3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 April 2010

Robertkah Fisk itu??

Adakah tajuk itu pelik? abaikan. Mari kita ke cerita sebenar.. Zass.


5hb April, saya mahu bergegas pulang usai kertas terakhir.

Namun, terserempak dgn Akh Wan pelajar tahun 3 Kursus Sejarah, membawa saya ke At Tabari
Conference Room. Selepas hampir 4 tahun di sini, dan selepas lalu di situ buat kali ke empat, saya masuk ke bilik itu buat kali pertama.


Robert Fisk.

"siapakah beliau ini?" saya tertanya sendiri. Hampir saya mengeja namanya dengan Fisck, untuk Google maklumat terkini tentang beliau dari Nokia 6500 "it's Me", sebelum ditegur oleh Wan.

"Bang, fisk je, xde "C" kat tgh tu"

Okey. JOrnalist. Tentang middle east. Apa yang empowering sangat tentang dia ini?

Okey. Nampak sangat saya tidak update..

Dari bilik At Tabari, kami dipindahkan ke Hs Seminar Room untuk memuatkan hadirin yang lebih ramai.

(sungguh bijak. Andai yang datang ini lebih gah dari Menteri, mengapakah kuliah tidak mengadakannya di Main Auditorium atau Mini Auditorium ITD, sekurang2nya? tak mengapalah. Tentu mereka punya sebab tersendiri. Lebih baik mereka punya sebab tersendiri. Kalau tak... )

Sepanjang tempoh sejam dari 12.00 hingga jam 1, Robert Fisk mendedahkan (lebih kepada menelanjangkan, i guess) kebaculan pengamal2 media dan journalists di seluruh dunia, termasuk MALAYSIA ( dan menyentuh secara umum tentang NST kita, haha, sangat lawak okeyy) tentang laporan berkaitan negara timur tengah.

Bagaimana cerita tentang negara yang diserang US dan laporannya diherotkan oleh media US, yang kemudiannya disalin hampir bulat2 oleh seluruh media di seluruh dunia.

Bagaimana cerita tentang pengaruh Israel terhadap Amerika. Terhadap sidang meja bulatnya. Tentang base2 tentera US yang semakin membulat dan melitup di seluruh bahagian di seluruh dunia. Dan propaganda US army.

Dan paling signifikan, rujukan beliau tentang isu Palestin.

Dan saya terkesima sebentar. Ternyata, dalam langkah membuang surat khabar yang beritanya begitu bias mengikut agenda masing2, dan bergantung pada media2 alternatif, ternyata saya masih belum begitu kritis menganalisa apa yang berlaku di sebalik berita.

Namun, terima kasih kepada short talk about middle east itu, Robert menyedarkan saya bahawa, berita bukanlah sekadar liputan, tetapi ia cumalah lapisan luar yang perlu dikorek lebih dalam, melalui minda yang terbuka dan arif tentang jalur sejarah (timeline) tentang perkara yang cuba disentuh dalam berita tersebut.

I mean, apart from being skeptical, sudah tentu skeptical judgement kita itu tidak dapat tidak, perlu disandarkan pada asas yang kuat. Jika tidak, skeptikal itu tidak ada gunanya.

Dan hari ini, saya rasa skeptikal itu memang perlukan sumber yang lebih kuat dari sekadar rasa dan bias semata. haha. Sebab tu mungkin tak ramai yang mahu skeptikal dan cuma menurut (as in pak turut) semata? Penat mahu cari bahan berkaitan, kan?


Dan Robert menggesa kepada kita, Muslim, khasnya pelajar, untuk memperbanyakkan membaca buku2 sejarah yang benar2 sejarah, bukan sekadar "cerita dia (His-Story)" tentang isu2 berkaitan timur tengah, dan pelbagai isu lain, andai kita benar2 mahu memulakan langkah pertama menjadi kritikal dengan isu sebenar yang tersembunyi dalam tiap baris dalam akhbar2, baik tempatan mahupun antarabangsa.

Pendapat beliau tentang Al Jazeera, mengesankan.

Saya patut mula tonton lebih Al Jazeera di library dan di rumah. Mungkin mula menambah dalam langganan, andai takde dlm pakej yang Abah langgan. Instead of just AXN and 555 History Channel. ha2...

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails