pekerjaan nanti, segala teori yang dipelajari di tempat belajar, tak
semuanya boleh dipakai."
"Kita akan menjadi lebih peka pada apa yang berlaku di sekeliling. Dan
pada masa ni, kemampuan menggunakan teori untuk huraikan semua perkara
belum tentu lagi akan jadi advantage pada kita. "
"Di sinilah kita akan diberikan kuasa dan kelebihan, (bagi yang tahu
lebih teori dari orang lain) sama ada kita juga akan buat perkara yang
orang lain buat dengan sebab mereka kurang ilmu (atau dlm bahasa
akademiknya, kurang teori).
"dari sinilah datangnya pemahaman, bahawa, "orang universiti tidak
boleh buat silap yang sama mcm orang yang tidak belajar tinggi2."
"Sebab bagi mereka, ruang lingkup kehidupan telah dimuatkan teori2
tertentu yang boleh menghuraikan kelakuan, juga menentukan sangkaan
baik atau buruk kita, juga membentuk persepsi pada tindak tanduk kita
sendiri, juga pada tindak-tanduk orang lain."
"oleh sebab inilah, kita mungkin akan langsung rasa tercabar dengan
karenah masyarakat, kerana hampir tidak sama langsung dengan apa yang
kita fahami dalam teori yang kita pernah pelajari."
"Pendek kata, teori dalam masa sebegini, sudah tidak sepenting amali.
yang penting kita buat apa yang betul, dan buat dengan betul."
Perbualan kami tamat di situ. Tapi apabila saya pulang berehat, saya
tersedar bahawa:
1) Untuk kita tahu apa yang kita buat itu betul, dan adakah kita buat
dengan betul, kita perlukan kerangka fikiran yang betul, (iaitu teori)
yang mendasar pada situasi dan aspek budaya yang betul.
2) Cabaran utama bagi lepasan universiti adalah bertindak dan berfikir
seperti mana orang yang sudah belajar teori... bukannya sekadar mencari
kerja yang betul2 'fit' dengan lulusan mereka.
Sebab kalau tidak, jadilah kita ini (lepasan universiti) sebagai orang
yang membelakangkan ilmu +etika + teori yang pernah dipelajari untuk
semata-mata memuaskan keperluan dan kehendak dalam wishlist, yang
pastinya hari demi hari akan bertambah, tak kira dengan cara elok atau
kurang elok.
Kalau ikut pendapat + cara anda, mcmana pula?
Sebab, pada pendapat saya, sebelum kita tamat belajar dari Universiti,
sistem yang ada, perlu dibangunkan supaya;
1) integrasi antara ilmu (teori) dengan amal (aplikasi@praktikal)
disahkan berlaku. boleh dicapai dengan aktiviti + program seperti
Portofolio Day anjuran Psychology Dept KIRKHS IIUM.
2) sistem pembelajaran Problem Based Learning diperbaiki dan diserapkan
ke dalam majoriti subjek yang relevan.
dari aspek pelajar pula:
1) perlu ada inisiatif untuk go beyond dari subjek di kelas.
penglibatan dalam volunteeristic activity sangat membantu untuk
integrasi ini.
2) semangat membantu kawan patut dipupuk secara positif.
Hmm... Later. =)