3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 January 2014

Maulidur Rasul 1435

Usai ceramah Maulidur Rasul lepas di Institut Perguruan Darul Aman(IPDA) seminggu yang lepas, saya sering terbayang-bayang menaipkan  entri berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru dengan para pembaca.

Namun, bayangan itu hanya tinggal bayangan rindu gurauan sahaja. Sibuk ke sana ke sini, terkejar-kejar saya dibuatnya.

Hari ini insya-Allah saya kongsikan ceramah yang telah saya hadiri itu.

(apa kandungan ceramah tu, Fahmi?)

13 January 2014

Balistik: Antara Peluru, Maruah, dan Persahabatan

Klik Gambar Untuk ke Laman Facebook Balistik
Balistik bukan sebarang naskhah cerita. Banyak isu yang dikupas sebetulnya kali ini.

Antara peluru yang dibidik laju, ada bahagia keluarga yang hilang, normal yang tak dapat dikejar, persahabatan yang tak dapat difahami, dan matlamat yang takkan pernah habis.




Isu famili berantakan kerana ayah yang lebih dikenali sebagai pembunuh.
Isu kes pembunuh upahan yang dari dulu lagi wujud, tapi baru kini dihighlightkan dalam media (barangkali untuk mengalih tumpuan dan konspirasi politik)
Isu dari kawan-jadi-isteri.
Isu setiakawan antara bangsa.
Isu pihak berkuasa yang pandai manipulasi ruang dan kelemahan untuk dapatkan bukti dan maklumat.
Isu anak kurang kasih sayang, dan isteri yang belum benar-benar dapat memahami suami.
Isu suami yang tertekan tiada hidup normal kerana amanah tugasan yang amat sulit untuk dikongsikan.

Apalagi, Fahmi, jom kita bedah!

08 January 2014

Counter Ramalan Siber 2014

Ngantuk tapi tak mahu tidur. Jadi inilah entri yang ditulis dalam keadaan otak yang bersimpang siur.~ :D

Dari Ramalan Siber 2014 seperti yang ditulis Afiq Hanif dalam kolum Sinar Harian hari ini, , Ramalan Siber Balasannya adalah:

1) Penjualan Antivirus yang lebih simple tapi power untuk komputer akan meningkat. Makin ramai orang yang akan jual antivirus, berleluasa. Key kaspersky juga mungkin akan naik harga.

Kenapa? Masih kedapatan lagi komputer di bahagian pengurusan awam mahupun swasta yang masih menggunakan windows XP. Disebabkan Microsoft menghentikan sokongan (dari segi add-in, troubleshooting) kepada Windows XP pada April 2014, maka pilihan yang ada untuk komputer2 sezen (seasoned) ini adaah untuk upgrade ke Windows 8 atau tukar antivirus. 

Di seluruh dunia, bukan saja di Malaysia okay? (okay, segala towkey kedai software dan repair laptop, silalah mengambil peluang keemasan untuk jual windows 7 OEM anda yang tak habis lagi tu)

Kenapa?
2) Penggodam akan lebih tertarik untuk menyerang, apabila banyak komputer masih usang ini, beroperasi dalam Standard Operating Procedure awam dan swasta... lebih lebih lagi dalam bahagian Kementerian dan Kehakiman Penting. 

3) Pasaran Apps dan Google Play Store akan jadi lebih menarik. Walaupun umum tahu makin banyak item dalam kedua-dua shop ini yang terdedah pada serangan, tapi, secara tak langsung, apps akan bertambah kualiti apabila mereka boleh naikkan update yang anti kepada serangan2 ini.

4) Peluang untuk banyak bisnes berbentuk pencegahan akan boom. :D yah, masuk tender, masuk tender gomen jom! 

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

05 January 2014

Trending

Suatu yang trending belum tentu kekal.
Suatu yang trending belum tentu betul.

Paling penting, suatu yang trending belum tentu tiada agenda tersendiri.

Namun, apa yang dilihat orang, tentunya, adalah apa yang mahu dlihatnya.

The mind see what it wants to see.


Minda kita lihat apa yang ia benar-benar mahu lihat. Faham apa yang ia benar-benar mahu faham. Ambil berat apa yang ia benar-benar rasa relevan.

Itu memang sifat minda. 
Bahkan dalam masyarakat kita, berapa banyak jenis minda yang ada, yang bertindak balas dengan
trending baru ini?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header