3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin: Teknik Psikik

Mm, menarik juga kalau PDRM mengaplikasikan teknik psikik ke dalam siasatan ni. Cuma yang jadi isunya adalah reability (kebolehsandaran) dan accuracy (ketepatan) teknik.

Teknik psikik, mungkin pada sesetengah orang, (termasuk saya yang agak skeptikal), macam sama aje dengan teknik mencari barang oleh bomoh2 "so-called" handal. Ada petua pakai tempias air liur (hahaha, dulu2 punya cerita masa kecik, time barang penting hilang).



Ada juga yang amalkan bacaaan ayat2 quran tertentu sambil berwudhu kemudian masuk tidur, mimpi yang diperoleh semasa tidur tadi dijadikan reading kepada lokasi barang yang hilang. (tapi perlu kepada ahli tafsir mimpi).

Tapi kalau ikut kata2 ahli forensik hipnosis (utusan semalam), memang ada teknik psikik yang membolehkan kita mengesan "tenaga" dari barang yang hilang, dengan memegang cebisan dari barang tadi. Tapi ahli forensik hipnosis bukan ahli psikik. kan? Macam bukan orangnya untuk ditanyakan soalan "bolehkah kita mencari barang hilang" ;) Unreliable juga lah jawapan ini.

Terfikir, macamana ya jadinya bila skuad gerak khas ada sorang pawang untuk locate mangsa yang hilang. Mungkin macam ni kut skripnya:

Inspektor Aliza: Sarjan, arahkan ahli psikik kita untuk kesan mangsa, dari cebisan karpet yang ada kesan darah ni.

Sarjan: Baik inspektor. Tok bomoh, tolong scankan menda ni (sambil hulurkan cebisan karpet pada bomoh )

Bomoh: Aaa, kejap.. mm.. (pegang barang tadi, pejam mata, contact dia punya perewang).. ok2.. Orang ni baru je keluar dari kereta, kawasan ni gelap, banyak rumput.. ada satu pokok yang baru kena panah petir kat sini...

Sarjan: lagi?

Bomoh: Tu je yang saya dapat. sini line tak clear sangat, satu bar je..

Sarjan: Eh, awak ni. Kata psikik?

Hahaha :D apa pun kita tgk hasil siastan ahli psikik polis untuk kes nurin ni. mungkin tak sama lah dialognya dengan skrip di atas :P

Nurin Jazlin Jazimin: Satu Analisis



Bukan berlagak cool, tapi sebenarnya, walau macamana hebatnya media melaporkan, bukan satu kes yang pelik lagi di negara kita ni, bila terjadinya kes culik dan bunuh.

Nurin Jazlin Jazimin, adalah satu ikon Malaysia, yang tak disenaraikan dalam pencalonan ikon Malaysia tempoh hari. Ikon kepada satu masyarakat yang semakin hilang arah, hilang focus terhadap apa yang dipanggil sebagai kehidupan. Bila nafsu merajai segala, ini lah hasilnya.

Fikir2kanlah sendiri. Tanya diri kita, puasa kita bulan ni, dapatkah ia menjamin bahawa kita takkan tertipu lagi dengan kejahatan diri kita sendiri? Syaitan dah dirantai, maknanya, bila ada kehendak2 jahat yang ajak kita buat menda2 tak elok, dah sah, memang kita lah yang jahat selama ni, bukan sebab syaitan…

Hiburan melampau. Saban waktu. Walhal dalam kita lagi 13 tahun nak menuju wawasan 2020, tak Nampak pun gaya2 nak ke situ. Macam nak mengundur ada. (tak de rupa langsung macam komik 2020 dulu..sikit pun)

Pagi sahur layan video clip A**RO yang seksi meksi. Pegi keja, dalam keta dengar H***M. Dengar iklan, topic sembang, dan lagu2 merapu yang takde memberi makna pada kehidupan. Waktu rehat, sembang pasal gossip-gossip terhangat.. ngumpat orang tu, orang ni… yang student nya, masuk Lab download youtube-youtube yang tak de manfaat, solat lambat2kan.. waktu rehat malam2 main game yang ntah apa2.. sibuk dengan download ringtone terkini, wallpaper paling cun, dan tak kurang hebatnya, video clip porno, ke dalam henfon masing2..

Orang yang menegur diherdik, dikutuk, dikatakan tak global (atau glokal? Apa2 aje), dilabel fundamentalis.. orang yang ke arah kebaikan dikatakan hipokrit, menunjuk2 kebaikan. (awak tu lagi teruk, buat jahat tapi nak beritau semua orang kejahatan yang dia buat, nak tunjuk siapa lagi power. Siapa lagi hipokrit?)

Kalau nak tau, benda2 cam ni lah yang membuatkan hati kita sebenarnya semakin hilang kekuatan, selalu meronta2 nak lawan nilai moral..

Tak tahu, malas nak berfikir panjang.

Ambil mudah semua perkara.

Ini baru permulaan. Percayalah. Akan datang, kalau kita tak nak berubah, Nurin Jazlin Jazimin, akan jadi cuma 10% dari kejahatan makhluk2 yang bernama manusia dan berwarganegarakan Malaysia.

Baca: Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan

KUALA LUMPUR: Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun persoalan mengenai motif mangsa disimpan hampir sebulan sebelum dibunuh serta mayatnya ditinggalkan di tempat yang mudah ditemui, masih belum terjawab.

Sehingga kini, polis dikatakan sedang mengkaji beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi motif pembunuhan kejam itu, antaranya dendam terhadap keluarga mangsa.
Menurut sumber, berdasarkan keadaan mayat Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual serta mengambil kira lokasi mangsa ditinggalkan, suspek mungkin berdendam terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.

"Mangsa diseksa secara seksual dengan dahsyat dan ngeri. Ia mungkin bertujuan membuatkan ibu bapa mangsa berasa sangat sedih dan marah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu.
Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun.

Mengenai tindakan suspek menyumbat mayat mangsa ke dalam beg dan ditinggalkan di tempat awam, beliau berkata, suspek mungkin memang mahu mayat itu segera ditemui dan mendapat liputan meluas supaya ibu bapa Nurin lebih menderita dan tertekan.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan Nurin menjadi mangsa keadaan. Suspek mungkin menghadapi masalah mental yang kronik dan tidak berpuas hati terhadap keadaan sekelilingnya.

"Suspek marah dan berdendam dengan semua yang berada di sekelilingnya. Namun dia takut untuk meluahkannya kepada orang dewasa," katanya.

Ditanya sama ada suspek mahu mencabar polis dengan meninggalkan beg mengandungi mayat mangsa di tempat terbuka, beliau menolak kemungkinan itu tetapi berkata:

"Suspek akan meninggalkan lebih banyak kesan yang akan membawa siasatan ke tahap lain. Dalam kes ini, petunjuk yang ditinggalkan adalah secara tidak sengaja."

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi enggan mengulas motif dan perkembangan siasatan kes itu.

"Polis masih menyiasat dengan serius kes ini dan kita tidak mahu terjadi apa-apa perkara yang akan mengganggu siasatan," katanya sambil meminta semua pihak bersabar dan bekerjasama dengan polis.

21 September 2007

Salam Ramadhan Untuk Semua!



Salam Ramadhan untuk semua. rasanya belum terlewat lagi pun :)

19 September 2007

"Lagi Lagi Ayam, Takde Lauk Lain Ke Som?"

Nak tau mekanisme barang naik harga dan terus stay dgn harga baru, wlaupun org tak suka? Macam ni. Contoh kita bagi ayam ek.
Langkah #1:
Mula-mula, ni semua keja pemborong. Dorang akan berbincang dgn persatuan tak rasmi dorang satu negeri untuk naikkan harga ayam.
Langkah #2:
Next step, pemborong pergi ke ladang-ladang ternak ayam, dan bagitau dorang nak naikkan harga ayam kat pasaran, supaya “korang semua untung sket. Tak la penat sgt dan rasa tak berbaloi.” Penternak setuju. Tapi dorang tak tau, banyak mana yg akan naik untuk setiap sekor.
Langkah #3:
Kutip ayam dengan jumlah yang lebih sikit dari biasa, untuk dihantar ke kedai dan pasaraya. Bila orang kedai Tanya, cakap, “penternak kata stok kurang”
Langkah #4:
Kedai pun naikkan harga, terpaksa, sebab nak cover kalau rugi.
Langkah #5:
Orang tak nak beli sangat ayam, tapi last2 beli lah jugak sambil marah2.
Langkah #6:
Kerajaan keluarkan kenyataan akan mengawal harga ayam, harga takkan naik . Berunding dengan penternak. (patut berunding skali ngan pemborong. Cis)
Langkah#7:
Esoknya, dan hari seterusnya, pemborong tekan lagi kedai dan penternak.. orang ramai makin tensen, tapi terpaksa beli.
Langkah#8:
Akhirnya naik jugak harga ayam, sebab kerajaan tak nak panjang2 kan isu. jawapan yang bakal diberi;
“dah lama harga ayam tak naik,”
“penternak tanggung kerugian besar sgt”
“kalau tak naik sekarang, esok lusa pun naik juga. Tak nak makan ayam, jangan bising2”

Perkara sama akan berulang untuk tahun berikutnya.

Baca selanjutnya:
Rabu, 19 September 2007

Pasar raya catu ayam 2 ekor setiap pembeli

IPOH: Sebuah pasar raya besar di sini mengehadkan pembelian dua ekor ayam bagi setiap pelanggannya berikutan kekurangan bekalan sejak minggu lalu.

Jurucakapnya berkata, syarikat terpaksa mencatu bekalan bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat membelinya.

Seorang peniaga di Pasar Besar, di sini, Wong Wan Soo, 65, berkata masalah kekurangan bekalan ayam yang berlaku kini adalah paling teruk sejak dia berniaga 50 tahun lalu.
Katanya, kekurangan bekalan turut berlaku kerana tindakan pemborong mencatu jumlah ayam yang diagihkan kepada peniaga.

"Jika dulu, setiap raga mengandungi 10 ayam, sekarang cuma lapan saja yang diagihkan pemborong,” katanya.

Wakil pemborong, Maya Yang Rosli, ketika ditemui berkata, masalah kekurangan bekalan juga berlaku berikutan arahan pengusaha ladang supaya pemborong mengurangkan bekalan ayam yang dihantar kepada peniaga.
"Jika dulu, kami boleh memperoleh 170 ayam sehari untuk diagihkan kepada peniaga, kini cuma 152 saja," katanya.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menyiasat punca masalah itu.

Di Kuala Lumpur, tinjauan mendapati kebanyakan peniaga ayam mematuhi arahan menjual ayam pada harga siling RM6 sekilogram.

Tinjauan di Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit juga mendapati, peniaga akur serta mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu walaupun mendakwa terpaksa membayar pada harga lebih tinggi kepada pembekal.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Keramat, Shoid Chee, berkata pihaknya kecewa dengan sikap pemborong dan pembekal yang mengaut keuntungan lebih apabila menjual ayam pada harga RM5.80 sekilogram berbanding harga siling kerajaan RM5.40.

"Bagaimanapun, kami tetap membeli ayam kerana perlu dijual kepada pengguna. Setakat ini, tiada pengguna yang boikot ayam kerana peniaga masih menjual pada harga siling RM6 sekilogram," katanya.

Kakitangan kerajaan, Muriza Abd Hamid, berkata walaupun harga ayam naik, beliau tetap membelinya kerana masakan berasaskan ayam menjadi kegemaran keluarga berbanding ikan dan daging.

Kalau PLUS Boleh, Kami Pun Boleh

Nafi untung RM400j

Heading ni nampak menarik. Tapi nampak macam dah biasa sangat. Cuba kalau kita tukar macam ni, jadi apa eh?

Kalau PLUS boleh, kami pun boleh

Ha, macam menarik kut. :P Nak tau apa isunya?

Syarikat tolak dakwaan kaut laba atas angin kendali eKesihatan

Rabu, 19 September 2007 | 7 Ramadan 1428

PETALING JAYA: Supremme Systems Sdn Bhd yang menerima kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengendalikan aplikasi eKesihatan, semalam menafikan akan meraih keuntungan 'atas angin' hampir RM400 juta dalam tempoh 15 tahun.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Nordin Yahaya, berkata syarikat itu hanya mendapat kontrak mengendalikan aplikasi itu untuk tempoh lima tahun dan bukan 15 tahun seperti dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, Supremme Systems hanya memperoleh kira-kira 13 peratus atau RM10 daripada kadar bayaran RM80 bagi setiap pemeriksaan kesihatan yang dikenakan terhadap pemandu kenderaan komersial.

Katanya, 50 peratus atau RM35 hingga RM45 daripada bayaran RM80 itu sebenarnya diperoleh doktor panel yang mendaftar dengan eKesihatan, manakala 34 peratus (RM25 hingga RM30) untuk ujian makmal dan RM2 (tiga peratus) pula caj kutipan Pos Malaysia.

"Kami hanya memperoleh RM10 dan jumlah inilah yang akan digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi penyaluran data pemeriksaan, penubuhan rangkaian unit pemantauan dan penyeliaan, unit khidmat pelanggan dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini bagi menjawab tuduhan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan aplikasi itu.
Minggu lalu, JPJ mengumumkan semua pemandu kenderaan komersial yang hendak memperbaharui atau memohon Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) diwajib menjalani pemeriksaan kesihatan serta ujian air kencing di 611 klinik panel menerusi aplikasi eKesihatan mulai 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, peraturan baru itu yang turut mewajibkan pemandu membuat bayaran RM80 di pejabat pos, mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang mendakwa pelantikan klinik panel itu melanggar Akta Perubatan 1971.

Supremme Systems juga didakwa mengenakan bayaran yang terlalu tinggi dan dijangka memperoleh RM400 juta berdasarkan unjuran 800,000 pemandu kenderaan komersial di seluruh negara.

Nordin bagaimanapun menjelaskan pelbagai ujian, seperti air kencing bagi mengesan kandungan dadah yang dilakukan di makmal panel eKesihatan hanya mengenakan bayaran antara RM25 hingga RM30, sedangkan ujian sama di makmal komersial boleh mencecah RM68 hingga RM81.

"Dengan bayaran hanya RM80, pemandu juga akan mendapat ujian kesihatan menyeluruh. Adakah munasabah untuk mendapat pemeriksaan komprehensif dan ujian makmal dengan harga RM10 hingga RM20," katanya.

Mengenai dakwaan MMA bahawa persatuan itu tidak diberitahu mengenai pelaksanaan eKesihatan, beliau berkata perbincangan pernah dilakukan dengan MMA sebanyak dua kali pada 2005.

"Selepas menandatangani kontrak dengan JPJ, 3 September lalu, kami juga menulis surat kepada MMA pada 11 September untuk menjalin kerjasama teknikal dengan persatuan itu.

"Bagaimanapun, MMA hanya menjawabnya pada 17 September lalu. Apapun kita akan mengadakan perbincangan dengan MMA minggu depan untuk mengadakan kerjasama teknikal yang dapat meningkatkan lagi mutu pemeriksaan kesihatan," katanya.

Sambil menjelaskan syarikat itu bukan mendaftar doktor seperti didakwa beberapa pihak, beliau berkata, prosedur yang digunakan panel klinik sudah mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan berdasarkan beberapa siri perbincangan pada 2005.

Nordin berkata, JPJ juga berhak memantau syarikat berkenaan pada bila-bila masa dan boleh mengenakan penalti jika berlaku kesilapan.

"Kita boleh dikenakan penalti RM50,000 jika ada doktor panel kita didapati palsu, selain RM100 untuk setiap kes jika ada kesilapan dari segi pemeriksaan,” katanya.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header