3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

17 August 2006

Persoalan:Bhg 2

Bila kita mula menanyakan soalan tentang sesuatu yang kita tidak tahu, adakah kita sedar dan pasti tentang apa yang kita mahukan?

Adakah kita mahu dia yang ditanya memberi semua pendapat ulama/ahli fikir terdahulu, kemudian baru dia menyuarakan kecenderungannya pada pendapat yang mana satu, mengikut hujah dan rasionalnya mengikut waqi' (situasi setempat) dan uruf (adat setempat)?

Ataupun, adakah kita berpuas hati dengan jawapannya sendiri, bahawa, menurut fikirannya sendiri, jawapan yang diberikan adalah suatu yang benar?

Adakah kita mencari jawapan yang memuaskan hati kita,atau sekurang2nya sependapat dengan pilihan yang kita tunjukkan padanya, untuk membolehkan kita menghilangkan perasaan resah akibat takut tersalah pilihan, atau kita lebih menyandarkan ketenangan pilihan menurut pilihan terbaik di sisi Tuhan?

Ataupun, kita mencari satu jawapan yang mutlak untuk setiap persoalan yang kita fikirkan... kerana tidak mahu tahu, fikir dan ambil peduli tentang pilihan jawapan yang lain, takut2 kita akan tersalah pilih, dan tak tahu nak salahkan siapa lepas kita tersalah pilih?

Bagaimanakah mentaliti kita? Adakah kita ini mencari jawapan yang absolute (mutlak), atau kita mencari pilihan2 jawapan dari yang ditanya agar kita boleh mencari sendiri jawapannya mengikut gerak hati dan akal kita? Atau, kita memang mengikut saja apa yang kita anggap 'sacred' dari orang atau idola kita yang kita memang puja dalam hebat ilmunya dan ketinggian so-called makamnya (tak kisah lah samada dia ustaz, peguam, doktor, atau penulis blog)?

Di mana pula kebenaran hadis sahih yang menyatakan, "ambillah kebenaran (ilmu) walau dari seorang pemetik kurma di atas pokok", dan sejauh mana atau sedetail mana ciri-ciri yang dirujuk oleh Rasulullah sebagai orang yang ahli dalam bidangnya dalam kata-kata terkenal Baginda, "antum a'lamu bi umuri duniaakum" (kamu lebih tahu tentang hal-hal urusan dunia kamu"?

Persoalan-persoalan ini adalah antara persoalan pemikiran yang kita perlu jelas, tentang apa yang kita mahukan sebenarnya. Ramai orang terperangkap dalam either perangkap soalan tertutup,kerangka minda yang mengharap satu jawapan mutlak dan menidakkan jawapan2 atau perspektif2 lain, atau terperangkap dalam perangkap "personaliti agung", lantas mengiyakan saja apa yang keluar dari mulut idola yang ditanya.

Seorang yang berilmu dan menghormati nilai ilmu yang ada dalam dirinya, menjawab persoalan yang dikemukakan dengan hikmah, dan tidak cuma bermegah pada pendapatnya, tapi mampu untuk mengaitkannya dengan nas2 tertentu, dan isu semasa... InsyaAllah.

Ketemu di lain masa.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails