26 June 2008

Buka Fail Word 2007 dengan Word 2003

Kisah 1:

Anda pelajar UIAM yang baru sahaja membeli laptop kedua selepas laptop anda tidak dijumpai. Penjual mencadangkan anda menggunakan Windows Vista dan Office 2007. Anda dengan girangnya bersetuju, kerana merasa anda "lebih" sedikit dari kawan2 yang menggunakan Windows dan Office 2003.

Pulang dari lowyat, anda membuka Word 2007 dan mula menaip entri terbaru "aku ada laptop baru". :D

keesokan harinya, ketika anda mahu upload entri, di ITD, anda gagal membuka fail entri yang anda siapkan semalam. Anda hampa...

Kisah 2:

Anda pelajar UIAM postgraduate yang sedang menyiapkan thesis di laptop anda, juga menggunakan office 2007. Thesis perlu dihantar hari ini sebelum jam 4.30 petang. tepat jam 4, anda bergegas ke ITD untuk print.

Sebaik saja anda membuka Word 2003, anda dapati fail thesis anda tidak dapat dibuka. Lab Assistant di situ juga tidak dapat menyelesaikan masalah anda. Anda semakin buntu. Waktu semakin suntuk. Apakah yang perlu anda lakukan?

Jangan bimbang. Kini dengan Office 2003 anda boleh membuka fail2 Word, Excel, dan Power Point yang dibina menggunakan Office 2007.

Apa? Biar betul??!!!

Dapatkan Format File Converter produk dari Microsoft di sini. Install, dan semuanya akan berjalan lancar. Kepuasan anda, adalah kebanggaan kami. :)

2 comments:

mira said...

nice commercial [promotion] :p

Fahmi Mahat said...

ehehe, tenkiu2 :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails