03 August 2005

demikianlah adanya..

Penulis meninjau-ninjau kalau ada cerita menarik yang boleh dimuatkan dalam entri blog untuk hari ni daripada suratkhabar semalam. Belek punya belek, akhirnya terjumpa artikel yang turut dimuatkan dalam headlines the News Strait Times semalam. Cerita ini bertajuk:

“Kenaikan mendadak jumlah lelaki menjalani pembedahan dada”

Di London, jumlah lelaki yang menjalani pembedahan dada meningkat mendadak. Nak tau kenapa mereka membedah dada mereka? Ya, ini adalah kerana, dada mereka menyerupai dada wanita! Itulah sebabnya.

Bagaimana hal ini boleh terjadi? Anda tentu musykil bagaimana lelaki yang sempurna sifatnya ketika dilahirkan dan dibesarkan boleh memiliki cirri-ciri yang memalukan ini.

Jawapannya ada pada air yang mereka gunakan setiap hari untuk makan dan minum, (serta mandi… memandangkan mereka jarang mandi, jadi ia dibuat dalam kurungan..hehehe). Air ini mengandungi sisa pil kontraseptif dan hormon wanita yang digunakan untuk menambah peratusan daging pada haiwan ternakan. Jadi, apabila air ini digunakan, sisa hormon ini menyerap masuk ke dalam sistem badan mereka.

Hm.. macam-macam. Hanya disebabkan pengurusan yang tidak betul, boleh menyebabkan haru-biru. Penulis terfikir, bila agaknya berita mengenai kesan suntikan hormon ke dalam ayam di negara kita kepada lelaki-lelaki a.k.a jantan machola akan dimuatkan pula dalam harian metro… takde pulak orang yang merungut. Pelik.

Waktu muda-muda dulu, penulis pernah mendengar ceramah motivasi yang memberitahu bahawa ayam-ayam yang digunakan dalam KFC adalah ayam yang telah disimpan lama dan dimasak dengan minyak panas. Dikatakan minyak panas ini boleh mengakibatkan kegagalan fungsi system reproduksi lelaki dan wanita. Tapi sampai sekarang orang boleh makan ayam KFC hingga menjilat jari (tangan ajeye..). Ye la, sebab kesannya bukan on the spot boleh nampak.

Dari paradigma yang lain, penulis nampak kejadian yang berlaku ini caranya lebih kurang serupa je macam mana cara dosa tu melekat pada manusia. Kita nampak satu perkara tu baik,dan kita buat. Tanpa kita sedari, dosa-dosa yang turut melekat pada perbuatan tu meresap masuk dalam hati, dan sistem aliran pahala dalam badan. Akhirnya, hati ni penuh dengan titik hitam. Hati yang ni takkan ada sesape yang boleh bedah, tak macam dada-dada lelaki london tu.

Demikianlah adanya….

2 comments:

mira said...

menarik maklumat ni :)

"...sisa pil kontraseptif dan hormon wanita yang digunakan untuk menambah peratusan daging pada haiwan ternakan."

macam mana sisa² tu boleh ada dalam air kegunaan harian? hish, bahaya betul, nak² kalau ada racun...

Fahmi Mahat said...

mira, kedua2 tu berasingan ye.. bkn sisa pil kontraseptiv tu digunakan sekali untuk ternakan. sisa pil contraceptive tu dari wanita yg gunakan aje. jgn silap faham ye?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails