3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 October 2009

Kuasa Media Mencetak Emosi Aku

Mengenang seseorang yang pergi adalah lumrah manusia.

Menggunakan prinsip similiarity, melihat seseorang itu hidup bersama-sama kita, menjadikan kita merasa dia sama seperti kita.

Ada masalah yang sama macam kita. Hari-hari makan di kafe yang sama dengan kita. Mungkin amik lauk yang sama dengan kita.

Petang-petang main futsal dengan kita.

Malam-malam main dota dengan kita.

Macam kawan-kawan lain juga.

Hinggakan kita rasa kita tak perlu nak entertain dia selalu. Sebab kita selalu akan ada dia. Dan sebab mungkin dia pun tak berapa nak entertain kita. (so, why bother?)

Tetapi, bila dia pergi meninggalkan kita, (pergi, as in Pergi Tak Kembali), everything seems different.

Port yang kita selalu lepak2 dengan dia waktu lepas penat main futsal, dah takde dia. (Lainnya rasa.)

Abang burger yang selalu kita jumpa sama2 waktu beli burger pada waktu yang sama dengan dia, pun dah tak senyum macam biasa. (Lainnya aku rasa).

Dan kita mula mengenang..

Dan mengenang.

Dan mengenang.

Akhirnya... kita dengan berat hati menerima bahawa dia telah tiada. Dan begitu juga orang lain.

Lalu kita meneruskan kehidupan yang masih berbaki sepuluh atau dua puluh tahun lagi.

Tapi...

Itukah saja?

***********

Konsert Simfoni Kesyukuran 2 : Tribute to Ust. Asri Ibrahim (almarhum) sangat mengujakan. Bukan sekadar nasyidnya. tetapi juga bagi yang merasai kehilangannya, dan pernah bersamanya, kenangan malam tadi menjadi suatu yang tidak dapat dilupakan.

Bagi saya, biarpun tidak pernah benar2 bernasyid bersama dengan beliau, tidak seperti rakan nasyid saya yang lain, kenangan meng"Add" ust Asri Ibrahim ke dalam mafia wars family saya di Facebook, meninggalkan komen di Feednya kadangkala, dua jam konsert tadi membuatkan saya mengimbau semua kenangan itu.

Almarhum Ust Asri memacu dakwah nasyid sedari beliau di Nada Murni, ketika Rabbani dan Hijjaz dalam satu kuasa nasyid. Mempelopori kerjasama Nasyid dan K.R.U, memberi nafas baru kepada irama nasyid.

Sepuluh tahun dengan album-album sarat dengan lagu yang penuh mesej tersirat apatah lagi tersurat.

Dan perjuangan itu masih belum selesai.

Saya berfikir, dalam kesakitan.

Mampukah saya pergi dalam keadaan saya meninggalkan legasi sehebat Almarhum? Berharap benar saya.

Berharap benar agar mampu menjadikan suatu yang saya minat, membawa lebih ramai orang ke cahaya hidayah.

Dan seterusnya meninggalkan legasi untuk diwarisi mereka yang meminati dan menjiwai apa yang saya minati. (tapi apa? format laptop? Flash? Saya belum nampak lagi.)


******************



Dan gambar dari Transformers: Revenge of the Fallen ini betul2 membuatkan saya kembali teringat sewaktu Batman Returns ditayangkan ketika saya darjah enam. (Even time tu i'm awed for Batmobile.)

Waktu itu, Nicole Kidman mengatakan dia mendapat patung voodoo itu dari Malaysia. (which is sangatlah dumb. We don't even have exact voodoo macam tu, not even kat Putatan pun.)

Lihat betul2 gambar di atas. Adakah anda rasa itu Shanghai? Ape kejadahnya ada logo MAS kat situ?



Dan sekarang, ini pula?Macam area kat Kg Datuk Abdullah Hukum, Bangsar je.

Mengapakah Malaysia ini, dalam pada usahanya merapatkan hubungan dua hala dengan US, dari dulu hingga kini, medianya tak sudah-sudah menegatifkan negara kita?

Dan kita, masih terhegeh-hegeh menempel dengan kemegahan mereka? (Dollar power mereka dah musnah pun. Nothing. Nihil. Jadi, "what the fish?"nya kita megah sangat dengan dorang?)

Buatkan saya moody bila ingat transformers. (Be it klu ILM buat satu robot dengan tribute nama saya dalam tu pun.)

***********

Apapun, inilah kuasa media. Media telah berjaya mencetak emosi saya. Emosi bersyukur dan juga emosi moody.

Anda suka media yang mana? Anda pilihlah sendiri.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails