adalah satu daripada bentuk emosi yang cerdas.

Maksud saya, dengan menyerahkan kesudahannya kepada allah selepas berusaha, kita membebaskan diri kita dari emosi negatif yang bakal terhasil, sekiranya kita gagal dalam usaha.

Ini kerana, emosi yang diikat dengan rasa ketuhan adalah emosi yang redha dan akur dengan kuasa tuhan. Ia menyedari bahawa hidup bukanlah di tangannya semata, tapi sebahagian besar darinya di tangan kuasa yang lebih besar.

Ada banyak aspek yang terkandung dalam kecerdasan emosi. Watak Sufiah, Gaddafi, Ted, adalah watak-watak dunia dan kehidupan, yang emosinya tidak begitu cerdas dalam beberapa aspek, apabila kita melihat cerminan produk yang terhasil dalam hidup mereka. Anda bagaimana? :)

1 comment:

Anonymous said...

bagi ak.. semua kelebihan yang kita ada perlu dipergunakan sebaik-baiknya.. sbb semua anugerah tu datangnya dr Allah..

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails