06 May 2008

Perubahan : Satu Definisi

Perubahan adalah kuasa. Manusia berubah, dan manusia mempunyai kuasa untuk berubah. Sesiapa pun yang berubah, memiliki kuasa untuk berubah.

Tetapi manusia juga boleh berubah kerana kuasa.

Dua perkara ini adalah dua perkara yang berbeza. Dalam keadaan pertama, perubahan itu sendiri adalah kuasa. Kenapa? Kerana perubahan yang berlaku memberikan kelebihan kepada manusia atau objek itu sendiri. Secara am, perubahan positif kepada manusia membolehkan manusia tersebut "stand-out" berbanding manusia lain.

Dalam keadaan kedua, manusia itu sendiri berubah kerana kuasa. Sama ada kuasa itu memang kuasanya, atau kuasa orang lain yang dipinjam, manusia boleh berubah kerana kuasa. Kuasa paling mudah diperolehi dan dihilangkan adalah kuasa wang. Manusia boleh berubah menjadi desperate kerana perlukan wang. Manusia boleh berubah menjadi zalim sesama saudara dan kawan sendiri kerana wang. Ini adalah gila, tapi ini adalah realiti.

Fanatiknya manusia kepada perubahan, memungkinkan segala-galanya terjadi. Manusia tidak boleh menafikan perubahan, mahupun menangkis perubahan, kerana kepintaran manusia adalah terhad. Sejauh mana ia menangkis, perubahan akhirnya akan mengawal manusia totally.

Akhir kata, perubahan bukanlah sesuatu yang positif atau negatif. Kita yang memberi nilai kepada perubahan tersebut. Anda tentukan. :)

2 comments:

Unknown said...

betul.. kuasa boleh buat manusia gila...

Fahmi Mahat said...

hmm, azizul setuju dgn pendapat saya? atau menerima? sebab menerima belum bermakna bersetuju :)

kuasa memang boleh buat manusia jadi gila. Macam2 kuasa, bukan wang aja.

Cinta? jadikan lelaki gilakan wanita, dan wanita gilakan lelaki.

tapi kebanyakan kuasa datang dengan tanggungjawab. Inilah yang susahnya bila ada kuasa.

Kesusahan timbul bila kita nak sesuaikan kuasa yang kita ada dengan tanggungjawab kita.

Sebab biasanya kita akan salah guna kuasa, atau tak pandai guna kuasa.

Last-last, jadi gila kuasa, hehe :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails