Jika dilihat dari aspek multiracial perspective, beliau boleh menjadi trendsetter atau lambang kepada kejujuran kaumnya. Juga boleh menunjukkan bahawa bukan Melayu tidak semestinya bersikap negatif sebagaimana yang mungkin dialami oleh segelintir golongan Melayu.
JIka dilihat dari aspek kepimpinan, beliau menonjolkan ciri yang ada seperti di zaman sahabat Nabi junjungan kita, bersedia melepaskan jawatan dan amanah, dengan rela hati, apabila bukti yang ada membuktikan sahabat tersebut sudah tidak boleh untuk dipertanggungjawabkan.
Mungkin inilah sebenarnya contoh yang telah lama dinanti2kan oleh seluruh rakyat; mencari pemimpin yang bertanggungjawab pada kesalahan sendiri, bukan terus menyelindungkan cerita di sebalik statistik yang boleh dipertikaikan reliabilitinya, atau mempolemikkan isu lain bagi menutup kelemahan dirinya.
Akhirnya :)
baca: Letak semua jawatan: Oleh Abdul Razak Raaff