26 April 2012

Demam Avengers

Credit kepada EMoviesDownload.com


Amerika dan Medianya memang bijak mengkomoditikan sensasi patriotisme mereka.

Mereka asalnya mencipta kartun untuk membentuk sentimen patriotisme yang berselindung di bawah imej manusia berkuasa luar biasa.

Pada waktu itu, Perang Dunia Kedua baru sahaja usai. Demi memulihkan imej, dan semangat penduduk US, melalui satu perancangan 100 ratus tahun yang tersusun, mereka pun menghasilkan komik, bagi mencapai generasi yang memiliki sentimen yang mereka mahukan.


Dengan itu, DC Comics dan Marvel Comics pun dicipta. Satu demi satu watak dibentuk, dan dijadikan majalah komik.

Jika DC dengan Superman, Batman, dan lain-lain adiwira nya, termasuk lah juga Justice League, Marvel pula dengan siri X Men, Wolverine, Hulk, Iron Man, Thor, Black Panther, Captain America, Black Widow, dan lain-lain lagi.


Begitulah akhirnya, hinggalah 27 April, di Malaysia, apa yang pernah ada di US 70 tahun dahulu, tiba di sini.

Berdasarkan storyline Marvel Cinematic Universe , satu bentuk alam semesta yang dicipta demi menghubungkan watak-watak dalam Marvel, The Avengers bakal ditayangkan di Malaysia.

Dikeluarkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney, cross-over Avengers melibatkan, hero-hero yang telah diperkenalkan sebelum ini lagi , dalam siri Marvel.

Mereka adalah Iron Man, Hulk, Thor, dan Captain America. Dalam cinematic Avengers kali ini, dunia digambarkan berdepan dengan serangan alien (lagi... hmmm).

(Kenapa saya harus tonton Avenger kali ini, Fahmi?)

Jika anda sukakan aksi, anda akan rasa ia berbaloi.

Jika anda suka berfikir tentang sejarah (biar pun nampak mengarut, dan suka mengaitkan apa yang anda pernah tahu, dengan apa yang anda bakal ketahui, anda akan sukakan Avenger.

Jika anda memang follower tegar Marvel Series, well.... apa lagi yang harus saya katakan.

Pergilah book sekarang! :D


Pada yang belum lagi sempat tonton kisah-kisah prekuel yang membawa (atau melibatkan) campur tangan Avenger, anda boleh download cerita-cerita tersebut terlebih dahulu.

Barulah feel, nak tengok Avenger Jumaat malam ni, nanti :P


p/s: story line cerita ini akan sedikit sebanyak sama dengan Ultimate Avengers (animated edition, boleh search dan dowload di youtube atau mediafire.com, kalau hebat )siapa yang dah tengok, jangan kecoh-kecoh okay.. nanti jiran seat sebelah merajuk. #troll







Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails