27 November 2008

marah dan sunnah

Iklan utama:
Blog ini dalam proses pemindahan. Paling lambat, naik semester hadapan, ia akan mula beroperasi di domain dan hosting sendiri.

_________________________


Sesekali membelek majalah2 lama dalam simpanan, terusik rasanya melihat satu artikel dalam anis 2006 april.

Ketika ini, masyarakat Muslim Malaysia dikejutkan dengan karikatur oleh pelukis Denmark yang menghina Islam dengan menggambarkan Nabi Besar Junjungan kita s.a.w dengan sifat dan ciri-ciri yang tidak sepatutnya.

Tajuk artikel ini, Marah kerana Cinta, bukan kerana Benci. ia telah ditulis oleh saudara Pahrol Muhammad Juoi, seorang yang bagi saya, adalah antara pasak gerlobolan aktivis Islam yang bergerak dalam dak'wah bil kitabah, atau jihad dakwah penulisan.

Walau ada segelintir di kalangan sahabat saya sndiri yang mengkritik gaya penulisannya. Isi kandungan tulisan artikel Sdr Pahrol ini, amat mengusik hati saya apabila membacanya kembali pada waktu ini.

Kita mengaku kita cintakan Nabi kita, tetapi kita masih belum boleh melekakan diri kita mendengar orang yang membaca Al Quran di radio, atau sekadar bacaan kawan2 kita, lebih lama dari kita mendengar lagu-lagu kegemaran kita. Sedang Nabi s.a.w, antara kegemarannya juga adalah mendengar bacaan al Quran dari sahabat-sahabat yang memiliki bacaaan dan suara yang merdu.

Khas buat lelaki. Kita mengaku kita cintakan Nabi kita, tapi kita cuma ingin mengamalkan sunnahnya dalam poligami saja. Itu pun belum tentu kita boleh berlaku adil sebaik-baiknya. Ini tak, sibuk nak pasang spare, kahwin pun belum usai masalahnya lagi. Disuruh jadi imam di rumah atuk/nenek (sebab jadi cucu yang paling tua) tak nak pula, pandai pula cari macam2 alasan.

Kita mengaku kita cintakan nabi, dan bila orang hina Nabi dan sunnahnya kita marah. Namun, sunnahnya yang kecil, kita nak amalkan pun segan - beri salam terlebih dahulu pada orang yang kita kenal dan kita tidak kenal.

Sdr Pahrol membuat analogi Muslim Malaysia dan sunnah, seperti orang tua dengan barang antik di bawah rumah. Barang tersebut disimpan di bawah rumah, dipakai tidak, dibuang pun tidak. Namun bila ada orang mahu menggunakan, baru kecoh marah2. Takut rosak, takut hilang, takut tak pandai jaga, dan macam2 lagi.

Bagi saya, saya harapkan analoginya untuk sikap Muslim Malaysia dan sunnah, di masa akan datang, akan jadi seperti makan nasi - kalau tak makan, rasa gelisah. Kalau tak buat satu sunnah setiap hari@istiqamah, rasa gelisah. Rasa bersalah.

Mari kita doakan bersama, agar rasa cinta pada Muhammad s.a.w yang sebenarnya, terimplan kekal dalam hati dan sikap kita. :)

Later.

15 November 2008

Orang Gaji Import: Adakah Masih Relevan

Situasi A
Isteri anda baru sahaja bersalin, dua hari yang lepas. Rezeki anak baru mungkin, anda telah menerima anugerah dan dinaikkan pangkat. kerja anda menjadi lebih sibuk. Anda teras sukar pula, kerana risau bahawa tidak ada yang dapat menjaga isteri dan anak anda seperti isteri anda sendiri. Sementelahan pula, anda dan isteri adalah anak yang baik , dan tidak mahu menyusahkan mentua.

Situasi B
Orang tua anda (ibu atau bapa ,atau keduanya)baru sahaja pulang dari rumah anda, akibat tidak betahnya mereka di suasana bandar yang hiruk pikuk, setelah sebulan tinggal di rumah anda. Antara alasan mereka, ayam di rumah tak ada sesapa nak tengok dan bagi makan. Anda cuma risau bahawa orang tua anda tidak ada yang menjaga di kampung. (adik bongsu anda baru sahaja kahwin 2 bulan yang lepas dan mengikut suaminya ke luar negara, anak paling pandai katakan, dapat pun mat saleh hehe.)semua adik beradik yang lain sibuk dengan bisnes mereka.


Dalam situasi ini, anda ternyata perlukan seseorang untuk menolong menyelesaikan masalah - orang gaji. Namun, apakah orang gaji benar-benar layak untuk menyelesaikannya?

Dalam hal mencari orang gaji, sikit punya susah nak jumpa orang tempatan (jiran, anak jiran, sedara, atau anak sedara) yang suka bekerja sebagai orang gaji.Lantas, pilihan diexpand kepada second list - orang gaji import.

Persoalan kedua pula muncul : Adakah orang gaji import masih relevan?

Kajian kes sepanjang tahun 2008 menunjukkan keganasan dan jenayah yang dilakukan oleh orang gaji import, baik yang dikenali atau yang baru sahaja dikenali melalui agen mereka.

Kes terbaru orang gaji import di harian Metro 14 November 2008, melibatkan mereka membuat laporan palsu kepada polis untuk kes kecurian barang kemas yang disimpan dalam tempat tersembunyi dalam rumah. Laporan yang dibuat meragukan polis kerana tiada kesan pergelutan atau pun dipecah masuk ataupun penyelongkaran barang.

Kes sebelumnya , orang gjai import mencederakan tuan rumah untuk mencuri.

Kes sebelumnya, orang gaji import merekacipta poket khas dalam seluar dalam mereka untuk mencuri barang2 kemas berharga.

Kes sebelumnya, orang gaji import memukau tuan rumah.

Kes sebelumnya lagi, orang gaji import menyebabkan anak yang baru dua bulan dilahirkan, mati. (kan tak pasal2 je tuh? punyalah susah nak dapat anak, berusaha dengan gigih, maklumlah dua2 ada masalah, sekali dah dapat, meninggal la pulak... ish3)

Kes sebelumnya lagi, orang gaji import lari dari rumah setelah baru sehari bekerja , kerana ejen tidak bertanggungjawab. Ejen pula yang merancang escape route untuk orang gaji ini dengan modus operandi yang tertentu.

Dalam kebanyakan kes-kes yang tidak dihebahkan, orang gaji tidak sama kebolehan dengan yang diiklankan. (ini pun satu hal juga, marketing tak betul.)

Semua ini kalau anda perasan, adalah cerita orang gaji import. (Orang gaji yang tidak diimport, saya cuma pernah baca ceritanya dalam buku Sharifah Abu Salem penulis novel dan skrip yang prolifik. Judulnya tak berapa ingat. Sekadar memberitahu yang saya sangat jarang jumpa dengan orang gaji tempatan).

Persoalannya : bagaimanakah kita menangani masalah orang gaji import?

Cadangan jawapan:
A) tukar mentaliti
Mentaliti orang kita mengatakan bahawa orang gaji mestilah orang gaji yang diimport. Tapi memandang rendah pada orang tempatan yang mahu bekerja jadi orang gaji. Kan? (Saya tahu anda sedar, jangan gelak)

B) tukar label
Label orang gaji@pembantu rumah@amah ini tidak menarik minat orang lain untuk bekerja seperti mereka. label ini label yang merendahkan manusia. Apa yang sama antara orang gaji dan orang minyak? Ya, mereka dipandang rendah.

Tukang cuci lantai di Eropah tidak dipanggil cleaner, mereka dipanggil Floor Engineer. (kebersihan lantai tempat kerja turut termasuk dalam ciri ergonomik tempat kerja itu, jangan lupa.)

Apa kata kalau label orang gaji@pembantu rumah@amah ini, ia digantikan dengan nama yang lebih sesuai? Contohnya : pegawai sokongan keluarga professional, atau dlm English, Professional Family Support Assistant?

Bila label ditukar, barulah mentaliti juga boleh diubah. bila mentaliti diubah, barulah taraf pendapatan mereka boleh diubah. (dan mereka di sini, tidak semestinya yang diimport).

C) tambahkan minat untuk membuat kajian seterusnya untuk menambah skill dan minat orang ramai, khasnya remaja, untuk bekerja sebagai mereka2 ini.

D) wujudkan institusi tempatan / kursus-kursus di institut kemahiran yang diiktiraf untuk melatih "orang gaji".Barulah mereka ada class. Dan, label professional itu layak untuk mereka pakai.

Apakah kesudahannya nanti? Saya memandang satu masa depan yang cerah, tanpa pertambahan golongan Non-Malaysian yang tidak mempunyai sumbangan relatif kepada kemajuan Malaysia dan keamananan rumah tangga, dengan satu harapan positif.

Later.

12 November 2008

Nyanyian Jiwaku yang Pedih

Di cebisan masa yang berserpih,
minda ini melagukan kosanostra melankolik,
pada gugusan peristiwa,
terpisah jujuknya,
namun tercantum juzuk semangatnya,
pada secangkir emosi bernama pilu.


1
dua nombor yang tidak bermakna apa
namun bila tercantum
lain pula lagu jiwanya.
lebih-lebih lagi bila tercantum kata
revolusi 48.
puing-puing pedih
dan duka
bermain-main sebaknya dalam dada
kenapa aku dibuai dalam mimpi lena
tak sedarkan aku sejak sekian lama
tentang tipunya, bohongnya mereka
pada satu sensasi prefrontal korteks
bernama kecewa?

Sejarah dipermainkan
manusia ditakut-takutkan
dan anak-anak menangis
takutkan kebenaran
menelangkupkan naga mini
dalam sungai rasa bernama paksa

2
teori semata
tak mungkin menafaskan sejuta gerak
pada manifestasi alam
namun,
sampaikah kita
pada matlamat cerita
andai hanya mahu berteori saja?

3
mereka berkata bodohnya engkau
mereka berkata lemahlah engkau
namun engkaukah bodoh,
engkaukah lemah?
saat pasrah bukanlah pilihan
dan kebencian bukanlah paksaan,
perginya engkau dari dewan itu,
bukanlah kerana engkau adalah engkau,
tetapi kerana engkau adalah kami,
dan kami bersama engkau?
saat cebisan pelepah tak lagi
bisa menulis warkah-warkah kebenaran,
dan burung-burung bayan
mendenyar kicau bit
satu dan sifar
di kanvas-kanvas maya,
engkau tetap tahu,
bahawa benar tetap benar,
dan yang lemah tetap salah.
bodohkah mereka?
atau, hinakah engkau?
tidak, tidak, sama sekali tidak.


.....
dua kata berbeza
namun tercantum pada satu makna
dan harapan.
Harapan untuk menjunjung
langit keadilan
dan berpijak
pada bumi bernama kesaksamaan.

Malaysia Boleh - bolehkah?
(Tuhan, yakinkanlah aku..)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header