18 October 2006

Hakcipta dalam Islam (bahagian 2)

Masih lagi mengenai isu hakcipta (tak sudah2 lagi berfikir sejak penulis menerima tulisan dari seorang rakan yang terlibat dalam Forum Intelektual Nusantara, group underground sejak di matrik lagi.)

Hujah yang dikongsikan kepada penulis, adalah, hakcipta tak pernah dan tidak akan ada dalam Islam.

Perkongsian pintar lahir dari pemilikan hakcipta. Sekiranya hakcipta tidak dibenarkan, maka perkongsian pintar tidak akan lahir. Adakah dengan mengharamkan penggunaan hakcipta dalam Islam, maka kita tidak boleh lagi untuk berkongsi kepintaran pembuatan dan penghasilan?

Atau, adakah sebenarnya perkongsian pintar itu memang tidak wujud dalam Islam, sebagaimana pemilikan hakcipta?

Iya, memang tidak dinafikan, apabila hakcipta diwujudkan, ia nampak seolah2 untungnya kepada barat. Kenapa? Kerana, apabila Barat merekacipta sesuatu, mereka mempatenkannya dgn harga yang mahal, agar tiada org dapat membeli rekacipta tersebut. Tetapi, apabila orang Asia mempatenkan hakcipta mereka, walau pada harga semahal mana pun, mereka tetap akan boleh membelinya, by playing around with some legal issue....

Tetapi, dgn adanya hakcipta, intelektual dan produk intelektual seseorang dilindungi. Kita tentu tidak mahu rasa dianiaya atau teraniaya, apabila apa yang kita cipta, ditiru sewenang2nya dan diberikan kepada orang lain, sedangkan kita adalah pioneer kepada penciptaan itu.

Analogi yang diberikan dalam artikel tersebut, adalah penyebaran ilmu di zaman RAsulullah, di mana setiap tawanan dikehendaki mengajar ilmu kepada anak2 sahabat, sebagai harga tebusan untuk mereka. Penulis artikel itu mengibaratkan pengajaran tersebut sebagai bentuk penyebaran hakcipta. Ilmu yang diperoleh dari pengajar tersebut (tingkat pertama/first level) kemudian diajar kepada orang lain (tingkat kedua/second level), tanpa perlu kepada keizinan pengajar tersebut (analogi kepada hakcipta-tak perlu beritau atau bayar apa2 pada pencipta asal kalau anda nak tiru).

Kalau untuk ilmu pun tak perlukan keizinan untuk disebarkan, apatah lagi kalau untuk hasil atau produk dari ilmu itu sendiri.. inilah hujah dalam artikel tersebut.

Bagi penulis, kisah pengajaran tawanan kepada anak2 sahabat ini tidak dapat dijadikan hujah sepenuhnya untuk mengatakan bahawa hakcipta itu tiada dalam Islam. Ini bukan isu main2 dalam Islam. Mengatakan bahawa hakcipta itu memang tiada dalam Islam, sedangkan dalam Quran pun mengiktiraf akal, (dan seharusnya juga bermaksud mengiktiraf apa yang dikeluarkan oleh akal) dengan frasa "afala ta'qilun", "afala tatafakkarun"....

Pemikiran adalah aspek paling penting dalam tamadun manusia, maka ia seharusnya dilindungi. Jika ia tidak dilindungi, maka tidak akan ada lagi rasa hormat manusia pada pemikiran manusia lain.

Jika mencontohi, itu memang perlu, tapi kita tidak perlu menggunakan peniruan bulat2 untuk memajukan diri kita.

Apapun, penulis berpegang kepada: Inovasi bukan copyright infringe, tetapi ia adalah usaha menghasilkan satu lagi hakcipta.

Sekiranya inilah yang dimaksudkan dengan artikel itu untuk membatalkan pewujudan hakcipta, maka definisi "tiada hakcipta dalam Islam" dalam artikel itulah yang perlu diubahsuai.

1 comment:

mira said...

salam abang :)

intro la sikit. mira dan pembaca lain tak faham abang nak cakap pasal apa. dan di mana pendirian abang :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails