Sekarang kita akan membincangkan mengenai satu lagi sifat perubahan. Adakah perubahan bersifat kekal?
Secara mudah, perubahan sementara boleh menjadi perubahan kekal, dengan beberapa syarat atau kesan tertentu.Namun biasanya perubahan yang sudah kekal, boleh juga berubah, biasanya juga dengan sebab yang tertentu.
Perubahan yang sementara boleh menjadi perubahan kekal. Ini adalah hakikat perubahan. Perubahan yang sementara, tidak akan bertahan lama, sekiranya satu faktor ini tidak memainkan peranannya. Apakah faktor tersebut?
Faktor tersebut adalah ketegaran. Apabila sesuatu dikatakan tegar, ia dikatakan tidak berubah, atau statik.
Perubahan sementara, akan menjadi perubahan yang kekal, apabila, dalam proses perubahan itu, faktor ketegaran mula muncul dan mengikat perubahan tadi ke satu tahap lebih tinggi. Tahap ini pula menentukan sejauh mana perubahan tadi akan bertahan. Tahap ini, saya panggil, sebagai tahap dorman.
Sebagai contoh, mungkin kita biasa memeluk tubuh kita dengan tangan kanan di atas tangan kiri. Ini adalah tabiat asal kita. Apabila perubahan menuntun kita untuk meletakkan tangan kiri di atas tangan kanan untuk jangkamasa dua bulan, faktor ketegaran akan menentukan selama manakah minda kita mampu mengarahkan tangan kiri kita bagi bertahan di atas tangan kanan.
Sebaik saja tangan kiri belajar untuk dibiasakan di atas tangan kanan, faktor ketegaran akan muncul, untuk menjadikan tabiat baru itu sebagai perubahan yang kekal. biasanya dalam tempoh ini, biasa berlaku tindakan luar sedar, untuk mengalihkan tangan kiri ke bawah tangan kanan. tindakan luar sedar ini pula akan dilawan oleh otak sedar untuk mengalihkan semula tangan kiri ke atas tangan kanan.
Proses pengulangan menjadikan faktor ketegaran lebih kuat, hari demi hari, sehinggalah perubahan tadi menjadi sesuatu yang kekal.
Sebagai kesimpulan, perubahan boleh bersifat kekal, dan boleh juga bersifat sementara. Ia lebih bergantung kepada kekuatan faktor ketegaran. :)