29 August 2009

Satu Malaysia: Pengangkutan Awam Kita.. Sighs

1) Apabila dinaikkan tambang teksi, tambang bas pun akan naik juga. Seperti tahun 2003. ya, anda mungkin dah lupa. bukan Melayu saja yang mudah lupa, tapi manusia memang mudah lupa.
"Tambang teksi naik, kami pun boleh naikkkan tambang bas kami juga." Ya, despite of kita masih terkesan dengan economic recession. Apa, takkan kerajaaan yang meluluskan ni dah lupa?

2) Kalau tambang bas dinaikkan atas dasar maintainance yang semakin mahal, apa lagi yang orang awam seperti saya, anda dan mereka akan gunakan? kita gunakan pengangkutan awam kerana ia sepatutnya lebih murah daripada memiliki kenderaan persendirian; kereta, motorsikal apatah lagi motorbot. Maka apa ke halnya bila tambang dari Gombak ke Wangsa Maju Perhentian al Haramain saya dari RM1 sehari pergi balik selepas ni akan jadi RM4? Naik sehingga 400% untuk jumlah pengunaan bulanan? (Syarafuddin Sulaiman, personal communication, 28 August 2009)

3) kenapakah kenaikkan tambang tidak didasarkan pada Dasar Pengangkutan Awam? Atau, kita tak pernah ada Dasar Pengangkutan Awam? Dasar ini sepatutnya mengutamakan orang ramai sebagai pengguna perkhidmatan awam. Bila orang ramai diutamakan, ia bermakna pengangkutan awam tidak sepatutnya menjadi profit oriented.

4) Agar pengangkutan tidak menjadi profit oriented, selain subsidi petrol kepada pengangkutan awam, mungkin kita patut mempertimbangkan pemberian fixed amount of money, sebagai gaji kepada ahli-ahli pengangkutan awam, contohnya pemandu dan konduktor. Dengan ini, apabila pendapatan mereka tidak bergantung 100% kepada jumlah penumpang dan jumlah trip dalam sehari, kita boleh mengawal kenaikan kos pengangkutan awam yang ditanggung penggunanya kepada tahap paling minimum.
Dengan ini, jumlah trip dan jumlah penumpang dalam sehari kini adalah tanggungjawab pembekal pengangkutan awam, dan bukannya punca pendapatan utama.

So?

2 comments:

radzdynna said...

setuju sgt ttg entry ni...kbykan public transportation mmg lebih penting kn untung... buktinya kt uitm sendiri, rapid kl sediakan bas yg sedikit, padahal seperti yg kiter tau student mmg ramai...sumbat mcm ikan sardin... hhh...

Fahmi Mahat said...

sesungguhnya profit itu takkan memuaskan hati, sampai bila2, tapi kebaikan yang berkat itulah yang akan dikenang2 dan dicanang2 menjelang pilihanraya.

mereka benar2 lupa~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails