3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

22 December 2008

Pelan Bailout US: Bagaimanakah reaksi rakyat mereka?

Amerika sebagai negara yang "mengawal" ekonomi dunia, mengatakan bahawa bank-bank mereka tidak dapat memberitahu (baca:tidak AKAN memberitahu) para pembayar cukai bagaimana duit mereka akan digunakan untuk menyelamatkan Amerika.

Ia adalah perkara yang perlu diketahui oleh umum. Bank (pemberi pinjaman)akan beria-ia mendesak kita untuk mengetahui bagaimanakah duit yang kita pinjam akan digunakan. Sebab itu kita perlu membuat proposal, menunjukkan surat pengesahan, dan melalui pelbagai redtape dalam proses ini. Dan sebab itu jugalah makin banyak Along yang muncul sekarang..

Namun, setelah menerima berbillion2 dolar dari cukai2 yang dikutip daripada rakyat, bank2 terbesar Amerika Syarikat mendakwa bahawa mereka tidak dapat memberitahu bagaimana sebenarnya duit yang mereka pinjam dari rakyat, telah digunakan, atau dengan mudahnya menolak untuk memberi komen. tak ke pelik tu..?



"Kami dah pinjamkan sebahagian", "Kami tak pinjamkan sebahagian", "Kami tak buat pengiraan yang sebenar", "Macam ni sebenarnya..." adalah antara respon2 yang diperolehi dari spokeperson untuk bank JP Morgan Chase, yang menerima 25billion US dolar dalam pelan bailout ekonomi mereka. "kami tidak akan memberitahu orang ramai mengenainya, dan kami tidak akan sekali-kali memberitahunya."

Persatuan Media Rasmi Amerika telah menghubungi 21 buah bank yang menerima sekurang-kurangnya $1 billion dari wang cukai rakyat Amerika. 4 soalan ditanyakan kepada bank2 ini :
1)"Berapa banyak yang dibelanjakan?"
2)"Untuk apakah ia dibelanjakan?"
3)"Berapa banyakkah pula yang digunakan untuk simpanan?"
4)"Apa rancangan seterusnya untuk baki pinjaman tadi?"

Tidak ada satu bank pun yang memberikan jawapan yang spesifik, apatah lagi memuaskan hati.

"Kami tidak akan memperincikan tiap keluar masuk duit yang kami terima," ujar Barry Koling, seorang spokeperson untuk Bank SunTrust, Atlanta. Bank ini menerima $3.5 billion dari wang cukai rakyat.

Ada bank yang tidak tahu langsung ke mana wang tersebut telah mereka gunakan.

"Kami menguruskan aset dan kapital kami dengan baik," kata Regions Financial Corp. spokeperson Tim Deighton. Menurut beliau, syarikat Birminghamnya tidak membuat penelitian mendalam terhadap bagaimana ia membelanjakan $3.5 billion yang telah mereka terima sebagai sebahagian dari rancangan bailout mereka.

Jawapan yang berlegar disekitar rahsia yang mencecah $700 billion (lebih kurang saiz ekonnomi Netherland)— untuk menyelamatkan industri perbankan.
Pengurusan Dana Negara US telah menggunakan duit tersebut untuk memberli stock2 dalam bank US. Ia dijalankan dengan harapan bahawa, pergerakan wang yang banyak secara serta merta akan membolehkan bank2 menghulurkan pinjaman.

Para pengkaji ekonomi dan penggubal undang-undang mahukan siapa2 pun tidak menyalahgunakan duit tersebut untuk pembelian@penggunaan jet2 peribadi, atau apa saja yang tidak berkaitan dengan bailout. Tetapi tidak ada sesiapa yang akan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Elizabeth Warren, salah seorang daripada orang atasan dalam financial bailout, menegaskan, Ia adalah sangat penting bagi rakyat Amerika untuk mengetahui bagaimanakah duit mereka digunakan kali ini."

Namun, buat masa ini, mereka tidak akan dapat mengetahuinya.

Dua tahun lepas, apabila mereka bercerita mengenai perbelanjaan $100 million untuk sesuatu yang tidak begitu pasti, ia adalah skandal bagi setiap rakyat Amerika. Sekarang?


Soalan cepu emas:Itu adalah jawapan bagi negara yang mengawal ekonomi dunia. Bagaimana pula jawapan negara yang dikawal oleh pengawal ekonomi dunia? Jeng Jeng Jeng

PGG BATCH 28 TOT:Point of Thought(s)


Melengkapkan permulaan yang baik bagi PGG untuk saya semester ini, adalah training of Trainers (TOT) yang bermula Jumaat di Mini Auditorium IIUM, dan berakhir di El Azhar Camp.

on 6 point scale,
Komen: Program dan pengisiannya 5.
Peserta: group binding 5
Level kepuasan: 6
Level Facility:
penginapan 4
makanan: 6 (first class!sedap gile)
aktiviti: 4 (kolamnya berbau "sedikit wangi", wuhuhu)
Overall: 5

enjoy jugalah saya kali ini, dengan group members yang sempoi dan kooperatif. OH, dan kali ini saya bukanlah ketua dalam kumpulan. Cuma lebih banyak menyumbangkan idea, provokasi untuk kolaborasi (provoke org supaya lebih involve dlm group) dan spark some hillarious moment.



Buat new members khasnya cofaci2, saya dan musai'd/ah lain mengalukan kedatangan anda ke dalam famili PGG. Kita berharap agar kebaikan2 PGG dapat ditambahbaik, dan kelemahan PGG dapat ditampung oleh suasana dan keterlibatan ahli keluarga secara kolektif kali ini. Harap2nya tidak ada lagi kekurangan2 yang terlalu jelas seperti semester2 lepas.

Namun, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Fasilitator adalah pemudahcara, bukan penyelesai masalah. Kita tidak perlu terlalu cepat pergi ke penyelesaian masalah, secara bersendirian, tetapi kita perlu lebih membuka peluang kepada perkongsian masalah tersebut agar ia menjadi sharing moment dalam kumpulan masing-masing.

Secara amnya, fasilitator dalam PGG berfungsi dalam kaunseling kelompok. marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita agar sentiasa memahami "dalam PGG, kaunseling itu kelompok".

Tidak ada nafsi-nafsi di sini. Maksud saya, fasilitator tidak berhak untuk menyelesaikan masalah grup members secara berseorangan tanpa memberi peluang kepada ahli kumpulan lain untuk bersama-sama terlibat dalam proses mendengar dan menyelesaikan masalah.

Keterlibatan inilah sebenarnya yang akan menghasilkan ukhuwwah, kejelekitan dan bond of bindedness. Bila ukhuwah terbit, dinamik kumpulan akan dirasa oleh kesemua orang dalam kumpulan tadi.

Saya mendoakan yang terbaik buat Pgg's batch 28, dan diri saya sendiri, agar sama-sama improvekan diri masing-masing.

Husnul bidayah, khairul nihayah, insyaAllah :)

13 December 2008

CicakMan 2: Cak Cak Cak!


CicakMan. Cak Cak Cak.

Saya diminta membuat review filem ini untuk seseorang. Jadi, selepas menonton CicakMan 2: Planet Hitam semalam di Mahkota Parade Melaka, berikut adalah apa yang saya dapat simpulkan:

1) Jalan cerita : Lebih menarik daripada filem pertama (pedulikan apa yang orang kata kalau mereka kata ada unsur2 peniruan dari Spiderman 3 dalam citer ni. cakap balik kat diorang, ini bukan peniruan, ini inovasi Malaysia, huhu.)
2) Watak dan pengembangan: Watak Hairi lebih seimbang aksi dan emosinya tak seperti filem pertama. Ada watak baru seperti Rrama yang bercakap dua tiga bahasa. Ada watak adik kepada Danny (lupa namanya) yang mengelirukan walaupun agak misteri. (Buta dia tu buta radioaktif ke?)
3) Babak2 terputus: mungkin kerana potongan2 yang tidak begitu tepat, lompatan dari babak ada yang kurang kemas.
4) CGI:yang paling penting untuk filem superhero. Mm, byk improvement dari yg sebelumnya. Namun masih mungkin perlu lebih banyak outsourcing. CGI antoo fighter lebih meyakinkan.

Jadi, untuk nilai RM10 harga tiket GSC, ia berbaloi untuk ditonton bersama rakan2 anda yang :

a) memang minat citer Malaysia
b) tak kisah tengok superhero Malaysia
c) suka tengok lakonan saiful Apek, Fasha Sandha, atau Aznil Nawawi
d) mencari kelainan dalam citer2 komedi Malaysia - lain la sikit, ada aksi2 lompat dengan lidah

dari 10 mata, saya berikan 7.5. Anda bagaimana? Selamat Menonton!

09 December 2008

Bukit Antarabangsa Runtuh

Kejadian di Bukit Antarabangsa melengkapkan set kemusnahan alam Malaysia buatan orang Malaysia sendiri. Malaysia Boleh? Sudah tentu. 1993, Highland Towers. Malaysia Boleh juga. 1995. Hillview Park. Pun, Malaysia Boleh juga.



Ironinya bila orang berkata pemaju tidak menghargai alam sekitar, lalu menarah bukit tersebut. Yang sebenarnya, bukit bukan tidak dihargai lalu ditarah, tapi sebab bukit berhargalah ia ditarah. Rumah di kawasan tanah tinggi lebih beharga dari rumah di kawasan tanah rendah.

Baca lagi:
Bukit Antarabangsa: Antara Harga Dan Penghargaan

05 December 2008

Lagi-lagi Polemik.

Fungsi polemik bukan sekadar membesarkan isu, tapi ia juga berfungsi mengalihkan perhatian pembaca.

siri-siri kejayaan polemik media bercetak:

1) Polemik media bercetak tentang isu rumahtangga Abby + Norman, ketika isu suntikan dana 5 billion ke dalam pasaran saham syarikat2 kroni yang nazak.

2) polemik AGM UMNO berjela mukasurat di media bercetak utama negara, untuk mengelakkan perhatian rakyat kepada isu Kementerian tertentu yang tidak begitu membuat kerja masing-masing, sehingga melibatkan pergaduhan besar di Dewan Parlimen

Baca Lagi: Lagi-Lagi Polemik

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header