21 January 2011

Kenapa Pembaca Buku adalah Introvert, Bukan Extrovert

Hari yang agak memeritkan akan menjadi lebih perit apabila ia ditambahkan dengan satu adjektif yang tidak kurang "sengal"nya, ; kompleks.

Nasib baik ada something yang boleh mengalihkan tumpuan saya dan membolehkan saya berfikir dengan agak tenang dan rasional.




1) Introversion dan extroversion ada kaitan dengan pembacaan buku yang ekstensif.
Pada pendapat saya, introverted people dan extroverted people mempunyai perbezaan dalam intensiti (kekuatan) minat kepada pembacaan buku.
Insan Ekstrovert, mereka memiliki thrill seeking yang lebih tinggi(1). Untuk memuaskan perasaan ini, mereka akan mencari lebih kepuasan. Mereka lebih cenderung untuk ke arah sukan, apa saja sukan dan apa saja yang boleh buat mereka rasa thrilled. Sukan extrem seperti panjat gunung, bungee jumping, rempit, drift dsb. Mungkin juga sukan extrem seperti makan mee pakai hidung, tidur terbalik mcm batman. (Haha. Kelakar la sgt.) Bahan stimulus seperti buku tidak akan mampu memuaskan mereka ke tahap ini.

Insan Introvert, mereka memiliki thrill seeking yang rendah. Ia ada kaitan dengan reaksi neuron mereka kepada dopamin yang berlebihan - mereka tak boleh ada dopamin yang banyak dlm synaps neuron. Jadi, cara terbaik untuk explore something adalah dengan menggunakan kuaasa imaginasi - baca buku. Baca pengalaman dan cerita orang lain. Mereka juga akan kelihatan dan kedengaran lebih enthusiastic untuk berkongsi "pengalaman membaca pengalaman orang lain" tadi kepada orang yang seangkatan dengan mereka.


2) bila kita malu, kita akan jadi malu-malu dan tidak natural. Tapi apa yang lebih buat kita tak natural adalah, apabila kita rasa bersalah atas apa yang kita buat, dan orang yang kita buat salah tu, buat kita serba salah. Huhu~

Later. :P



nota kaki:
(1)Burgess, Sharon S, Pargman, David (1977). Stimulus-Seeking, Extraversion, and Neuroticism in Regular, Occasional, and Non Exercisers.(non article) dipetik dari: http://eric.ed.gov/ERICWebPortal/custom/portlets/recordDetails/detailmini.jsp?_nfpb=true&_&ERICExtSearch_SearchValue_0=ED141301&ERICExtSearch_SearchType_0=no&accno=ED141301

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails