07 May 2008

Perubahan: Adakah ia boleh dijangka?

Perubahan. Adakah ia sesuatu yang boleh dijangka, ataupun ia sesuatu yang berlaku di luar kawalan?

Bagi saya, perubahan lebih kepada sesuatu yang boleh dijangka. Ia boleh dibaca, melalui sifat-sifat atau ciri-ciri tertentu yang wujud, yang mendorong kepada perubahan tersebut.

Sifat-sifat ini, adakalanya jelas kelihatan, dan ada kalanya cuma dapat dilihat pada keadaan atau masa tertentu. Adakalanya ia begitu jelas, sehingga ia kadangkala menyakitkan kita untuk menerima bahawa perubahan memang sedang berlaku. Adakalanya ia tidak jelas, tidak kelihatan langsung, sehingga kita menerima kejutan yang besar bahawa perubahan telah berlaku.

Namun, apa yang menjadikan perubahan bersifat luar kawal, adalah faktor masa. Perubahan memakan masa. Biasanya kita tidak pasti perubahan itu akan berlaku pada waktu tertentu. Perubahan juga boleh berlaku secara mendadak, dalam sesetengah keadaan (kes-kes terpencil).

Apa yang penting, perubahan adalah sesuatu yang normal dalam kitar kehidupan. Sama ada kita suka atau tidak, perubahan tetap akan berlaku. Baik dalam diri kita, dalam diri orang yang kita ambil berat, dalam keadaan sekeliling kita, mungkin dalam tempat kerja kita, atau dalam keluarga kita. Kitalah yang menentukan bagaimana perubahan itu akan mempengaruhi kita, sama ada kita akan mengendahkannya, atau menafikannya, totally.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails