3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

06 January 2011

Anger management : class 1

Sejauh mana penerimaan seseorang kepada faktor yang memicunya kepada kemarahan, banyak bergantung kepada banyak mana emosi positif dalam reservoir atau empangan emosinya tersendiri.

Al Balkhi dalam kitabnya (yang kemudian ditiru oleh Aaron Beck) ada menyebut, sebagaimana manusia menyimpan makanan yang elok sebagai bekalan ketika dia kelaparan, seperti itu jugalah secara umumnya keperluan manusia menyimpan emosi2 positif (termasuklah saat2 bergelak ketawa bersama rakan, kenangan makan makanan yang paling sedap bersama insan-insan istimewa dlm hidup, dsb..) ketika dia dilanda perasaan2 negatif.

Kemarahan yang negatif adalah bentuk perasaan negatif.

ketika marah melanda, amygdala secara asasnya menghantar rangsangan ke seluruh bahagian otak berkaitan memori, dan memicu memori berkaitan perasaan marah. Memori ini akan keluar.

bergantung kepada jantina, memori kemarahan ini boleh membataskan fungsi asal prefrontal cortex, mengakibatkannya menjadi lemah dalam menyelesaikan masalah, membataskan ruang lingkup pilihan2 tindakbalas kelakuan.

Apabila tindakbalas ini digandingkan dengan pemacuan adrenalin ke dalam darah dan tiba ke jantung, tindak balas kelakuan menjadi agressif.

Semua ini mampu dihentikan pada peringkat pertama: memilih untuk tidak membiarkan rasa negatif menjadi marah.

Ia hanya mampu dilakukan oleh orang2 yang sabar.

soalnya, bagaimana menjadi orang2 yang seperti ini?

Kita menjadi seperti mereka dengan mensyukuri tiap moments of happiness yang kita lalui, dan menyimpannya sebagai bekalan memori baik.

apabila kita marah, kita boleh berusaha untuk mengingati memori ini semula.

Ia lebih berkesan andai memori ini berkaitan dengan orang atau perkara yang membuatkan kita marah tadi.

Contohnya, kita marah Hasan kerana dia menumpahkan dakwat kita di atas meja.

dalam reaksi biasa, kita akan marah.

tetapi dalam keadaan kita memiliki memori yang baik, kita lebih mudah untuk tidak terus marah.

Hmmm.... so much for an anger.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails