21 October 2009

Ketip Ketap Keyboard

Adalah mudah untuk menyalahkan kesakitan yang datang itu, kepada orang lain.

Adalah sukar untuk kita mengakui bahawa ada faktor lain yang menyebabkan kita ditimpa sakit tersebut, dan bukan salah orang itu cuma (mungkin indirectly related je kut..).

Namun, adalah lebih sukar untuk kita terus bertahan dalam kesakitan ini, bila sangat banyak perkara yang mendesak kita untuk push and keep pushing forward, no matter what.. sekiranya...

Sekiranya kita tidak membaca Quran dan menyedari bahawa Nabi Ayyub a.s diuji lebih dahsyat, namun Allah telah berfirman, "Kami mendapati bahawa beliau (nabi Ayyub) adalah hamba yang paling bersabar".

Sabarlah fahmi. Teruskan pelan2 ~ :D

*****************

Susilo bakal bertemu DS Najib. Pertemuan semula selepas DS Najib turun ke Indonesia di Gedung Parlimen.

(Ya, tuan2 presiden sekalian. Sila setelkan isu Ganyang Malaysia baik2. Masa depan student kita di Indonesia, dan para pekerja Indonesia di sini bergantung pada anda. Jangan sekadar manis mulut sahaja.)

"Yang menjadi masalahnya ialah hubungan di peringkat rakyat yang disebabkan oleh segelintir kecil orang yang tindak tanduk mereka mendapat sebaran meluas media massa"

Memanglah mereka ini tak faham situasi. Yang kecil itulah api. Orang kamu juga yang membesarkan api tersebut. (Ya, "kamu" refer pada dua2 bahagian.)

***************
Satu Siswa Satu Malaysia, harap2nya bukanlah sekadar satu lagi tambahan kepada acara keraian berstatus kebangsaan buat rakyat Malaysia.

Saya memandang baik cadangan USM tersebut. (Ya, Kinah, universiti kamu ni). Namun, lebih baik jika jabatan psikologi mereka dapat hadir dengan pelan problem solving bagi menyemai semangat ini, dan bukan sekadar berlegar2 di sekitar acara keraian sahaja.

Ia adalah satu pelan yang baik. Penyatuan warganegara bermula dengan penyatuan idea. Dan penyatuan idea boleh dimulakan dengan penyatuan penjana idea; golongan siswazah.

************

Sekian. Dah azan pula. Marilah kita rehat. Assolatu riihah~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails