3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 March 2010

Review Buku-buku time Exam part 1


Usai exam keempat 26hb Mac kelmarin, saya bergegas ke perpustakaan IIUM, memenuhi kehendak dan keperluan minda buat masa ini, atas gagasan menguatkan (baca:menyibukkan) fikiran dan mengurangkan daya emosi. Dua buah buku digapai dari rak setelah berpusing2 dua kali di tingkat tiga, bahagian political science, dan history. Turun ke tingkat dua, ke bahagian mesin peminjam. Kad matrik dicapai.

"Tett! harap maaf, kad anda nyatanya ada masalah." Dipendekkan cerita, saya telah akhirnya meminjam buku menggunakan kad seorang kawan yang baik. :)

Buku pertama yang telah saya khatamkan dua hari lepas :The science of Sherlock Holmes, tulisan E. J Wagner.


Pengarang: E J Wagner.
Judul Buku: From Baskerville Hall to the Valley of Fear, the Real forensics Behind the Great Detective's Greatest Cases, the Science of Sherlock Holmes.
Penerbit: John Wiley & Sons, inc.
ISBN: 978-0-470-12823-7
Call No : (IIUM Main Library : HV 8073 W132S)

Apa yg menarik tentang buku ini? Satu, ia berkisar tentang forensik (meskipun bukan psikologi forensik) dan saya memang minat forensik sejak saya diperkenalkan dengan CSI 5 tahun lepas. Dua, saya ada satu affiniti yang agak pelik (mungkin boleh dikatakan obses) dengan Holmes, dan siri penyiasatan, mungkin kerana saya membesar dengan Kindaichi dan Conan dari sekolah. Tiga, kerana ia menganalisis sisi siri Arthur Conan Doyle paling laris ini dari sisi akademik dan bukan sekadar hikayat semata.




Mahu tahu lebih lanjut? Mari kita walkthrough bab demi bab.. jom!

Bab Pertama: dialogue with the dead
Dalam bab ini kita dikenalkan kepada watak Holmes yang ternyata amat saintifik dan streetwise, berkawan dengan seorang doktor bernama Watson. Holmes terlibat secara aktif dalam menyelidik punca kematian. Ternyata pada zaman sekitar 1800 di London, sains penyelidikan anatomi tidak begitu berkembang dan diterima masyarakat pada masa ini, dan untuk mendapatkan badan-badan untuk dikaji, saintis terpaksa mengupah orang-orang perseorangan untuk mengorek kubur2 dan mencuri mayat.

Dalam bab pertama ini, penyiasatan di tempat kejadian (CSI) dianggap suatu bentuk dialog dengan yang telah mati. Pengarang menceritakan tentang sejarah penyiasatan gaya Sherlockian yang maju ini berada pada zaman di mana kecurian dan pembunuhan adalah perkara yang biasa, bagi sebuah bandar London yang tidak hanya dipenuhi dengan golongan aristokrat dan peniaga2 yang opportunis, tapi juga dipenuhi dengan masalah-masalah sosial yang diakibatkan oleh jurang pemilikan harta yang terlalu jauh. Sebagai penyiasat, Holmes ternyata mampu menyiasat dengan cara yang lebih baik dari Coroner (orang biasa yang menyiasat punca kematian, yang tidak mempunyai apa2 asas yang baik dalam bidang ini) biasa, melalui asas yang dipelajarinya bersama Watson, contohnya, mengenai dissection.


Bab Dua, : beastly tales and black dogs

Dalam bab kedua, pengarang menceritakan bagaimana banyaknya kejadian jenayah dianggap sebagai suatu yang mistik, yang diakibatkan oleh kepercayaan terhadap makhluk selain manusia, sebelum penyiasatan jenayah bermula menjadi suatu bidang kajian saintifik. Dalam bab ini, kedapatan manusia2 penjenayah yang mengaitkan jenayah mereka dengan kisah2 lampau yang khurafat, supaya masyarakat terus berada dalam ketakutan dan tidak akan berbuat apa-apa selain meminta pihak gereja untuk datang menjampi rumah. (suatu yang saya kira masih agak signifikan untuk dikaitan dengan kisah jenayah di Tanah Melayu tahun2 lalu).

Di London, kisah seperti werewolf, hound dijadikan bahan cerita atau modal untuk melepaskan jenayah kejam yang dilakukan oleh manusia kepada makhluk2 ini, supaya manusia itu terlepas dari hukuman. Namun dengan wujudnya penyiasat-penyiasat yang saintifik dan tidak terlalu terpengaruh dengan hikayat (forklores) ini, manusia ini akhirnya dapat dibawa ke muka pengadilan.
Holmes mengambil fungsi haiwan2 ini sebagai sesuatu yang boleh memudahkan kerja menyiasat, contohnya, melalui bukti yang dibawa oleh haiwan tentang kemalangan di tempat kejadian.

Bab ketiga: a fly in the ointment
Dalam bab ini, kita dibawa menuju satu sisi lain dalam hidup Holmes, dalam sifat observantnya terhadap makhluk-makhluk kecil- serangga. Pengarang meyakinkan kita bahawa, serangga mampu menjadi bukti, atau sekurang-kurangnya membuktikan apa yang telah berlaku kepada mayat @ tempat kejadian. Serangga mampu menunjukkan tempoh masa selama kemalangan telah berlaku. Ini boleh dilihat dari contoh, jumlah berengga yang wujud pada luka mayat, kepadatan serangga di satu-satu ruang dalam temat kejadian, yang biasanya menunjukkan keanehan, mungkin disebabkan kesan darah yang telah kering dan tak kelihatan.

Bab keempat: proving poison
Holmes, adalah salah satu daripada manusia yang dikurniakan kemahuan yang tinggi dalam mengkaji racun dan fungsinya kepada manusia, tetapi kadangkala terlalu ekstrem dan tidak kena cara dalam melakukan kajian itu. Holmes pernah memberi makanan dalam saiz mini, yang telah dicampurkan dengan sedikit racun, kepada rakan sebiliknya, dengan sengaja, untuk mengetahui kesan racun itu (sudah tentunya dengan penawar yang telah disiapkan lebih awal).
Holmes menyedari bahawa alam semula jadi memiliki bahaya tertentu berkaitan dengan racun, dan dia juga tahu ia mampu dimanipulasi dalam kes-kes pembunuhan. Bisa ular, cendawan, adalah racun-racun dari kategori jenis ini.
Contoh-contoh racun biasa digunakan dalam kes berprofil tinggi di London turut dimuatkan dalam bab ini.

Bab lima: disguise and the detective
Sebagai penyiasat, Holmes memiliki kemahiran penyamaran yang agak tinggi. Bukan sekadar itu saja, penyamarannya melengkapi aspek pakaian (kostum), gaya bahasa dan gaya badan watak yang ditirunya. Beliau juga mampu mengesan penjenayah yang menyamar. Dalam bab ini, pengarang memuatkan kisah sebenar mengenai skil penyamaran yang dilakukan oleh penjenayah, dan juga penyiasat. Apapun penyamaran yang dilakukan, ia tidak akan mampu melepasi mata seorang yang prihatin dengan anatomi dan gerak badan yang tidak seimbang dengan bentuk penyamaran yang dilakukan.

Bab enam: the crime scene by gaslight
Bab ini secara spesifik memuatkan gaya penyiasatan Holmes yang cukup terperinci, mengenai jenayah dan lokasi kejadian. Dari sekecil-kecil perkara seperti susun atur barang, kepada sebesar-besar tapak kaki, kesemuanya bagi Holmes, memerlukan penyiasatan, dan paling penting, perkara2 ini perlu dipelihara sebaik saja kejadian berlaku. Ini kerana, terdapat penyiasat yang ternyata "menghilangkan@mengambil barang2 di tempat kejadian yang menarik pada mereka, seterusnya menghilangkan bahan bukti". (sungguh masih relevan dengan zaman sekarang,bukan?) Seperti dalam bab2 sebelum ini, pelbagai kes melibatkan penyiasatan terperinci lokasi kejadian dimuatkan dalam bab ini.

Bab tujuh:a picture of guilt
Dalam bab tujuh, Holmes secara spesifik dinyatakan sebagai seseorang yang mampu mengesan wajah penjenayah dalam pelbagai penyamaran dan rupa. Ini juga melibatkan pengesanan tatu (yang pada masa ini digunakan untuk membezakan jenayah yang dilakukan, tatu dibuat oleh pihak berkuasa terhadap penjenayah).
Bab ini juga memuatkan perkembangan teknologi yang digunakan untuk mengesan penjenayah. Bermula dari pengukuran beberapa jarak penting pada badan manusia, membawa perlahan-lahan kepada cap jari, ia juga memuatkan teknologi penjenayah melarikan diri dari dikesan cap jari mereka menggunakan bahan yang dibawa dari Tanah Melayu. Mahu teka? Getah Perca! (dieja sebagai gutta-percha). Menarik, bukan?

bab lapan: shots in the Dark
Bab ini secara khas menerangkan tentang teori tembakan dan impak peluru, dan peri pentingnya seorang penyiasat memiliki pengetahuan spesifik mengenai peluru dan kesannya pada tempat kejadian.

Bab sembilan: bad impression
Bab ini menerangkan mengenai kesan tapak kaki, suatu yang dianggap tidak boleh tidak @mesti ada dalam penyiasatan, dari dahulu hingga sekarang. Turut dimuatkan adalah bagaimana penjenayah berusaha menghilangkan kesan tapak kaki, contohnya memasuki rumah menggunakan kasut kebun yang dikemudiannya dibuang. Saya terbayangkan kasut Phua Chu Kang. Haha.

Bab sepuluh:the real dirt
Kaki seluar bukan sekadar kaki seluar. bagi Holmes, ia mampu menceritakan bagaimana dan darimana pembunuh masuk. Jenis-jenis tanah, kelembapannya, dan beberapa aspek lagi mengenai tanah, mampu membantu penyiasat untuk melihat kes jenayah dengan lebih baik. Secara kasar, apa saja yang dipijak, disentuh oleh penjenayah, secara sedar atau tidak, mampu dijadikan petunjuk bagi penyiasat untuk mengejar penjenayah itu hingga ke muka pengadilan.

Bab sebelas: notes by the Devil
Kesan2 tulisan, jenis tulisan, atau personaliti yang kemudiannya diteka dari tulisan (sekadar pseudopsikologi, tidak boleh dipercayai 100%,) adalah antara yang dimuatkan dalam bab ini. Menariknya, cara noktah juga boleh menunjukkan pemalsuan dokumen, khasnya warkah kematian dalam kes pembunuhan yang cuba dinampakkan sebagai kes bunuh diri.
Selain itu, turut dimuatkan dalam bab ini adalah jenayah yang melibatkan penghantaran surat layang melibatkan pasangan yang salah seorang darinya terlibat dalam perang yang jauh. pasangan lelaki menerima surat bahawa teman wanitanya telah curang kepadanya, dan pasangan perempuan pula menerima surat bahawa teman lelakinya telah mati di peperangan. Tragisnya, bukan seorang, tapi ramai pasangan yang bercerai berai diakibatkan oleh jenayah jenis ini.

Bab duabelas: a voice in the blood
Darah mampu menceritakan bagaimana pembunuh melaksanakan "kerjanya". Dari saiz darah yang berbeza2 di merata di lokasi kejadian, darjah kekeringan darah, dan unsur yang tertinggal dalam darah tersebut, pelbagai perkara boleh dikaitkan dengan penjenayah.
Begitu juga dengan cara bagaimana darah itu dilihat. Holmes biasanya menggunakan kanta pembesar (yang memang sangat besar), dan kemudian menggunakan mikroskop.
Bagaimana spesimen darah diambil dan diperiksa, itu juga mampu mengakibatkan bukti kes menjadi lemah atau kuat.
Teori penggumpalan darah dan antigen juga dimuatkan dalam bentuk penyiasatan darah ini.

Bab tiga belas: myth , medicine and murder
Seringkali jenayah dihubungkaitkan dengan mitos, tetapi penyiasat yang baik tentunya tidak mudah terpengaruh dengan hikayat, sebaliknya berfikiran santifik dan menyiasat jauh dari sekadar memeriksa kisah-kisah yang disebarkan dari mulut ke mulut ini.
Teknik frenologi yang mengaitkan saiz kepala dan personaliti yang mampu membawa kepada trait pembunuh juga disentuh secara umum dalam bab ini.
Begitu juga dengan ubat-ubat yang kedengaran tidak masuk akal, yang dikatakan mampu mengubat kecederaaan, yang wujud pada zaman dahulu, di Eropah.
Menariknya, Holmes langsung tidak percayakan kewujudan vampire sebagai penjenayah.

Kekuatan buku ini terletak pada sejauh mana analisa Holmes dapat dikaitkan dengan sains yang wujud pada zaman itu, juga pada sains yang wujud pada zaman ini. Kelemahan yang mungkin dapat diperbaiki, mungkin melibatkan tentang analisa tentang ciri penyiasatan Holmes yang lebih berkaitan dengan lemah/gagalnya personaliti Holmes sendiri, sebagai contoh, tentang ketagihannya, atau sifat pemarahnya.

Apapun, buku ini memang berbaloi untuk dibaca. Bagi peminat Holmes yang sudah sebulan lebih meninggalkan pawagam, jom tambahkan maklumat anda tentang Holmes!

4 comments:

mira said...

mak aih, panjangnya! (baca: tak rajin nak baca :p )

Fahmi Mahat said...

ha :)

Anonymous said...

waa... nk cari la buku ni.. =)

Anonymous said...

waa... nk cari la buku ni.. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails