3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 September 2008

Kaspersky Internet Security: Dapatkannya Sekarang~!




31 Julai 2008, Faruk A 3.10.




Anda baru saja berkira-kira mahu mendaftarkan laptop anda sebagai user untuk IIUM Wireless Community. Dengan beg laptop tersandang di bahu kanan anda, anda berlenggang menuju ke CAC. 10 minit kemudian, anda sampai di CAC, dan beratur di belakang orang terakhir untuk memasuki main hall.




Setelah menunggu 1 jam 10 minit mendengar taklimat, kini tibalah masa yang ditunggu untuk pendaftaran. Anda mengisi borang pendaftaran. Apabila sampai ke ruangan "MAC Address", anda pun dengan confidentnya membuka "Run", menaip "cmd", dengan harapan anda akan seterusnya menaip "ipconfig /all".




Eh? Tak boleh? Kenapa ni???? (laptop anda tidak mahu memaparkan command prompt. pelik bukan?)




Anda menjadi agak cuak, tetapi cuba berlagak cool.




Apabila anda ke troubleshooting, mereka menyatakan laptop anda telah pun dijangkiti virus. Sememangnya laptop anda tidak mempunyai sebarang antivirus pun.




Anda sebenarnya tidak berseorangan. Dalam 100 pelajar yang membuat pendaftaran wireless, 10 daripadanya tidak mempunyai antivirus pun. 70 tidak kisah menggunakan antivirus yang cikai. dari 70 orang tersebut, 90% tidak kisah tentang keperluan mengupdate antivirus mereka kepada definition file terkini.




Saya mencadangkan Anti Virus Kaspersky Internet Security terkini untuk anda. Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan wireless. Kenapa?








Kaspersky Internet Security 7.0 baru2 ini telah pun memenangi anugerah perlindungan sistem bersepadu, yang direka untuk melindungi pc dan laptop anda dari serangan spam, program2 haprak dan sang penggodam.




Dalam ujian ini, Kaspersky Internet Security 7.0 mendahului sistem perlindungan keluaran Symantec, McAfee, Trend Micro, Panda, ESET dan Agnitum.


Dalam ujian malware, penulis review berpendapat bahawa,


“Kaspersky Internet Security mencapai kadar pengesanan 98% bagi setiap malware yang menceroboh.” Pakar2 PC Pro turut menjelaskan bahawa pengesanan ini juga mencapai piawaian tanpa "single false positive", iaitu, tiada program "standard" yang dikesan sebagai haprak oleh modul antivirusnya


.
Sistem firewall bersepadu Kaspersky Internet Security 7.0's turut melepasi ujian dengan cemerlang. menurut pakar dari majalah tersebut, "it was “among the most intelligent” they had ever seen."


Tidak seperti makmal ujian lain, Pakar PC Pro adalah satusatunya makmal ujan yang menggunakan peniruan sepenuhnya tindaktanduk pengguna dalam real time.




Mereka tidak hanya menggunakan on-demand scan, tetapi juga mendownload email dengan kandungan yang telah dijangkiti, dan juga mendownload fail2 dijangkiti yang dibina dengan skrip2 "istimewa."




Produk2 lain hanya mengesan file2 tersebut "on demand", dan mereka tidak mengekang program2 haprak@malicious.




Secara keseluruhannya, Kaspersky Internet Security berbaloi untuk dibeli kerana :






  • ia mudah dikendalikan,


  • memiliki "perlindungan sehebat tembok Zulkarnain" ,


  • dan nilainya sepadan dengan wang anda.


Apa tunggu lagi? Jangan amik yang pirate, nanti kena blacklist, dan wireless anda akan problematic. Saya cadangkan anda dapatkannya di sini.






Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails