3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

28 April 2012

Demam Avengers : Dah Kebah

Avengers bukanlah  satu fenomena yang biasa dalam pawagam. Sama seperti trend yang dibawa oleh siri Marvel yang lain, yang bersiri-siri datangnya, seperti Spiderman , X Men, dan Iron Man, jenis movie seperti punya pengikut dan tarikan yang tersendiri.

Avengers, dalam entri sebelum ini, mampu saja buatkan peminat setia mereka demam dan pre-book ticket macam tunggu duit di ATM time gaji keluar.

(apa yang best dalam Avengers kali ini, Fahmi?)

Nak Tahu?

26 April 2012

Demam Avengers

Credit kepada EMoviesDownload.com


Amerika dan Medianya memang bijak mengkomoditikan sensasi patriotisme mereka.

Mereka asalnya mencipta kartun untuk membentuk sentimen patriotisme yang berselindung di bawah imej manusia berkuasa luar biasa.

Pada waktu itu, Perang Dunia Kedua baru sahaja usai. Demi memulihkan imej, dan semangat penduduk US, melalui satu perancangan 100 ratus tahun yang tersusun, mereka pun menghasilkan komik, bagi mencapai generasi yang memiliki sentimen yang mereka mahukan.


Dengan itu, DC Comics dan Marvel Comics pun dicipta. Satu demi satu watak dibentuk, dan dijadikan majalah komik.

Jika DC dengan Superman, Batman, dan lain-lain adiwira nya, termasuk lah juga Justice League, Marvel pula dengan siri X Men, Wolverine, Hulk, Iron Man, Thor, Black Panther, Captain America, Black Widow, dan lain-lain lagi.


Begitulah akhirnya, hinggalah 27 April, di Malaysia, apa yang pernah ada di US 70 tahun dahulu, tiba di sini.

Berdasarkan storyline Marvel Cinematic Universe , satu bentuk alam semesta yang dicipta demi menghubungkan watak-watak dalam Marvel, The Avengers bakal ditayangkan di Malaysia.

Dikeluarkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney, cross-over Avengers melibatkan, hero-hero yang telah diperkenalkan sebelum ini lagi , dalam siri Marvel.

Mereka adalah Iron Man, Hulk, Thor, dan Captain America. Dalam cinematic Avengers kali ini, dunia digambarkan berdepan dengan serangan alien (lagi... hmmm).

(Kenapa saya harus tonton Avenger kali ini, Fahmi?)

Jika anda sukakan aksi, anda akan rasa ia berbaloi.

Jika anda suka berfikir tentang sejarah (biar pun nampak mengarut, dan suka mengaitkan apa yang anda pernah tahu, dengan apa yang anda bakal ketahui, anda akan sukakan Avenger.

Jika anda memang follower tegar Marvel Series, well.... apa lagi yang harus saya katakan.

Pergilah book sekarang! :D


Pada yang belum lagi sempat tonton kisah-kisah prekuel yang membawa (atau melibatkan) campur tangan Avenger, anda boleh download cerita-cerita tersebut terlebih dahulu.

Barulah feel, nak tengok Avenger Jumaat malam ni, nanti :P


p/s: story line cerita ini akan sedikit sebanyak sama dengan Ultimate Avengers (animated edition, boleh search dan dowload di youtube atau mediafire.com, kalau hebat )siapa yang dah tengok, jangan kecoh-kecoh okay.. nanti jiran seat sebelah merajuk. #troll







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

22 April 2012

Android X8: Modifikasi

Ya, saya memang agak terlewat untuk teknologi android dan updatenya. Tapi, saya masih rasa nak berkongsi juga.

Yalah, kita mulakan dari yang kecil2, boleh lah jadi yang besar2 kemudiannya, kan? =)

Modifikasi yang saya telah lakukan pada X8 Setakat ini adalah:

1) Upgrade OS 

Dari Eclair, saya tak jump ke Froyo, tapi terus ke GingerBread.

Sekarang saya gunakan GingerXperia. Minggu depan , selepas backup, saya nak cuba jadikan X8 kepada W8 dengan fungsi supersave battery. Kekurangan X8 yang saya rasakan selepas tu, saya expect, akan berpunca dari perbezaan ram yang sekali ganda kecil, dari W8, walaupun kuasa CPUnya sama. Tapi tak mengapa, kita lihat apa jadi selepas overclock. #gelakNakal

2) Gunakan Dual Launcher.

Ada sesetengah Application yang cuma boleh digunakan dengan launcher yang tertentu. GO Launcher widget, tak semua nya boleh match dgn GingerXperia. (Peh, bajet lappy dualboot ke apa, Fahmi)

Yang penting, GingerXperia ada satu effect saya suka , dari Iron Man 2. ;)


3)  ke Arah Workout-based Phone

Install beberapa widget yang membantu , memang buat workout rasa lebih seronok. Saya memang terfikir sejak seminggu lepas, alangkah bagus jika waktu kita push up , kita cuma perlu sentuhkan hidung pada screen untuk counting-up.  Baru pagi tadi, alhamdulillah, saya jumpa APKnya di Play.

4) ke Arah Server-Editing-Enabled Phone


Dengan Terminal Emulator dalam GingerXperia (yang bakal diexplore secara all-out tak lama lagi) dan AndExplorer, saya nak cuba masuk ke server file Flash dan lihat sama ada saya boleh kawal banyak perkara dari situ.

Hehe.. =) Saya tukar ke Android OS bukan semata-mata sebab cantik effectnya saja. Mudah2an lebih semangat untuk buat kerja dan teruskan hidup macam biasa.

Kehilangan , biarpun masih terasa, saya tetap perlu cari motivasi dan sebab untuk teruskan langkah. Yang pergi, belum tentu mahu datang singgah lagi. Yang tertinggal ni, perlu lah kejar hidup ke perhentian sterusnya.

Betul, kan? =)




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Android X8: Modifikasi II

Page "Carian" MadaniGX.
 Kelebihan GingerBread antaranya adalah kelajuannya, kemampuannya overclock CPU dengan governor yang baik, (dengan risiko error yang kurang), dan built-in features yang menarik.

GingerXperia di MadaniGX saya, yang saya perasan:

1) menggunakan CM7 (CyanogenMod)
2) lebih laju dan stabil dari Eclair asal saya
3) Memiliki Internal Memory yang lebih tinggi dari Eclair Asal , iaitu 300 MB.
4) Option install application ke SD Card, bermakna, kurang memory digunakan untuk Application, dan bermakna, lebih Virtual Memory untuk operasi telefon.
5) built in software yang menarik , antaranya Voice Dialer, Direct Dialer, Interface Call yang supermenarik, Terminal Emulator (command prompt style Linux), Live-Ware, Xperia Events/
HomePage. Tekan Butang Home sekali, dan saya boleh nampak semua yang penting untuk hari ni.
 Jika anda perasan, Widget Music untuk gingerXperia ini sedikit berbeza dari Eclair asal. Dan sebetulnya, bukan itu sahaja. Ada gesture mode untuk kawalan Music di sini. Diilham dari W8 dan Live, kita boleh:
a) gunakan Gesture - hanya perlu swipe dan lukis bentuk tertentu untuk Shuffle Playlist, Pause, Play, Next Song, Prev Song, buka Playlist Menu,
b) Tekan lama butang Volume (atas dan bawah) untuk ke lagu sebelum atau selepasnya, tekan lama butang Camera untuk Pause. Mode ini applicable apabila screen lock. Tekan sebentar butang2 ini , dan ia berfungsi dengan fungsi asal.

Jam analog. Saya lebih suka yang ini dari digital Clock. Widget, dari GO.

Toggle Button, untuk penjimatan dan view yang lebih menarik dan visible, pada waktu malam. Cahaya amber, lebih lembut untuk mata, kurang silau, dan lebih battery-saving.

Media - Self explanatory. Set dalam bentuk folder, ada FM radio, Music Player, dan video.

Oh ya, have I told you that gingerXperia has XLoud feature? Xloud membolehkan, pada volume level separuh sahaja, bunyi yang dihasilkan menyamai kekuatan bunyi full-fledged Eclair yang asal.

Selain itu, fungsi asal Music player dari Eclair juga dipertingkat menyamai W8. Ada fungsi equalizer dengan 12 presets termasuk Accoustic, Vocal Enchancer, Treble Enhancer, Treble Reducer, Bass Boost dan Bass Reducer.


Page "Talaan Kuasa". Semua hanya tentang performance dan Saving.
Page Talaan Kuasa,  saya penuhkan dengan Widget GO Power Meter, Power Control Xperia, Performance dan Widget Option button dari CyanogenMod.

Untuk penjimatan kuasa, saya hanya perlu pilih SuperSave. Untuk on kan bluetooth, WiFi, data transfer, brightness, sync, GPSMode dan Taskkill, tekan je butang yang ada di bahagian atas tu. Seronok, simple sangat =)

Dengan GingerXperia cyanogenMod ni juga, saya hanya perlu tekan butang power, untuk screenshot. Macam PrintScreen button di Keyboard kita .

Selain tu, kalau di Eclair ada Power Off, di Ginger, bukan saja ada Power Off, tapi ada Reboot. ~ =)
Cool , kan!

Kepada pembaca yang juga gunakan X8 , anda boleh jawab soalan ini, dan di entry seterusnya, kita boleh kongsikan bersama. Anda hanya perlu tinggalkan komen di IntenseDebate di bawah, dan saya akan add komen2 anda yang lengkap dengan jawapannya, di entry berikutnya. =)

Apakah widget, dan apps yang anda sukai dalam X8 anda? Kenapa?



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Android X8

X8 adalah tapak terbaru untuk DIY selepas kura-kura.


(Kenapa pilih x8, fahmi? kenapa tak pilih model lain?)

Sebab saya pilih X8 Sony Ericsson adalah:

1) Phone Android pilihan

saya jatuh hati pada x8 sejak saya pertama kali nampak X8, dalam iklan Celcom Bonus. Ya, walaupun saya pernah post entry tentang chaCha, saya masih sukakan x8.

2) Phone mid-end yang berbaloi untuk diDIYkan

Harganya yang agak murah untuk sebuah phone android dan kebolehannya untuk menahan overclocking pada CPUnya.

3) Rekabentuk plastik yang berbaloi utk dijatuh dan dicalarkan

Saya cari phone plastik ala2 nokia 3310 yang tahan, sebab saya dah pernah rosakkan banyak kali phone 'besi' 6500s saya.
Sebab X8 tahan calar, dan plastiknya susah nak sompek.

(Apa yang awak dah buat dgn X8 awak, fahmi???)

Haha, jangan tanya. Sebab, kalau anda tak tanya pun, saya tetap akan cerita. :D

1) Masuk forum X8

Saya belajar masuk semula forum untuk tahu banyak perkara yang saya minat mengenai X8. Dah macam waktu mula-mula belajar Flash, dan Kelisa pula, rasanya.

2) belajar tentang ROM X8

ROM , apa yang menariknya, setiap ROM ada ciri yang tersendiri. Juga, bug2 yang membezakan pada tiap upgrade. 

3) Belajar Root, Upgrade OS

Dari ROM, saya juga belajar Root. Baru saya tahu tentang FlashTool (yang bukan lagi tentang Adobe Flash #troll, ClockWorkMod, XRecovery. Saya juga belajar sedikit sebanyak tentang Kernel. Seronok, ok!

4) Belajar Unbrick

Ini haruslah, sebab, ini perkara wajib untuk tahu, jika mahu belajar upgrade Android.

Android, kelebihannya, memang pada OS yang open-system. Saya teringin untuk study ADL (Android Database Library.. kut?) dan modify coding untuk reka kelebihan Android tu sendiri.

Untung-untung, boleh guna Voice Dialer untuk hidupkan banyak function dalam kereta.

Kalau nak guna fungsi 3315 memang boleh, tapi PLC takde. Kalau Android ni, cuma perlu buka coding di program text-editing. :D






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

21 April 2012

Merenungi hati

Kadang kadang saya memikirkan,  mengapa begitu sukar menjadi orang yang tetap hati.


Teguh bila disua pilihan.

Tega bila disapa ujian.


Akhirnya saya kembali pada kebenaran, yang menetapkan hati itu bukan semata-mata saya. Tapi Dia.


Allahumma tsabbit qalbi 'a la d iiinika wa 'alaa too'atika.


Published with Blogger-droid v2.0.4

16 April 2012

Sesak Dada

Terkadang diri berfikir.
Dalam banyak yang ketahuan,
tak semestinya yang sesak difikir itu,
akan sama menyesakkan dada.

Juga,
Tak semestinya yang buat nafas rasa tersekat itu,
datangkan rasa yang sama dalam fikirnya corpus calosom.

Kerana,
semua tu tergantung pada jiwa yang disentuh.

Hakikatnya,
Sedalam mana pun 'mahu',
Setinggi mana petala pun 'tahu',
Andai hati tu tak tersentuhkan,
yang ada tinggallah jasad yang lompong,
ditopengkan.

Syukur itu indah.
Bila kau sadari, untuk apa syukur itu dilafaz,
bukan hanya lafaz alhamdulillah yang di ulang-luah.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

10 April 2012

Minggu Suai Kenal

Minggu ini memang minggu suai kenal. :)

Tiba-tiba orang yang saya pernah kenal tapi tak rapat pun, sebelum-sebelum ini, jadi nak berbual.

Orang yang saya rasa agak reserved, semalam, boleh juga bersembang macam-macam perkara, dan bertukar macam-macam soalan.

Orang yang saya pernah kagumi dalam stadi sebelum ini, rupanya ada sisi 'sengal' yang saya baru tahu. #punbolehhh XD

To how many ears have I left my word, is not important as much as how much theirs have left in mine.
I just want you to know, that, those moments are , somewhat , important, to me, irrelevant of my existence to yours.
p/s: maafkanlah saya.  Kali ini mungkin entri2 masih personal, berikanlah sedikit lagi masa untuk saya berkongsi perkra yang lebih  bersifat profesional, dan procreational



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

04 April 2012

Antara Design Latest

Antara Artwork Terkini










#draft





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

01 April 2012

Mencari Diri (Semula) II

try lah cari diri anda smpi jumpa dgn puzzle maze ni. selamat bermain!

Kita kadang-kadang mungkin keliru, dengan diri sendiri.

lagi-lagi bila kita sedang dalam usaha untuk jadikan diri kita lebih kuat dari biasa. Atas alasan apa pun. Mungkin kita sedang cuba cari hati kita kembali (yang kita dah pernah bagi separuh darinya pada orang lain,, mungkin).
Mungkin juga kita sedang cuba bangkit dari kesilapan dan jadi orang lebih baik.



Kehendak kita untuk kuatkan diri, boleh buatkan orang yang baru je nak catchup dengan kita, rasa disalah erti.

Dengan tak semena-menanya, dan dan tu orang tu rasa, kita dah pun buat dia terasa.

Hakikatnya, dalam kita rasa orang tak dapat lagi nak faham kita macam biasa, kita sendiri tengah sibuk untuk cuba elokkan diri sendiri.

Pernahkah anda rasa atau berada dalam situasi ni?

Apa agaknya yang anda akan lakukan?

1) Buat tak faham, buat biasa-biasa. .. dan teruskan kehidupan.

3) Tegur orang yang ter'sentap tu elok2 elok, dan teruskan kehidupan.

3) jadi agresif... (?)

Kalau tak mampu tolong ringankan, tolonglah jangan tambahkan beban. Tak baik.. =)

p/s: Dua tahun kepergian Din Beramboi sudah. Kita yang masih ada, jangan tunggu dah dapat petanda baru nak mula berubah. #pesandirisendiri



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header