3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

08 September 2006

Mara oh Mara..

"Lenient"nya MARA untuk memudahkan para peminjamnya membayar hutang, apabila dilihat dari aspek psikologi, mampu mengakibatkan MARA sendiri menghadapi learned helplessness. [bagaimana?]

Semakin lama MARA mengharapkan peminjam (baca:penghutang) membayar, semakin lama jugalah MARA dilayan acuh tak acuh oleh mereka.

MARA bermula dengan tindakan mengeluarkan senarai nama peminjam liat di akhbar tempatan, namun tindakan tersebut tidak membuahkan hasil yang diharapkan, dan ia tidak banyak membantu menyelesaikan masalah.

Akhirnya MARA mengambil langkah merendahkan bayaran semula pada kadar RM 20 sebulan. Memang terlalu rendah-rokok pun sekotak RM6, sebulan RM 180. Tapi itukah saja?

Tindakan ini akan memberi satu persepsi kepada peminjam liat, bahawa, MARA sangat terdesak dan tidak mampu untuk mengenakan sebarang tindakan undang-undang yang lebih baik, dek kerana hutang sebanyak RM550 juta.. dan mereka akan terus membiarkan keterdesakan MARA ini, berlarutan, kerana mereka rasa mereka yang menentukan masa depan MARA, bukan pengarah MARA.

Pendapat peribadi penulis, sekurang2nya MARA tak perlu pergi serendah itu, tapi mungkin RM 150 sebulan, seperti kadar bayaran semula PTPTN untuk partial loan seperti penulis.

Kembali ke persoalan asas kita.

Learned helplessness terjadi apabila kita menyambut suatu kedatangan peristiwa yang berulang2 dengan hati yang dah tiada harapan untuk keluar dari walangnya peristiwa itu. Dalam erti kata lain, learned helplessness terjadi apabila kita tersangkut dalam situasi negatif yang berulang-ulang, hingga kita dibiasakan dengan kenyataan bahawa kita akan terus dalam keadaan seperti itu.

Samalah dengan keadaan MARA sekarang. kemelut hutang pinjaman ini bukanlah isu yang sekejap. Sudah berapa tahun penghutang ini menangguhkan pembayaran?10 tahun bukanlah satu jangkamasa yang sekejap. Sekurang2nya, jika revenue MARA setahun adalah RM 150 juta, sepatutnya dalam masa tersebut, taraf ekonomi Bumiputera benar2 terpacu dengan suntikan dana dari persatuan Melayu sendiri-tanpa perlu terbeban dengan hutang2 along dan ceti2, lintah2 darat yang lain.

Jika dibiarkan tanpa pemantauan orang2 hebat dalam komuniti Melayu, contohnya para menteri, tidak mustahil Mara akan terperangkap dalam lingkaran learned helplessness, dan tidak mustahil juga jika MRSM Mara pun akan diturunkan taraf menjadi sekolah berasrama di bawah kerajaan negeri, atau lebih teruk dari itu, di'naikkan taraf' menjadi sekolah menengah kebangsaan integrasi generasi baru, kerana pengurusan sumber dan hutang yang tak terkawal lagi. (ex student MRSM, apa pendapat anda?)

Sekian dulu. Ketemu di entri lain.

Baca: Mara kena wujud formula baru pungut hutang bekas pelajar, Berita Harian, 8 September 2006

2 comments:

mira said...

kesian mara..

tapi macam mana, saya tak pinjam duit mara pun :p

Fahmi Mahat said...

ada apa2 cadangan yang boleh difikirkan bersama? setakat ni apa y abg dpt fikir cuma tu je.

"Pendapat peribadi penulis, sekurang2nya MARA tak perlu pergi serendah itu, tapi mungkin RM 150 sebulan,"

sbb 20 itu terlalu rendah. :) klu ada2 apa cdgn kemukakanlah di sini. boleh abg pulak forwardkan pada MARA, the same way you forward to JAKIM :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails