21 June 2008

My 2 Cents

1) Majlis Tahlil Kenduri 7, 40 hari, 100 hari amalan Melayu
"dari ibnu Umar ra, Rasulullah telah bersabda: Sesungguhnya keluarga Ja'far telah disibukkan dengan urusan kematian, sediakanlah baginya makanan." Riwayat Muslim dan dikuatkan dengan matan yang lain dengan maksud yang sama dalam Riwayat Bukhari.


Jika inilah sikap Nabi, (dan semestinya sunnahnya, yang bila dikatakan sunnah, adalah cara hidup yang paling baik dan benar), mengapakah kita masih membenarkan budaya yang tak benar, dan meneruskan apa yang tidak patut diteruskan?

Mengapakah masih ada Muslim yang bila kematian ahli keluarga, Muslim ini jugalah yang bersusah payah mengadakan kenduri untuk orang yang datang, yang kemudiannya membacakan Yassin, tahlil (yang belum pasti pun diterima, atas sebab : bacaan Yassin atau surah2 lain kepada yang telah mati, tidak sampai, yang tinggal hanya 3, amal jariah si mati, doa anak yang soleh,bkn doa jiran kepada anak, dan ilmu yang diamalkan.)

2) Amal yang Benar
Bila kita nak berbuat baik, specifically berbuat amal ibadah, perlulah kita pastikan ada dalil atas setiap amal kita. Amal yang tidak ada dalil Nabi membuatnya atau Quran menyuruhnya, lebih baik saja ditinggalkan.

Takut2 kita meneruskan kesilapan yang diwarisi, dan takut2 juga kita membuat perkara yang sia2. Takut2 juga kita membuat apa yang tidak pernah diajar dalam Islam acuan Nabi besar junjungan.

Takut2, walau pun niat kita untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita dimurkai pula.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails