Akhirnya dapat juga panggilan untuk menyebarkan sesuatu , setelah lama tak terasa nak berkongsi apa-apa pada orang di sekeliling.
1) Ketika 'membaham' makan tengahari 'terbaeek' di Kafe Mahallah Bilal, Nasi Ayam, Rm3.50, tapi rasa lagi sedap dari Nasi Ayam Mancongkam RM4.50 dan Nasi Ayam Chicken Rice Shop Rm8.90, dan Nasi Ayam Noor Lowyat RM8.90, ahad lepas, ternampaklah satu rancangan bergossip yang memang tak menambahkan iman, di saluran yang dulunya bermotto "hiburan sensasi berita terkini".
Mula-mula saya memang dah nak gerak dah. Perut pun dah kenyang ni. Tiba-tiba terkeluar isu video klip Tika Masanya Mirwana.
Dalam pada usaha mereka membuka kelompong minda masyarakat yang Muslim yang juga pendengar lagu-lagu, Mirwana dengan mesej kemanusiaan dan kebaikan sejagat, keluar dari kerangka pemikiran biasa manusia mengenai video clip Nasyid, (yang amat stereotype dengan wanita bertudung
Supaya apa? Supaya market artis lain tak terjejas. Supaya apa? Supaya stesen radio akan tak punya sebab untuk mainkan lagu-lagu nasyid yang betul2 kontemporari tapi ke depan. Supaya apa? supaya dalam industri nasyid sendiri takkan ada role model. Supaya apa? Supaya masyarakat sendiri tak punya role model.
Isu yang ditimbulkan bagi saya, agak dangkal.
antara soalan yang saya sempat tangkap dengar. Kalau salah minta maaf :
M: Mirwana ni kumpulan yang membawakan mesej2 kebaikan, agama, tapi kenapa perlu letak babak yang menggambarkan turun dari langit, ini tahyul, kenapa nak bawa mesej agama tapi letak unsur tahyul?
hafiz:memang betul, kita memang bawa mesej kebaikan. tapi juga kita mahu keluar dari kebiasaan. OK, kalau lihat dalam lagu kami, kami nak bawakan isu manusia ini memang memusnahkan alam, dalam Al Quran pun kata. Sebab itu, kita lihat, dalam video itu, bila kami pegang pokok, pokok bertukar jadi mati.
jawapan saya:Isu tahyul itu, adalah isu penafsiran. tahyul itu, sendiri, datang dari perkataan arab "tahayyul" bermaksud berimaginasi. Maka bagaimana nak berimaginasi yang baik, agar kita mampu mengeluarkan sesuatu yang mampu ditafsir oleh akal yang sihat, untuk menerima mesej utama yang kita bawa, itulah kreatif.
Mungkin ini adalah antara isu yang digunakan the Hidden Hand bagi membolehkan Mirwana takkan sampai lebih dari Juara Lagu. Macamana pula korang rasa?
Okeylah, cukup setakat tu dulu. Jumpa esok plak ya. Jom2, kita dengar Mirwana bergabung dengan Miley Cyrus dalam the Climb. ;)
2 comments:
like..like..like..=))
TQ =)
Post a Comment