3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 November 2010

Sedikit Tentang Cinta

Tajuk yang bosan.

Tapi, meneruskan hidup dengan mengalami percintaan berepisod2, saya memilih untuk menjadikannya aspek yang mampu menjadian saya manusia lebih baik, meski banyak sebab boleh saya pilih untuk mengatakan "tidak, saya sudah serik".

dengan ANA, saya belajr mepercayai bahwa hati saya juga mampu untuk diterima dan menerima orang , sebagai kekasih. Ia memberikan saya keyakinan dan pengesahan, bahawa tiap manusia hanya mamapu menyayangi orang, bila ia membuka hatinya untuk disayangi, dan bukan lari.

Meskipun membuka hati itu jua bermakna membuka hati kepada peluang untukdisakiti, tetapi juga untuk mempercayai..


Dengan AH, saya belajar membuka tiap potensi yang saya sedari dan tidak sedari (tidak begitu sedari) satu demi satu, hinggalah saya menjadi siapa saya sekarang.

dengan SHB, saya belajar menjadi manusia yang meluahkan emosi, untuk menjadi manusia yang bukan pemendam, (walaupun pendendam itu bukanlah kemestian tetapi lebih kepada pilihan).

dengan SH, saya belajar menjadi manusia yang tahu apa ertinya "dunia itu berputar". Jadi kejam pada orang lain, dan orang lain akan jadi kejam pada kita. Hingga ke hari ini saya belajar perkataan itu.

dengan NZ, saya tahu erti penantian. walaupun tak tahu apa pengakhirannya.


cinta itu indah. cinta yg berbalas itu lebih indah, namun cinta sebelah tangan itu bukan semestinya musibah. cinta itu bukti hati kita ini belum lagi musnah. cinta yang sebenar2nya halal itu hanyalah selepas nikah..

11 November 2010

Mirwana Tahyul?

Lama tak update. hampir dua bulan lamanya. Macam-macam berlaku dalam hidup. Alhamdulillah, masih rasa Allah itu Maha Penyayang.

Akhirnya dapat juga panggilan untuk menyebarkan sesuatu , setelah lama tak terasa nak berkongsi apa-apa pada orang di sekeliling.

1) Ketika 'membaham' makan tengahari 'terbaeek' di Kafe Mahallah Bilal, Nasi Ayam, Rm3.50, tapi rasa lagi sedap dari Nasi Ayam Mancongkam RM4.50 dan Nasi Ayam Chicken Rice Shop Rm8.90, dan Nasi Ayam Noor Lowyat RM8.90, ahad lepas, ternampaklah satu rancangan bergossip yang memang tak menambahkan iman, di saluran yang dulunya bermotto "hiburan sensasi berita terkini".

Mula-mula saya memang dah nak gerak dah. Perut pun dah kenyang ni. Tiba-tiba terkeluar isu video klip Tika Masanya Mirwana.

Dalam pada usaha mereka membuka kelompong minda masyarakat yang Muslim yang juga pendengar lagu-lagu, Mirwana dengan mesej kemanusiaan dan kebaikan sejagat, keluar dari kerangka pemikiran biasa manusia mengenai video clip Nasyid, (yang amat stereotype dengan wanita bertudung yang comeynya cam watak Kartika katun Tembakau, tepi pantai, dalam bangunan penuh tiang2, masjid, dan sebagainya), masih ada manusia yang memang mahukan nasyid itu kekal sebagai 'itu'.

Supaya apa? Supaya market artis lain tak terjejas. Supaya apa? Supaya stesen radio akan tak punya sebab untuk mainkan lagu-lagu nasyid yang betul2 kontemporari tapi ke depan. Supaya apa? supaya dalam industri nasyid sendiri takkan ada role model. Supaya apa? Supaya masyarakat sendiri tak punya role model.

Isu yang ditimbulkan bagi saya, agak dangkal.
antara soalan yang saya sempat tangkap dengar. Kalau salah minta maaf :

M: Mirwana ni kumpulan yang membawakan mesej2 kebaikan, agama, tapi kenapa perlu letak babak yang menggambarkan turun dari langit, ini tahyul, kenapa nak bawa mesej agama tapi letak unsur tahyul?

hafiz:memang betul, kita memang bawa mesej kebaikan. tapi juga kita mahu keluar dari kebiasaan. OK, kalau lihat dalam lagu kami, kami nak bawakan isu manusia ini memang memusnahkan alam, dalam Al Quran pun kata. Sebab itu, kita lihat, dalam video itu, bila kami pegang pokok, pokok bertukar jadi mati.

jawapan saya:Isu tahyul itu, adalah isu penafsiran. tahyul itu, sendiri, datang dari perkataan arab "tahayyul" bermaksud berimaginasi. Maka bagaimana nak berimaginasi yang baik, agar kita mampu mengeluarkan sesuatu yang mampu ditafsir oleh akal yang sihat, untuk menerima mesej utama yang kita bawa, itulah kreatif.

Mungkin ini adalah antara isu yang digunakan the Hidden Hand bagi membolehkan Mirwana takkan sampai lebih dari Juara Lagu. Macamana pula korang rasa?

Okeylah, cukup setakat tu dulu. Jumpa esok plak ya. Jom2, kita dengar Mirwana bergabung dengan Miley Cyrus dalam the Climb. ;)


Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header