29 December 2009

Coretan Di Dinding 2009/2010

Usai Storm Rider, layan Storm Warrior

Usai dari Storm Rider yang ditonton separuh jalan di kedai makan Presint 9 Putrajaya, saya menggoogle semula database filem dalam simpanan. Ah, x jumpa pula! Namun, terus saja bulatkan hati untuk menonton Storm Warrior.
Alhamdulillah, Storm Warrior tidaklah menghampakan, bahkan, saya berpendapat, jalan ceritanya lebih dikompress, tapi lebih kemas.
Kesan khasnya juga menakjubkan. Rasa seperti menonton komik animasi.
Gerak cerita juga memuatkan konflik yang berbeza, dengan kali ini watak protagonis dalam S. Rider bertukar menjadi Antagonis, dengan kuasa kejahatan.
Membawa saya kepada persoalan moral:
Andainya seorang yang baik-baik saja, dihadapkan dengan pilihan yang tidak berapa baik, untuk mencapai matlamat tertentu, adakah dia sepatutnya menerima pilihan itu apa adanya, dan berusaha mencapai matlamatnya? ataukah dia perlu berjuang mencari pilihan2 lain yang ada terlebih dahulu (meskipun mungkin dia di dalam posisi yang sukar untuk berbuat demikian?)
More or less, persoalan ini juga dihadapi oleh Peter Parker ketika dia memilih untuk memakai Black Suit.
Hakikatnya, momenteous event seperti ini mungkin saja dihadapi oleh kebanyakan kita, walaupun bukan pada masa yang sama.

Usai Storm Warrior, Stomach Warrior
habis menonton di Jusco Bukit Raja, saya dijemput makan tengahari (membawa ke makan malam) pada jam 5 di rumah kawan baik, Azihan. Alangkah sedapnya.

Thanks so much ,bro.

Langkah Ketiga
Inilah langkah terjauh dalam perhubungan berteman. Moga segalanya dilangsaikan.

Pursuit Milestone
Saya pun tak sangka saya akan travel sejauh 400KM dalam masa sehari setengah. dan sekarang tiap2 hari mileage cecah 100KM +. Membiasakan diri dengan perjalanan jauh, rasanya memang telah sampai masanya.

kalimah Allah
Saya menerima reaksi yang berbaur dari ramai pihak. Namun, jika anda tanyakan saya apa pendapat saya tentang perkara ini, personally saya rasa, reaksi kita sama saja seperti waktu Denmark mengeluarkan karikatur, sama saja seperti waktu kecoh isu Sunnah dahulu.

Saya rasa, kita takut kehilangan Islam pada "label" kita, tetapi kita tidak begitu bersungguh2 mempertingkatkan kualiti Islam kita. Lantas, kita dimomokkan dengan kehilangan jati diri andai kita kehilangan hak nama Allah dan penggunaannya, sedangkan, ada beberapa pihak itu, yang, hakikatnya selama ini memiliki ruang dan peluang untuk memperbaiki Islam ke tahap yang ia tidak mampu digugat walau apa cara sekalipun andai pihak itu mampu dan mahu, sekiranya mereka betul2 mahu, tapi sekarang bagai berkokok di tengah hari.

hakikatnya, ini, bagi saya, adalah peluang untuk kita bersatu, bukan untuk begitu bersungguh-sungguh menafikan hak yang mereka perolehi untuk menggunakan kalimah Allah (yang pada point2 tertentu, sebenarnya, hak itu tidak diperolehi melalui justifikasi yang betul2 benar), tetapi untuk meningkatkan kualiti Islam dari dalam.

Mungkin ada yang akan mengatakan saya "poyo" seolah2 saya yang lebih tahu tentang apa yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang. Namun, saya lebih senang berpegang pada klausa, "Islam dan Allah itu bukan hanya pada nama, tapi pada apa yang hati kita menanggapinya. Andai hati itu benar2 tulus, kuat, faham, buat lah bagaimana pun, inti Islam dan kebesaran Allah itu akan mampu kita bawa ke mana-mana. "

Andai kita menang hak nama Allah itu pun, ia belum tentu meningkatkan izzah kita pun, walau dari dalam, kerana dalaman kita belum tentu benar2 'izzah dengan Islam.

voting
Sekarang di IIUM masa pilihanraya untuk tenure perwakilan pelajar yang baru. Kepada para calon, sila matangkan diri anda dan cara "marketing" anda. Tidakkah anda nampak betapa begitu bersungguh2nya semua pihak mahu anda dipilih? hingga kedua2 General LAB A dan B ITD ditutup sehingga menyebabkan access ke printer ICS dan Paperlogic oleh pelajar2 lain terganggu sehingga seminggu? hehe
Hinggakan program writing workshop Department kami pun terpaksa dianjakkan ke tarikh yang belum disahkan lagi. :P

Masa untuk mengubah, dan masa untuk berubah. Semoga semuanya baik-baik saja untuk kita :)

2 comments:

Azihan Aripin said...

Tranformasi waktu@tahun dimuatkan dalam satu entry..padat tapi kelat..hehe

famimahat said...

haha.memang kelat yer ? :D

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails