3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 December 2010

Bukan Sekadar Ucapan

Berubah bukanlah sekadar mengucapkan kata2 keramat "Aku Mahu Berubah!. Namun, menyediakan diri secukupnya dengan bekalan amat penting bagi membolehkan perubahan tersebut mengambil tempatnya.

Bekalan apa? Dan banyak mana? Itu bergantung kepada jenis perubahan yang mahu dimulakan.

Bekalan skil, kekuatan emosi, sumber kewangan, sekadar menyebut beberapa elemen penting dalam bekalan, banyak manakah semua ini diperlukan bergantung kepada perubahan macam mana yang kita mahukan.

Mungkin seorang yang mahu melepaskan diri dari ketagihan "cinta" yang menipu perlukan sumber kekuatan emosi yang lebih banyak, berbanding seorang yang baru belajar mengenali jantina lain sedari sekolah menengah yang hanya punya satu jantina sahaja.

Mungkin. Sekadar menyebut satu contoh. Mungkin ada benar dan mungkin juga ada salahnya.

Begitu juga suasana sekeliling. Perubahan memerlukan sistem sokongan yang baik, dan juga persekitaran yang membina.

Sistem sokongan itu boleh jadi keluarga yang akrab, rakan yang memahami. Persekitaran yang membina itulah suasana kehidupan sekeliling, yang positif.

Mengharapkan perubahan pada diri seseorang selepas berkahwin, ini relatif. Relatif kepada apa?

Walau perubahan itu tidak ada yang mustahil secara literal, ia masih relatif kepada ciri perubahan yang dimahukan dari seseorang itu.

Andai seseorang itu panas baran sebelum nikah (semasa kita berkawan dengannya), dan kita mengharapkan seseorang itu berubah menjadi lebih penyabar, lebih mampu bertoleransi selepas nikah, kita seharusnya perlu bersedia memikirkan jawapan buat dua soalan ini:

1) masihkah banyak lagi kebaikan dia yang mampu kita kenangi dan senangi bersama? (agar ia mampu menutup kelemahan sifat ini)

2) adakah sikap ini sangat berkaitan dengan personalitinya, atau sekadar ciri yang dibuat2 bagi memperlihatkan dia bukan seorang yang boleh diambil mudah?

Untuk soalan pertama, manusia boleh dan mampu, menerima manusia lain walaupun dia pemarah,dengan sebab 99 sifat kebaikan manusia itu padanya, dengan syarat dia mahu.

Untuk soalan kedua, isu sikap berkaitan personaliti ini tidak boleh dipandang remeh.

Personaliti, secara literal membawa maksud sikap yang tegar, stabil sepanjang masa, dalam mana2 keadaan sekali pun.

Ini boleh mengakibatkan sikap itu kekal sepanjang hayatnya. Adakah kita bersedia?

Sebab itulah perubahan memerlukan bekalan secukupnya.

Oleh itu, bagi pasangan yang mengharapkan teman hidupnya berubah selepas kahwin, renung2kanlah dua soalan ini.

Kehidupan "SEPATUTNYA" mampu membiakkan kecewa yang keterlaluan, dan kehidupan jenis ini mampu bertitik tolak dari pemahaman kita tentang jawapan pada 2 soalan ini.

Andai kita mampu berlapang dada pada kehidupan "SEBENARNYA", bahagia itu insyaAllah sampai ke penghujung surga dicita.

Andai bahagia itu pencarian bersama, jangan biarkan ada titik dan noktahnya.

Selamat pengantin baru, sahabat. =)

2 comments:

Azihan Aripin said...

Perubahan berlaku bila ada satu detik penting berlaku dalam kehidupan...cuma impak dari peristiwa itu kekadang hanya hangat2 taik ayam. Cuma jangan takut untuk cuba berubah...berubah sebelum parah lebih baik dari berubah mengikut keadaan... Dont just follow the flow...but make change when u see the flow...

Fahmi Mahat said...

alhamdulillah...

terima kasih jian. =)

berubah sebelum parah itu memang terbaaekkk~

aku doakan kita konsisten dan iltizam dgn changes nih~ =)

take care bro!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails