3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

24 November 2009

Jalan-jalan, Perjalanan dan ......

3 hari yang indah. ^_^ insyaAllah, perkara yang bermula dengan baik, harap2nya berakhir dengan yang baik baik juga.

Pada akhir harapan, di situlah bermulanya tanggungjawab. Saya mohon dimudahkan urusan dan dilapangkan jalannya, insyaAllah ~

******************************

"Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan," katanya di sini.

Jadi, pengeluar kenderaan utama dunia menggunakan RON95.. ooo..

Membaca berita di mstar.com.my, dan saya teringat apabila media kita mengeluarkan perbandingan yang dibuat oleh Menteri tertentu, mengenai harga minyak kita dan harga minyak di negara lain.

Apa yang saya nampak, dalam kesilapan dalam perbandingan itu, walaupun minyak kita masih kelihatan murah, kita tidak membuat perbandingan dengan negara PENGELUAR minyak. (Yang ternyatanya di situ, jika dibuat perbandingan semula dengan negara PENGELUAR minyak, harga minyak kita berbelas kali mahalnya.)

Dan dalam perbandingan kualiti minyak kali ini, kita membandingkan kualiti minyak RON95 dengan pengeluar kereta pula.

Dan sekali lagi ia nampak dan kedengaran salah.

Seolah2nya, apabila kita menggunakan kenderaan negara kita, dengan minyak RON95, bunyi perbandingan itu jadinya seperti:

"alah, rilekslah, pengguna di negara pengeluar kereta terkenal dunia pun 84% daripadanya menggunakan RON 95, kenapa tidak kita?Kita pun negara pengeluar kereta juga."

Masalahnya, kita menggunakan RON95 bukan kerana ia digunakan oleh 84% pengguna di negara pengeluar kereta terkenal dunia, kita menggunakan RON95 kerana ia murah. Dan ia dalam kuasa mampu beli pengguna Malaysia. Ia murah dari RON97. Itu saja. Saya jamin kalau Ron97 dan 95 sama harga, lebih ramai yang akan beli RON97.

Soalannya, kenapa ia murah? Sudah tentu kerana kualitinya. lebih tinggi nombor, lebih kandungan octane. Lebih kandungan octane, lebih baiklah kadar pembakaran minyak, yang membawa kepada penggunaan enjin yang lebih baik.

Dalam situasi penggunaan enjin pada kereta yang lebih berdaya kuasa, enjin yang direkabentuk untuk penggunaan petrol beroktan tinggi, sebagai contoh RON97, akan kehilangan sebahagian kecil kuasa tujah (motive power). Kuasa tujah ini berkaitan dengan nilai oktan, lebih tinggi nilai oktan, lebih hidrokarbon yang boleh dibakar, dan lebih kuasa yang boleh dijanakan dalam enjin kereta kita.

Oleh itu, pembakaran petrol dengan oktan lebih rendah dari yang sepatutnya memang akan mengurangkan output kuasa, dan mengurangkan kecekapannya juga, melalui kekerapan "Knocking" dalam kebuk pembakaran.

Dan sekarang saya tertanya, dari mana menteri Perdagangan dalam negeri mendapat fakta mengenai optimum-tak optimumnya enjin dengan RON 95 tu. Such sweet talker lah. Grrkk. Check balik, please~

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails