3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 April 2010

L>O>V>E

apa itu LOVE? Sebenarnya saya lebih senang mengungkapkannya sebagai tahap2 perkenalan. tetapi mungkin LOVE lebih catchy. Apa pendapat anda? Jom kita baca sama-sama!

peringkat2 perkenalan dalam LOVE:

L- Likingness all over.
bermula dengan menyukai pasangan, ia melibatkan menyukai pasangan itu, caranya, language and body gesturenya, pemikirannya, dan ia berakhir dengan merasa terlalu banyak perkara yang sama. Bergantung kepada kekuatan tarikan, jarak antara pasangan, keserasian, dan snychrocity (keserentakan dalam genta rasa), tahap ini mampu bertahan lama.

O-Overt oppository
Dalam tahap ini, kita mula merasa sedikit demi sedikit, munculnya perkara2 yang kontra antara kita dan pasangan. Bergantung kepada kadar tolak ansur dan persepsi kita mengenai penghargaan kepada perbezaan, tak sedikit pasangan yang pabila tiba di tahap ini, mula tidak bersetuju antara satu sama lain. Tak kurang yang sudah mula cuba mengubah pasangan sedikit demi sedikit.

V-Vicious cycles of ups and downs
Di tahap ini, kedua-dua pasangan sudah mampu menjadi diri sendiri dengan pasangan masing2. Maka sama2 akan merasa lebih terbuka untuk meluahkan dan berkongsi rasa. Bermula dengan meluahkan rasa gembira, sedih, pasangan akan merasa lebih terbuka untuk berkongsi cerita tentang 'orang2 tertentu' yang sering mengusik mereka. Lebih banyak emosi dilibat sama dalam tahap ini (cemburu, jauh hati, terharu, penghargaan, kepercayaan dan lain2). Lebih banyak emosi bermakna lebih dalam tahap masalah yang bakal dikongsi. Hanya pasangan yang benar2 tidak cepat melatah mampu mendepani tahap ini. Sangat sedikit pasangan yang mahu benar2 bertolak ansur sebaik saja tiba ke tahap ini. Tak kurang yang putus asa dan putus di pertengahan.

E-Eternal flame, insyaAllah~ =)
tahap ini adalah tahap terakhir. Pasangan sudah benar2 mengenali pasangan masing2, dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

Sekadar perkongsian. Moga ada manfaatnya =)

2 comments:

MU'ALLIMAH said...

bismillah,
hurm yg E tu..ayat akhirnya "peringkat seterusnya" meaning? peringkat apakah? bertunangkah? dan jika BARU NAK ke peringkat pertunangan,jadi apakah jenis perhubungan perkenalan yg sebelum itu?
trm ksh..:D

Fahmi Mahat said...

first, terima kasih kerana tinggalkan komen. jadi saya tak lah syok sendiri tulis entri :P

kedua, saya cuba menjwb sedaya mungkin.OK?
bg yang belum pernah ada ikatan yang sah, perkenalan itu penting. E itu boleh jadi pernikahan andai L dimulakan ketika khitbah@tunang. kita tak mahu risiko putus tunang ketika O atau V sebaiknya, sebab ia sgt pathetic.
Andai E itu dimula tanpa khitbah, maksudnya, mmg L itu dimulakan selepas nikah (cinta selepas nikah), maka E itulah peringkat tertinggi dalam ukhuwwah, selepas taaruf, dan tafahum , iaitu taa'wun.
jika baru nak ke peringkat pertunangan, seeloknya pertunangan itu dipercepatkan. Kerana pada masa E ini dicapai, dlm keadaan tidak ada ikatan yang ke arah ikatan yang sah, ia merbahaya.

Sekian. Harapnya F.I mampu menerima , walau mungkin tidak bersetuju 100%. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails