06 June 2008

Komisen awak berapa?

Ala, apalah sangat RM 120,000 berbanding RM billion2. Oh, kalau rakyat buat jadi rasuah, tapi kalau dorang buat jadi komisen? Heh. Cuba tukar tajuk dia,

Pesara didakwa terima komisen RM 120,000,

cuba tengok kut2 ada sapa peduli?

Well, absolute power corrupts absolutely. What else could I say? ;)

Pesara didakwa terima rasuah RM120,000

SEREMBAN: Seorang anggota Lembaga Pengarah Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah berjumlah RM120,000 daripada seorang peniaga kereta.

Ramin @ Abdul Rahim Buang, 66, didakwa menerima wang itu dalam bentuk cek pada 12 Mac tahun lalu daripada seorang wakil penjual kereta Syarikat Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd untuk membolehkan syarikat itu menjual sebanyak 20 buah kenderaan kepada Koperasi Berjasa.

Ramin ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah pada 5 April tahun lalu.

Hakim Sabariah Atan menetapkan 10 September ini sebagai tarikh perbicaraan.

Beliau membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000. - Bernama

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails