Yalah, kita mulakan dari yang kecil2, boleh lah jadi yang besar2 kemudiannya, kan? =)
Modifikasi yang saya telah lakukan pada X8 Setakat ini adalah:
1) Upgrade OS
Dari Eclair, saya tak jump ke Froyo, tapi terus ke GingerBread.Sekarang saya gunakan GingerXperia. Minggu depan , selepas backup, saya nak cuba jadikan X8 kepada W8 dengan fungsi supersave battery. Kekurangan X8 yang saya rasakan selepas tu, saya expect, akan berpunca dari perbezaan ram yang sekali ganda kecil, dari W8, walaupun kuasa CPUnya sama. Tapi tak mengapa, kita lihat apa jadi selepas overclock. #gelakNakal
2) Gunakan Dual Launcher.
Ada sesetengah Application yang cuma boleh digunakan dengan launcher yang tertentu. GO Launcher widget, tak semua nya boleh match dgn GingerXperia. (Peh, bajet lappy dualboot ke apa, Fahmi)Yang penting, GingerXperia ada satu effect saya suka , dari Iron Man 2. ;)
3) ke Arah Workout-based Phone
Install beberapa widget yang membantu , memang buat workout rasa lebih seronok. Saya memang terfikir sejak seminggu lepas, alangkah bagus jika waktu kita push up , kita cuma perlu sentuhkan hidung pada screen untuk counting-up. Baru pagi tadi, alhamdulillah, saya jumpa APKnya di Play.4) ke Arah Server-Editing-Enabled Phone
Dengan Terminal Emulator dalam GingerXperia (yang bakal diexplore secara all-out tak lama lagi) dan AndExplorer, saya nak cuba masuk ke server file Flash dan lihat sama ada saya boleh kawal banyak perkara dari situ.
Hehe.. =) Saya tukar ke Android OS bukan semata-mata sebab cantik effectnya saja. Mudah2an lebih semangat untuk buat kerja dan teruskan hidup macam biasa.
Kehilangan , biarpun masih terasa, saya tetap perlu cari motivasi dan sebab untuk teruskan langkah. Yang pergi, belum tentu mahu datang singgah lagi. Yang tertinggal ni, perlu lah kejar hidup ke perhentian sterusnya.
Betul, kan? =)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!