Repair laptop.
Buat Flash.
siapkan assignment.
Dan berhappi2an dgn kawan yang masih ada (alhamdulillah..)
Allah masih sayangkan saya.
Dia bagi lagi peluang untuk saya sibukkan diri :
a) assignment Undergrad Seminar (submit jap lagi.)
b) Assignment learning psychology. (baru punya.. meeting mlm esok kul 9 kat lib Disc. Room)
c) leadership final draft
d) parenting presentation sabtu ni
Hopefully, ahad ni boleh ke Bangi pula :)
Ok. cukup cerita tentang diri sendiri. Jom cerita tentang isu semasa.
------------------
1)Raja dan Anak Raja
Raja masih merupakan keperluan dalam sistem politik Malaysia. (At least mereka masih relevan pada tahap tertentu.) tapi anak raja, specifically referrring to "spoilt brat" adalah golongan manusia yang tak sedar diri. Dengar cerita cam ni dari sekolah rendah (kawan2 di Kolej Yayasan Saad), sampai di Kampus Utama ni.
2)Antara Hukuman dan Hikmah
Hukuman manusia dan hukuman Allah, bezanya hanya pada hikmah. Maka apalah kiranya kita mendahulukan Hukuman Allah, andai kita tak mampu mencipta hukuman manusia yang boleh benar2 mengajar manusia? (specifically referring to Kartika's issue)
3) Membantu manusia di saat kita sendiri kesusahan memang susah. Tetapi apa yang lebih tak guna adalah menyusahkan orang yang mahu menolong orang lain. Maka apa ke halnya bila kita yang nak menolong menyelesaikan masalah PATI mereka, kita pula yang disalahkan dengan isu2 macam tu? apa ke halnya smpi lukisan Garuda memijak Jalur Gemilang?
Macam tu kah anda buat pada yang membantu memberikan keselesaan hidup kamu di sana(hingga aliran wang ke Indonesia mencecah hampir RM1 billion dari sini, 1 tahun lepas)?
Kalau lah benar kamu kata kita saudara, saudarakah kita? bukankah kita serumpun (pedulikan mereka yang mixed + Pan Asia)?
Saya tak ada masalah pun dengan pelajar kamu di sini. Kenapa pelajar kami di sana diancam mahu dibambu dengan bambu runcing?