3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

11 October 2009

Mencari Konklusi : Helium

Terpandangkan satu belon helium yang berpusar dan terawang-awang di lapangan legar dewan masjid kami, saya terfikirkan sesuatu. Entah benar atau tidak, saya pun belum tahu. Mari kita nilaikan bersama.

************

Belon itu terkandung helium. Dan helium asalnya bukanlah gas yang hadir di permukaan bumi, tapi di bahagian atas awan, di kawasan gas-gas nadir.

Mengikut teori keseimbangan bendalir, helium di dalam belon akan sentiasa menujah belon ke atas, hinggalah ia sampai di kawasan asalnya, di kawasan gas nadir di atas awan.

Apabila sampai di atas awan, belon akan berhenti bergerak ke atas. Namun, kulit belon lama kelamaan akan pecah, kerana, ia tidak dapat menahan persekitaran di situ. (Kulit belon adalah plastik yang direkabentuk untuk penggunaan di permukaan bumi, bukan jauh di atas langit.)

Dan molekul2 helium tadi akan bercempera mencari rakan-rakannya di situ.

************

Apabila suatu jiwa yang terbiasa dengan kesalahan, telah menjumpai lampu pendorongnya untuk menjadi jiwa yang lebih baik, dan sejumlah molekul pendorong kebaikan dimasukkan ke dalamnya, maka, apabila jiwa itu telah benar-benar tersentuh, ia sentiasa akan bergerak mencari kebaikan.

(Menambah solat nawafil. Mengqadha segala yang tertinggal.
Hinggalah kakinya bengkak bengkil. Tidurnya tidak lagi cukup.)

(Namun hatinya puas.)

Dan itu mendorongnya ke atas.. ke tingkat lebih tinggi.

Namun, apabila ia sampai di tempat yang ia telah benar-benar selesa, biasanya jiwa itu tidak akan lama di situ.

Ia akan dipanggil ke tempat yang lebih tinggi, di keredhaan Pemilik jiwa tersebut.

Kerana badannya tidak akan mampu menampung lagi kesucian jiwa tersebut.

(Hatinya terlalu rindu ingin terus berada di sisi Yang Benar-benar Menerimanya. Badannya terseksa kerana tidak mampu menampung amalan-amalan yang mahu dikerjakan terus menerus tanpa henti.)

**************

namun, andai dalam perjalanan itu, belon itu telah dimasuki udara permukaan bumi yang berat, (karbon monoksida, oksigen), belon itu akan terawang-awang di udara, tak ke mana-mana.

Lebih teruk, mungkin ia akan turun ke bumi. Dan jatuh. Lalu dilenyek kenderaan, basikal. Dan pecah di situ. Mati.

*************

Jiwa itu mungkin mencari perjalanan ke atas, namun dilekakan dengan kegembiraan yang cuma sekejap. Dan kemudiannya kembali menjadi jiwa yang berkeluh kesah.

Dan perjalanannya mencari Redha berakhir di situ.

Ia kembali menjadi jiwa sebelum itu. Malah mungkin lebih teruk dari situ.

************

Wahai yang Maha Melindungi, lindungilah aku dari kejahatan diriku dan kejahatan orang lain kepadaku.

Amin.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails