18 June 2009

Mana Setangginya

Tuhan(?)Uzza. :)

bila ditanya mana setangginya, di hati itulah tempatnya~?


Menonton teater buat kali pertama.

sebenarnya, memang ia kali pertama saya menonton teater di luar IIUM, dan yang pertama di Istana Budaya. Alhamdullllah, kerana yang pertama kalinya, saya ras ia sangat berkesan. Diikuti pula dengan jalan penceritaan yang sangat mengujakan. lakonan yang sangat mantap oleh semua yang melakonkan teater.



Bahagian pertama: jalan cerita
Pada mulanya, saya tidak dapat begitu mngikuti apa yang cuba disampaikan di babak pertama. (bila jump ke babak akhir, barulah saya tahu, cerita tentang anak jin yang disebut itu bukakanlah iryam, tetapi sebenarnya judas.) Dalam satu maknan yang lain, apa yang saya faham, ia menonjolkan bahawa, sebenarnya, sesuatu keadaan ganjil yang terjadi pada seseraong boleh dikaitkan dengan pelbagai tafsiran. Termasuklah negatif dan positifnya. Saya memandang apa yang terjadi kepada Iryam, sebagai suatu keajaiban yang baik. Saya rasa hadirin akan tertanya-tanya bagaimana Iryam mewujudkan senario pari-pari menari dengan bunyian, (kerana Judas tidak dapat mendengarnya. Hanya setelah debu setanggi direnjiskan di depan matanya, baru Judas mampu melihat Pari-pari, dan mendengar muzik.) Dengan keajaibannya ini, memang tidak mustahil orang akan percaya, sebenarnya, yang jahat dan yang menjadi anak jin, adalah Iryam. Sapa sangka ia adalah Judas?

Bahagian kedua: lagu
Wah, lagunya memang best. Juga, saya rasa, amazed, dengan lontaran suara Tony.

Bahagian ketiga: visual effect
Saya suka dengan pari-pari. Rasanya semua orang suka :) penggunaan pelantar bergerak (mungkin saya yang tak tahu sebab baru first time pergi IB) membolehkan set dialihkan dengan mudah, dan diputarkan menjadi set yang lain. Begitu juga dengan api dan penggunaan skrin yang dipancar dengan imej holografik.

Bahagian keempat: konflik
Kisah mana setanggi ini sarat dengan konflik yang terjadi dalam masyarakat, khasnya masyarakat yang sedang / telah membina kegemilangan.

Dari blog dan webpage lain saya google, mana setangginya berkisar di zaman Bani Israel. Oleh itu, kita mendengar nama sebeperti Tuhan Uzza, Mira (ya, nama kamu ada di sini), Judas, Ibra, Hawar. Hawar menurut kisah asal adalah nama kepada bapa nabi Musa a.s. Judas adalah nama manusia yang belot kepada Nabi Isa sebelum wajahnya ditukar menjadi wajah Nabi Isa, dan disalib.

Selaini tu, saya juga melihat ada 3 konflik yang wujud.
Ia adalah:
a) konflik agama
2) konflik peribadi : antara diri dan kekasih. Dan antara diri dan keluarga
c) konflik antara pentadbiran dan kekuasaan. Konflik yang paling relevan untuk setiap zaman. hehe.


Lain-lain
Ada babak saya rasa cam poyo sket saya nak menengoknya. Segan. >_< Pada siapa yang belum menonton, tayangan adalah hingga 21 jun ini. Pakat2lah tengok ramai2. :) p/s: Ya, saya tengok sorang. Tapi pergi beramai. Hilang dalam ramai? Whatever. :P

4 comments:

Azree Ariffin said...

fahmi tengok teater ni bila? saya pergi semalam. Jemput baca blog saya, juga ada entri tentang teater ini.

D'Rimba said...

Tahniah..............

mira said...

mira itu watak apa? rupanya kisah sejarah ya? teringin nak tonton :)

Fahmi Mahat said...

azree: saya tengok hari isnin, mgkn hari yang sama dgn hari kamu tgk? :)
setuju dengan entri kamu. teater ini berat. namun, saya rasa, sebab ia penuh dengan visual effect dan ayat2 indah, maka ia jadi sgt la best nya :P


drimba: terima kasih. tahniah itu untuk 1st time tgk teater, ya? :)

mira:mira watak yang menerima pencerahan@nampak apa yang dia nak buat dlm hidup, selepas hidup dalam kemewahan melampau. datanglah. smpi 21 Jun je kat IB :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails