3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 May 2008

Perubahan: Apa Yang Mendorongnya?

Apakah yang mendorong perubahan? Soalan ini adalah asas kepada kemahuan manusia untuk menerima perubahan. Ini kerana, manusia tidak akan sesuka hati menerima perubahan tanpa mengenal pasti punca yang mendorong kepada perubahan.

Perubahan boleh didorong oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah lebih banyak mendorong kepada perubahan, tetapi faktor luaran juga membantu. Kadangkala, faktor luaran saja sudah cukup untuk memacu perubahan tersebut.

Faktor dalaman yang ingin saya ulaskan, termasuklah faktor kelebihan dan kekurangan. Kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara, menjadi sebab kepada munculnya perubahan. Kelebihan dan kekurangan ini akan menjadi sebab kepada perubahan, apabila munculnya sifat dominan manusia yang "mahukan satu yang lebih baik". Perubahan jarang berlaku apabila manusia benar-benar menerima seadanya. Sebaliknya, perubahan demi perubahan akan berlaku, baik yang kekal mahupun sementara, apabila manusia tidak puas dengan apa yang ada.

Teman mahukan temannya menjadi lebih baik, (lebih menyerupainya. Biasanya kita cenderung mahukan pasangan kita ada sifat yang kita mahu, berbanding terima apa yang mereka sudah ada awal-awal lagi.)

Majikan mahukan pekerjanya lebih berdaya saing (baca: lebih banyak buat keja dari bercakap yang bukan-bukan. ada orang yang 50% masa kerjanya adalah bercakap dan bercerita yang tidak enak kepada orang lain. dan sudah pasti dia bukanlah receptionist atau customer service.)

faktor dalaman lain, contohnya faktor masa, pun boleh memacu kepada perubahan. Sesuatu keadaan yang telah tegarnya dalam bentuk A terlalu lama, akhirnya akan mendesak kepada perubahan kepada bentuk B, atau C, atau kepada bentuk-bentuk lain, sebaik saja masanya sampai. Contohnya, orang yang migrain begitu kerap dalam seminggu, cukup masa, migrain tersebut akan muncul sebagai cerita sedih dalam hidup - kanser/tumor. Dan perubahan hidup pun akan muncul.

Faktor dalaman lain, adalah kemampuan atau ability. Dengan faktor ini, perubahan boleh dipacu, dan juga boleh dikekalkan. Kemampuan menjamin bahawa satu-satu perubahan boleh dijadikan daripada sebab kepada tujuan, atau kepada tujuan yang membawa kepada sebab yang lain.

Contohnya, bila kita mampu untuk bangun pagi lebih awal, kita boleh belajar berubah untuk bangun solat tahajud. Ia boleh menjadi satu sebab untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Sebab ini boleh membawa kita kepada tujuan hidup, untuk mencapai keredhaan Allah.

tujuan kita mendekatkan diri kepada Allah pula, boleh membawa kita kepada sebab yang lain. Kenapa kita mahu mendekatkan diri kepada Allah? Sebabnya kita mahu menjadi hamba yang soleh. Kita mahu kehidupan yang diredhai. bila kehidupan diredhai, kehidupan kareer professional kita diberkati dan lebih maju. Kehidupan personal kita dibantu direct dari Yang Esa.

Sebab dan tujuan ini boleh dicapai, dengan faktor kemampuan.

Faktor dalaman seterusnya, mandiri atau survival, pun boleh memacu ke arah perubahan. Contohnya, manusia yang tidak berubah menjadi lebih baik, lebih bijak, dan lebih kuat, adalah manusia yang tidak kompetitif dan akan ditinggalkan dalam surival of the fittest.

Faktor luaran pula, contohnya faktor persekitaran, juga memungkinkan perubahan untuk berlaku. Turut sama terlibat adalah faktor penerimaan. Kedua-dua faktor ini berganding bahu dalam memastikan perubahan boleh terjadi. Tanpa penerimaan bahawa keadaan akan berubah dengan faktor persekitaran, perubahan tersebut sukar bermula.

Contohnya, kita menerima bahawa dunia sekeliling kita sedang berubah. Cuaca semakin panas. Orang semakin mudah marah bila cuaca panas. Maklumlah, bila berpeluh dalam panas, rasa rimas mendorong kepada marah, bila ada soalan-soalan bodoh yang diterima. Tanpa penerimaan kita kepada keadaan ini, kita tidak akan berubah untuk belajar menghadapi soalan bodoh dengan lebih bersabar, atau belajar untuk tidak menyoal soalan-soalan yang bodoh..atau cakap berlapiknya kurang bijak.

Faktor luaran, termasuklah juga faktor orang lain, pendapat lain, sebab lain, dan apa-apa saja yang 'diluar sana', yang turut membantu secara kolektif dalam memacu perubahan.

Kedua-dua faktor baik pun berganding sama sebahu, atau berdiri seorang diri, ia boleh mewujudkan perubahan. Bagaimanakah anda menangani perubahan tersebut? :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails