28 April 2012

Demam Avengers : Dah Kebah

Avengers bukanlah  satu fenomena yang biasa dalam pawagam. Sama seperti trend yang dibawa oleh siri Marvel yang lain, yang bersiri-siri datangnya, seperti Spiderman , X Men, dan Iron Man, jenis movie seperti punya pengikut dan tarikan yang tersendiri.

Avengers, dalam entri sebelum ini, mampu saja buatkan peminat setia mereka demam dan pre-book ticket macam tunggu duit di ATM time gaji keluar.

(apa yang best dalam Avengers kali ini, Fahmi?)

Nak Tahu?



Kesinambungan Cerita yang Baik

Meneruskan kelangsungan dari cerita sebelumnya, Avengers mencamtumkan plot-plot akhir di setiap movie Marvel sebelumnya , (Iron Man II, Thor, Captain America) dengan baik.

Selain menggunakan musuh yang masih relevan, demi mengekalkan kesamaan dengan Ultimate Avengers, Loki dari Asgard tetap menjadi pilihan supervillain. Ia relevan, kerana Loki masih alien. Dan mahkluk asing yang datang, juga, adalah dalam bentuk alien yang lebih kurang sama.

Babak Pergaduhan yang Superb

Babak pergaduhan untuk setiap superhero, saya anggap, adalah secukup rasa. Ini penting.

(kenapa , Fahmi?)

Setiap superhero fan yang datang ke pawagam, atas tarikan setiap mereka, perlu rasa puas hati. Dan pengarahan, seadilnya, memberikan kepuashatian tersebut. #cewahh






Babak Hulk, bergaduh, best.

Babak Iron Man, pun sama.

Thor, Captain Amerika, Silver Arrow, dan Black Widow, semuanya masih relevan.

personally, saya suka cara  arahan Captain Amerika. Logical, reasonable, action-directed.

Ayat paling best : "and Hulk.... Smash." :D

Transformasi CGI-based yang menarik

Transformasi yang paling cool, tentulah Iron Man, dengan fungsi suit barunya, mengesan tracking beacon pada wrist Iron Man.
Begitu juga dengan Hulk. ;) Sewaktu Captain America berkata, "you need to be angry now," Bruce hanya berkata, "i'm always angry," dan pertukaran itu sangat smooth.


Gabungan Plot yang Menarik

Gabungan plot dari kesemua cerita superhero , dengan permusuhan yang sama, menjadikan Avengers relevan dalam banyak sudut.

Kita juga boleh melihat ketidakselesaan superhero ini pada awalnya, ketika mereka diacum-acum oleh Loki secara tidak sedar. Kita nampak bagaimana Tony yang terlalu bergantung pada Suitnya, Thor yang tidak suka lelaki lain yang nampak lebih kuat darinya, Bruce Banner aka Hulk yang intimidated dengan semua superhero lelaki lain, dan Captain Amerika, yang agak sukar menerima cadangan dari orang lain (sebab dah terbiasa mengetuai semua orang).

Dan tarikan mereka semua, kepada Black Widow. Standard lah, kumbang 5 ekor, bunga seekor, apa boleh buat. LOL

Rating saya bagi:

4.5 / 5 bintang.

Note: Siapa yang free, tengoklah malam ni. Siang ni, KL mungkin susah nak akses. Kita bagi peluang pada BERSIH 3.0 untuk teruskan perjuangan mereka dulu. Yosh!



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails