3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 August 2006

Kerana Aku Diam, Maka.....

Kenapa kita diam?

Kita diam bila kita tak tahu jawapan pada soalan yang ditanya. Barangkali sememangnya kita mahu mengelak dari menjawab. Maka kita pun diam.

Kita diam bila kita mengiyakan. Diam Nabi (walau tak layak nak membandingkan diri dengan nabi, tapi kita boleh bandingkan dengan nabi pada persamaan sebagai manusia biasa) ketika Umar mengajukan dhob (biawak pasir) kepada nabi, menunjukkan persetujuan nabi pada dhob sebagai makanan am org Arab ketika itu, walau Nabi tak suka memakannya.

Kita diam bila kita marah. Bila kita tak mahu meluahkan kemarahan atas sebab untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Biasanya dipraktikkan oleh lelaki dan para suami mithali. Mereka cuma meluahkan kemarahan tersebut setelah ia lama dan tak tahan untuk dipendam. (ulangan; cuma untuk lelaki @ suami mithali saja. Sebab ramai juga lelaki yang jenis panas baran, mudah-mudah je sepak terajang tulang rusuk mereka sendiri, tanpa rasa rasional langsung.)

Tapi bila teman penulis sendiri mengajukan diam sebagai cara untuk merasakan perasaan sayang, maka ia jadi satu persoalan sendiri pada penulis, sama ada penulis patut meletakkannya sebagai satu yang positif atau negatif. Itu satu hal.

Dari sudut lain, penulis sendiri tak pernah praktikkan sebegitu, oleh itu, mampukah penulis untuk merasakan sayang dengan mendiamkan diri dan tak memberitahu yang penulis sayang padanya? Itu hal yang kedua.

Kita lihat, apa sebenarnya persoalan asas yang wujud dalam kerangka berfikir itu, untuk perbuatan diam.

Dari kaca mata sosial, diam kebanyakannya tidak dilihat sebagai penyelesai masalah, tapi ia adalah satu teknik atau cara untuk mengecilkan pengaruh masalah kepada kehidupan. Maksudnya, dengan cara lain yang lebih mudah, diam memberikan kuasa kepada manusia untuk mengelak membicarakan masalah (peribadi, atau umum), seterusnya mengurangkan pengaruh masalah tersebut kepada kehidupan sendiri, (walaupun ia sebenarnya tidak begitu menyelesaikan masalah).

Dari aspek lain, diam adalah masa. Kerana lebih lama diam, lebih lama masa yang akan diambil. Dan, apabila masa digunakan dengan diam, otak mengambil masa yang lebih untuk berfikir.

Dan, kasih sayang, tidak terletak hanya di hati, tapi juga di fikiran. Banyak kali bukan, apabila kita merasa jauh (distant) dengan orang yang kita rapat, sayang, apabila kita mengenang kembali masa-masa gembira yang kita lalui bersama (aktiviti kognitif/pemikiran), kita akan kembali merasakan sayang itu dalam hati kita (aktiviti emosi/hati). Maka, siapa kata kasih sayang itu cuma di hati saja? :)

Teman yang tersayang membahaskan persoalan diam sebagai fungsi untuk merasa perasaaan sayang , tak perlu untuk terlalu verbal setiap masa, luahkan apa yang dirasa, kerna pada akhirnya nanti, berantakan semuanya, kerna tak mampu jujur pada apa yang ditutur dan dirasa…. Maka inilah bicara penulis….

Penulis tak biasa, tapi tak bererti penulis tak boleh berusaha untuk melakukannya. Kenapa perlu hesitate untuk mencuba suatu yang baru, andai sumber, tenaga, ruang, dan keperluan emosi, fikiran, sosial dan fizikal tak menghalang? Tapi janganlah pula terabai rasa yang satu itu, hingga diam bukan lagi untuk merasa, tapi untuk mengalas rasional agar punya alasan untuk tak berkata dan meluahkannya.

Haha. Cuma tak mahu perkara yang tak begitu besar ini menghalang penulis dari mencapai cita dan cinta yang lebih besar. :)

Cinta bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan cinta. :)Cinta Tuhan itu cinta yang teragung, paling tinggi, mencapai segalanya.

2 comments:

mira said...

terima kasih abang.. saya pun tak terfikir sejauh ni.. :)

Fahmi Mahat said...

sama2 mira.. :) inilah yg abg maksudkan bila abg kata abg nak fikir dulu tentang "diam"nya sayang hari tu.

maaf, klu ia bukan mcm apa yang mira fikirkan.

sekurang2nya, abg nak mira jelas tentang apa yang abg faham.

tak perlu susah2, cuma mahu mira faham pendirian abang yang satu ni..

sayang mira sangat. :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails