![]() |
| rowan atkinson as Johnny English |
Apakah yang berwarna oren, menjerit, dan melompat-lompat?
Jawapannya: Johnny English dalam baju Sami Buddha selepas ditendang di pangkal peha. :D
Jumaat lepas adalah antara hari spontan yang menyeronokkan bagi saya. (apa yang sronok tu, Fahmi?)
Menerima panggilan pertolongan dari Yadz, (somewhat like, Tolonggg tolong... ade kecemasan) untuk ke Maxis Melaka ketika Maxis Muar mengatakan mereka tidak ada bidang kuasa untuk menyahmilikkan Broadband Percuma Ecah Amicable, adalah segala-galanya yang memulakan pelan tindakan inpromptu ini. ^^
Bergerak dari Muar sekitar jam3.45, kami sampai di Melaka kira-kira 4.45, dan masuk ke Mahkota Parade. Dari pintu masuk KFC, kami terus ke Maxis Center dan mengambil nombor
Selesai urusan, kami terus ke tingkat tiga untuk membeli tiket Johnny English Reborn. Tayangan bermula 6.30.
Sebaik saja masuk, "okay, tak ramai" dan tertinggal 3minit sudah. =_=
(Apa yang best sangat tentang Johnny English kali ini, Fahmi?)
Watak dan Jalan Cerita
![]() |
| rosamund pike |
Simon Ambrose yang sedari awal menimbulkan keraguan saya, terbukti adalah double agent dalam MI7. Watak dipegang oleh Dominic West
Kisah berlegar di sekitar apa yang membuatkan pembunuhan presiden Mozambique (dikaitkan dengan sejarah sebenar, somehow) bukan sepenuhnya silap Johnny, kita dibawa perlahan-lahan menelusuri siapakah Vortex, dalang sebenar di sebalik pembunuhan itu.
Yang menariknya, MI7 berfungsi pada tingkat underground bangunan, Toshiba Intelligence Agent. Ttoshiba memang dah dibeli oleh UK ke? Atau ini sengaja dibuat untuk promosi jenama Toshiba? :D





