Tika semua orang telah pun lena diulit mimpi, saya dengan sesuka hatinya menonton tv flat screen LG scarlet yang memang best. Aslan si singa Narnia begitu megah kelihatan menerusi skrin ini. Membuatkan pengalaman pertama saya menonton Narnia begitu mengujakan. Barulah ada feel nak menengok Narnia and Prince Caspian pula pasni :P
Usai Narnia, saya menatal ke bawah, mencari siri2 atau episod yang menarik.
Tiba-tiba teringat Rahmat dan History Channelnya 555. Saya pun tanpa lengah terus ke 555.
Wah, ini cerita hangat! Nak tau apa tajuknya?
History Discovery: The Hidden Truth about JFK Assasination
Siri ini memaparkan maklumat yang disimpan (baca: disembunyikan) dari pengetahuan penduduk USA selama 35 tahun selepas kejadian tersebut pada 1963. It's really shocking. As what an assasination should always be, memang banyak teori konspirasi di sebalik kematian JFK. Cerita ini mengupas dari maklumat yang paling hampir kepada kebenaran, menurut narrator.
Menonton siri kali ini, membuatkan saya terfikirkan pelbagai kemungkinan. Seperti biasa.
Mengenal sisi lain penduduk Amerika ketika peristiwa terjadi, membawa saya kepada bayangan ketika Benazir Bhutto ditembak dan diletupkan. Bezanya, JFK dibunuh ketika peristiwa yang menggembirakan (Saya tak ingat apa. Rasanya, perarakan... hmm), tetapi Benazir Bhutto dibunuh dalam suasana dan persekitaran yang tegang ketika itu. Masih terbayang begitu ramai orang berteriak.. ratusan ribu!
Isu lain dalam siri ini, menonjolkan Jawatankuasa Siasatan Semula (Review Board) yang bebas dari campurtangan kerajaan, yang diwujudkan oleh individu tertentu, termasuklah akademis2, kumpulan penyiasat bebas.. yang benar2 bebas. Tanpa wujudnya hidden link kepada kerajaan yang mengawal siasatan tersebut.
Hasil siasatan, mereka menemui pelbagai bukti, (bukan setakat SD mcm RPK buat tu tau) mengenai hubungkait CIA dan kerajaan dengan pembunuhan JFK. Termasuklah Timbalan Presidennya ketika itu. Boleh google "the Hidden Truth about JFK Assassination", dan anda lihatlah saja youtube dan link2 berkaitan.
Inilah yang paling menakutkan saya. Tapi dalam masa yang sama, juga membawa saya ke arah imaginasi gila.
Apa akan terjadi kalau mana2 pemimpin kita, PM, TPM, ataupun, tak kisah samada kerajaan atau PR, dibunuh dalam keadaan seperti itu, dengan semua bukti dan teori konspirasi mengarah kepada campur tangan PDRM, badan kehakiman, dan "hidden hand"? Subhanallah...