3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 November 2009

Hikayat hero selubung biru.

Dengan tak semena2, hero berselubung biru menempelak cela kakangnya,
seolah ia sufi maksum tanpa celanya.

Dan dengan tak semena2 juga,
sampai ia pada kesedarannya,
berita senjatanya bakal menjamah tuan,
menjerkah telinganya.

Engkau kah yg menyampaikan berita?
Ataukah ini satu lagi sandiwara,
dalam hikayat hero selubung biru yang terpekik mencari penontonnya?

24 November 2009

Jalan-jalan, Perjalanan dan ......

3 hari yang indah. ^_^ insyaAllah, perkara yang bermula dengan baik, harap2nya berakhir dengan yang baik baik juga.

Pada akhir harapan, di situlah bermulanya tanggungjawab. Saya mohon dimudahkan urusan dan dilapangkan jalannya, insyaAllah ~

******************************

"Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya di sini.

Jadi, pengeluar kenderaan utama dunia menggunakan RON95.. ooo..

Membaca berita di mstar.com.my, dan saya teringat apabila media kita mengeluarkan perbandingan yang dibuat oleh Menteri tertentu, mengenai harga minyak kita dan harga minyak di negara lain.

Apa yang saya nampak, dalam kesilapan dalam perbandingan itu, walaupun minyak kita masih kelihatan murah, kita tidak membuat perbandingan dengan negara PENGELUAR minyak. (Yang ternyatanya di situ, jika dibuat perbandingan semula dengan negara PENGELUAR minyak, harga minyak kita berbelas kali mahalnya.)

Dan dalam perbandingan kualiti minyak kali ini, kita membandingkan kualiti minyak RON95 dengan pengeluar kereta pula.

Dan sekali lagi ia nampak dan kedengaran salah.

Seolah2nya, apabila kita menggunakan kenderaan negara kita, dengan minyak RON95, bunyi perbandingan itu jadinya seperti:

"alah, rilekslah, pengguna di negara pengeluar kereta terkenal dunia pun 84% daripadanya menggunakan RON 95, kenapa tidak kita?Kita pun negara pengeluar kereta juga."

Masalahnya, kita menggunakan RON95 bukan kerana ia digunakan oleh 84% pengguna di negara pengeluar kereta terkenal dunia, kita menggunakan RON95 kerana ia murah. Dan ia dalam kuasa mampu beli pengguna Malaysia. Ia murah dari RON97. Itu saja. Saya jamin kalau Ron97 dan 95 sama harga, lebih ramai yang akan beli RON97.

Soalannya, kenapa ia murah? Sudah tentu kerana kualitinya. lebih tinggi nombor, lebih kandungan octane. Lebih kandungan octane, lebih baiklah kadar pembakaran minyak, yang membawa kepada penggunaan enjin yang lebih baik.

Dalam situasi penggunaan enjin pada kereta yang lebih berdaya kuasa, enjin yang direkabentuk untuk penggunaan petrol beroktan tinggi, sebagai contoh RON97, akan kehilangan sebahagian kecil kuasa tujah (motive power). Kuasa tujah ini berkaitan dengan nilai oktan, lebih tinggi nilai oktan, lebih hidrokarbon yang boleh dibakar, dan lebih kuasa yang boleh dijanakan dalam enjin kereta kita.

Oleh itu, pembakaran petrol dengan oktan lebih rendah dari yang sepatutnya memang akan mengurangkan output kuasa, dan mengurangkan kecekapannya juga, melalui kekerapan "Knocking" dalam kebuk pembakaran.

Dan sekarang saya tertanya, dari mana menteri Perdagangan dalam negeri mendapat fakta mengenai optimum-tak optimumnya enjin dengan RON 95 tu. Such sweet talker lah. Grrkk. Check balik, please~

19 November 2009

Semester 1, 09/10 di IIUM

Semester ini memang antara yang terbaik antara semester yang pernah dialami di IIUM.

1.Belajar tinggal bersama "manusia' semula untuk semester kedua. (Ya, pernah tinggal dengan non-human thingy ke fahmi?ngee~) Ada roomate adalah nikmat hidup di IIUM. Tapi ada roomate yang sekepala memang heaven. Haha :D

2.Menemukan semula impian dan cita-cita selepas hampir 2 tahun setengah tak jumpa apa yang agak signifikan. Tak sangka setelah lost, jumpa juga meaning dalam hidup kat sini. alhamdulillah~ :)

3. Buat kali keduanya, mampu final exam tanpa masalah yang bertitik tolak dari hubungan cinta. Rekod ni, kena extend bagi lama lagi.~ :D

4.Belajar fungsi FB secara eksponential dan menemukan puluhan kawan baru dan lama. Juga menemukan meaning berFB. :) Seronok rasanya bila kita tahu apa yang kita buat memberi makna pada diri sendiri dan orang lain juga. :)

5.terlibat secara kolektif dalam beberapa program IIUM. alhamdulillah~ :) Menyumbang di belakang tabir, ok lah juga. Dari tak buat apa2 and just complain jek.

Namun, natijah exam yang ditunggu itulah antara pengukurnya. Harapnya tak seburuk yang disangkakan. :)

******************

Bila pemahaman terhadap sesuatu perkara hanyalah pada perkara di permukaannya, tetapi bukan pada isinya, jadilah kita yang mengikut ini reaktif, bila diprovok dengan sesetengah "biased+skewing words" dari orang yang ramai.

Kadang kita lupa,
1) majority bukan selalunya betul.
2)operational definition sesuatu konsep itu banyak memainkan peranan penting, dan kita masih tak mahu berfikir panjang untuk mendalaminya.

Pernyataan ini boleh diguna pakai untuk pelbagai isu yang ada sekarang. Banyak. Tapi contohnya yang paling dekat, isu Wahabi.

Bila di"plug"kan pernyataan tadi ke dalam isu ini:
1) majority bukan selalunya betul: apa yang majoriti faham tentang Wahabi itu tak semestinya salah, dan tak semestinya betul. Selebihnya, kita yang perlu mencari lagi, bukan hanya tahu melabel.
2)Operational definition konsep Wahabi, Salafi, Ahli Sunnah Wal Jamaah, 4 mazhab, juga kita perlu jelas.

***********

Isu "terjunan-berani-mati" masih belum selesai. Dan makin ramai yang dipanggil. Saya menunggu dengan penuh sabar apa akhirnya. Kerana nak melihat apa lagi jalan cerita yang akan ditokok tambah. :D

***********
member dah update. suka2.ngee~ :D
member yang ini belum. sighs~ :(

12 November 2009

Sahabat Sejati

Kerana sebuah persahabatan, manusia boleh doa mendoakan. (dan tak putus2, malaikat mengaminkan, 'wa'alaika, wa'alaika).

Kerana persahabatan, manusia mampu mengenepikan rasa lapar, semata2 menunggu menu yang diorder sahabat lain, sampai.

Kerana persahabatan, manusia mampu tertawa bersama dan bersedih bersama.

Sahabat sedunia, harap2nya sahabat di akhirat juga.

Kalau kau benar2 sahabat, izinkan aku menegur, bila aku rasa kau overboard.

And likewise.

Sebab sahabat menangis mcm kau memang susah dicari.dalam 4 tahun, kau yang kedua.

Kaulah sahabat dan teman sejati. Jangan serik kawan dengan aku.
P/s:tahniah sbb dh abes xm.aku tggu mggu dpn dgn debar.
P/p/s:thx ajak aku tgk surrogate td.haha.

07 November 2009

Di Akhir Catatan Ini

Sementara semester ini belum tamat lagi, saya ingin memberitahu :

buat student Psychology IIUM, yang telah major dan minor,
a) belajarlah psychology of Learning danCognitive Psychology dalam semester yang sama. ia akan banyak,sangat2 banyak membantu anda ketika belajar dalam kelas, dan ketika study untuk final exam. :)
b) untuk tujuan yang sama, ambillah Islam and Psychology bersekali dengan undergraduate Psychology Seminar. Semester depan, Dr Alizi akan mengajar Undergrad Seminar, dan islam Psychology dengar khabarnya akan digantikan dengan pensyarah yang lain, bagi memberi peluang yang adil pada semua pensyarah Psychology. Dr Mariam, mungkin? :)
c)Undergraduate Research Project adalah peluang anda untuk update CV anda ke tahap teragung~ Jom2.

dalam hal lain yang kurang berkaitan
a) Dr Asri -JAIS adalah satu lagi show off dari JAIS. Mungkin dorang cuma pawn in the game je.
b) Mastika yang semakin bukan2.
c) bila lah boleh baca kawan ni punya update :D

I'm seeing myself clearer now. Terima kasih untuk doa semua yang masih di sini,dan masih di sisi :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header